Baghdad Kota Rebutan
DAHULU wilayah Iraq disebut Mesopotamia, salah satu tempat lahirnya
kebudayaan paling tua. Nama Mesopotamia berasal daripada penyebutan
orang Yunani terhadap wilayah itu. Di negara itu pernah wujud
kerajaan-kerajaan besar seperti Assyria, Babylon dan Parsi. Setelah
ditakluki oleh orang Islam, kawasan itu menjadi tempat kekhalifahan
Abbasiyah (750-1258) sebelum jatuh ke tangan orang Mongol, Turki dan
Inggeris.
Ketika di bawah penguasaan Abbasiyah, Iraq mengalami
kemajuan yang cukup pesat seperti dalam bidang ekonomi, ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi, kesenian, sastera dan politik.
Kemajuan di bidang ekonomi dan perdagangan membawa kepada kemajuan ilmu
pengetahuan, falsafah dan kebudayaan Islam.
Kini untuk hari
yang ke-16, kota Baghdad dihujani oleh peluru-peluru yang canggih
daripada tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. Dalam catatan
sejarah, kota Baghdad yang juga dikenali sebagai `kota perdamaian' kini
bertukar rupa menjadi `kota peperangan'.
Khalifah Al Mansur
menamai Baghdad dengan sebutan Medinat As-Salam (Kota Perdamaian) nama
yang diadaptasikan daripada kehidupan syurga di mana dalam al-Quran
disebut Darussalam (surah al-An'am ayat 127).
Baghdad ketika
itu dibangun dengan mengambil inspirasi suasana syurga seperti yang
digambarkan di dalam al-Quran. Banyak ayat al-Quran (misalnya surah
al-Hajj ayat 14, surah al-Ahzab ayat 20 dan surah at-Talaq ayat 11) yang
menjelaskan keadaan syurga sebagai tempat bagi orang bertakwa dan
beramal soleh yang di bawahnya `mengalir sungai-sungai'.
Realitinya Baghdad tidak lagi sedamai `sungai' (syurga) yang diimpikan
oleh semua orang. Sejak tahun 1979, Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq
dan membawa negara itu dalam kancah peperangan.
Pada
1980-1988, Iraq berperang melawan Iran. Peperangan meletus kerana Saddam
ingin mencegah meluasnya revolusi Islam Iran ke Iraq. Peperangan hanya
berhenti apabila usul gencatan senjata yang dilakukan oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diterima oleh kedua-dua belah pihak.
Baghdad yang sebelum ini pernah dihancurkan sebanyak tiga kali oleh
pihak luar iaitu diserang oleh Hulagu Khan (1217-1265) dari Asia Tengah
(Mongol) dalam tahun 1258 dan kemudian diikuti dengan serangan Timur
Lenk (1370-1405) selama seabad. Pada tahun 1508 Iraq dikuasai oleh Parsi
di bawah pimpinan Ismail Safawi, kemudian Iraq dikuasai oleh Turki
Uthmani pada 1683.
Pada 2 Ogos 1990, Iraq menyerang Kuwait.
Iraq menuduh Kuwait membanjiri pasaran minyak dunia dan mencuri minyak
dari daerah Ruimailia yang masih dipertikaikan kedua-dua negara itu.
Akhirnya pada Januari 1991, peperangan kembali meletus di wilayah Iraq.
Pasukan pelbagai negara di bawah pimpinan AS menggempur negara itu
kerana menganggap Iraq akan menakluki Kuwait dan ingin menjadikan negara
itu sebagai wilayah ke-19. Bahkan ketika Iraq kalah perang, PBB
melakukan sekatan ekonomi secara total. Hal itu menyebabkan situasi
sosial dan ekonomi Iraq sangat meruncing.
Sebelum itu Iraq
sangat makmur. Simpanan minyaknya sekitar 100 juta tong, termasuk yang
terbesar di dunia. Situasi ini menciptakan fenomena kebangkitan Islam di
Iraq.
Mengingati akan sejarah kejam tentera Tartar ketika
menakluki Baghdad, membunuh khalifah, ulama, pemimpin dan kanak-kanak
serta orang awam yang tidak berdosa samalah apa yang dilakukan oleh
tentera-tentera AS sekarang.
Bayangkan kota Baghdad ketika
ditakluki tentera Tartar bertimbunan mayat. Warna buminya berubah dan
mengeluarkan bau busuk ke seantero Baghdad. Akibatnya timbul wabak
penyakit taun yang menyebabkan banyak lagi kematian.
Kini
apakah Baghdad menuju ke arah kehancuran kali kedua oleh serangan AS dan
sekutunya? Mengingati nama Baghdad yang berasal daripada bahasa Parsi
yang bererti `pemberian Allah' mudah-mudahan ia dapat dipertahankan dan
dilindungi Allah daripada kehancuran.
Peperangan yang berlaku
antara Iraq dan AS sebenarnya menggambarkan hakikat akan kelemahan umat
Islam yang masih tidak mahu bersatu menghadapi musuh yang satu. Realiti
ini sebenarnya sesuai seperti mana ramalan Rasulullah s.a.w. dalam satu
hadisnya yang bermaksud:
Daripada Tsauban r.a berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Hampir tiba suatu masa di mana
bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka''. Maka
salah seorang sahabat bertanya: ``Apakah kerana kami sedikit pada hari
itu?'' Nabi s.a.w menjawab, ``Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,
tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah mencabut rasa gerun
terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke
dalam hati kamu penyakit `wahan'.'' ``Seorang sahabat bertanya: ``Apakah
wahan itu wahai Rasulullah?'' Nabi kita menjawab: ``Cinta pada dunia
dan takut pada mati''. (Hadis riwayat Abu Daud).
Memang benar
apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari
ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah. Umat
Islam walaupun mempunyai bilangan yang banyak iaitu 1.3 bilion (satu
perlima daripada penduduk dunia) tetapi selalu dipersendakan dan menjadi
alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, disakiti, dibunuh
dan sebagainya.
Sebenarnya segala kekalahan Muslimin berpunca
daripada dalam diri orang Islam itu sendiri, iaitu penyakit `wahan' yang
merupakan penyakit campuran daripada dua unsur yang selalu wujud dalam
bentuk kembar dua iaitu `cinta dunia' dan `takut mati'.
Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Cinta dunia bermakna
tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta ke jalan Allah
s.w.t .Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak
membuat persiapan untuk menghadapi akhirat dan tidak ada perasaan untuk
berkorban diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t.
Secara kuantiti mereka banyak, namun mereka lemah dan hidup dalam
keadaan terhina kerana bertuhankan syahwat. Kemenangan sesuatu umat
tidak bergantung kepada kuantiti tetapi kualitinya.
Demikian
juga apa yang berlaku di Iraq sekarang bahawa pencerobohan AS ke atas
Iraq adalah kerana inginkan sumber kekayaan minyak yang melimpah-ruah di
Iraq. Dalam satu sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim, sabdanya yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a.,
bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda; Tidak terjadi hari kiamat
sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di
Iraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada
emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh 99
daripada 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat
berkata, ``mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu''.
Di
dalam riwayat lain ada disebutkan; Sudah dekat suatu masa di mana
Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan
daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia
mengambil sesuatu pun daripada harta itu.
Hadis ini jelas
sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan sekitarnya akan
berkobar-kobar peperangan yang berpunca daripada merebutkan kekayaan
yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan pihak masing-masing
bercita-cita andainya merekalah yang terselamat.
Kemewahan
hidup, sikap fanatik yang menimbulkan konflik antara aliran-aliran Fiqh,
sikap zalim penguasa ke atas ulama, sikap mengutamakan kekuasaan
daripada penyatuan umat merupakan faktor yang melemahkan umat Islam.
Inilah juga faktor utama penyebab jatuhnya kota Baghdad di tangan
tentera Tartar selain daripada bantuan musuh dalam selimut iaitu Perdana
Menteri Rafadh Ibnu Alqami (pada masa pemerintahan khalifah Mu'tashim)
yang mempercepatkan lagi penaklukan itu terjadi.
Allah s.w.t
berfirman yang bermaksud: Dan apabila sampai tempoh Kami hendak
membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu)
orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka
(supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya;
maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya
sehancur-hancurnya. (Surah al-Isra' ayat 16).
~Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid
- MOHD. SHAUKI ABD. MAJID ialah Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
DAHULU wilayah Iraq disebut Mesopotamia, salah satu tempat lahirnya kebudayaan paling tua. Nama Mesopotamia berasal daripada penyebutan orang Yunani terhadap wilayah itu. Di negara itu pernah wujud kerajaan-kerajaan besar seperti Assyria, Babylon dan Parsi. Setelah ditakluki oleh orang Islam, kawasan itu menjadi tempat kekhalifahan Abbasiyah (750-1258) sebelum jatuh ke tangan orang Mongol, Turki dan Inggeris.
Ketika di bawah penguasaan Abbasiyah, Iraq mengalami kemajuan yang cukup pesat seperti dalam bidang ekonomi, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kesenian, sastera dan politik. Kemajuan di bidang ekonomi dan perdagangan membawa kepada kemajuan ilmu pengetahuan, falsafah dan kebudayaan Islam.
Kini untuk hari yang ke-16, kota Baghdad dihujani oleh peluru-peluru yang canggih daripada tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. Dalam catatan sejarah, kota Baghdad yang juga dikenali sebagai `kota perdamaian' kini bertukar rupa menjadi `kota peperangan'.
Khalifah Al Mansur menamai Baghdad dengan sebutan Medinat As-Salam (Kota Perdamaian) nama yang diadaptasikan daripada kehidupan syurga di mana dalam al-Quran disebut Darussalam (surah al-An'am ayat 127).
Baghdad ketika itu dibangun dengan mengambil inspirasi suasana syurga seperti yang digambarkan di dalam al-Quran. Banyak ayat al-Quran (misalnya surah al-Hajj ayat 14, surah al-Ahzab ayat 20 dan surah at-Talaq ayat 11) yang menjelaskan keadaan syurga sebagai tempat bagi orang bertakwa dan beramal soleh yang di bawahnya `mengalir sungai-sungai'.
Realitinya Baghdad tidak lagi sedamai `sungai' (syurga) yang diimpikan oleh semua orang. Sejak tahun 1979, Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq dan membawa negara itu dalam kancah peperangan.
Pada 1980-1988, Iraq berperang melawan Iran. Peperangan meletus kerana Saddam ingin mencegah meluasnya revolusi Islam Iran ke Iraq. Peperangan hanya berhenti apabila usul gencatan senjata yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diterima oleh kedua-dua belah pihak.
Baghdad yang sebelum ini pernah dihancurkan sebanyak tiga kali oleh pihak luar iaitu diserang oleh Hulagu Khan (1217-1265) dari Asia Tengah (Mongol) dalam tahun 1258 dan kemudian diikuti dengan serangan Timur Lenk (1370-1405) selama seabad. Pada tahun 1508 Iraq dikuasai oleh Parsi di bawah pimpinan Ismail Safawi, kemudian Iraq dikuasai oleh Turki Uthmani pada 1683.
Pada 2 Ogos 1990, Iraq menyerang Kuwait. Iraq menuduh Kuwait membanjiri pasaran minyak dunia dan mencuri minyak dari daerah Ruimailia yang masih dipertikaikan kedua-dua negara itu.
Akhirnya pada Januari 1991, peperangan kembali meletus di wilayah Iraq. Pasukan pelbagai negara di bawah pimpinan AS menggempur negara itu kerana menganggap Iraq akan menakluki Kuwait dan ingin menjadikan negara itu sebagai wilayah ke-19. Bahkan ketika Iraq kalah perang, PBB melakukan sekatan ekonomi secara total. Hal itu menyebabkan situasi sosial dan ekonomi Iraq sangat meruncing.
Sebelum itu Iraq sangat makmur. Simpanan minyaknya sekitar 100 juta tong, termasuk yang terbesar di dunia. Situasi ini menciptakan fenomena kebangkitan Islam di Iraq.
Mengingati akan sejarah kejam tentera Tartar ketika menakluki Baghdad, membunuh khalifah, ulama, pemimpin dan kanak-kanak serta orang awam yang tidak berdosa samalah apa yang dilakukan oleh tentera-tentera AS sekarang.
Bayangkan kota Baghdad ketika ditakluki tentera Tartar bertimbunan mayat. Warna buminya berubah dan mengeluarkan bau busuk ke seantero Baghdad. Akibatnya timbul wabak penyakit taun yang menyebabkan banyak lagi kematian.
Kini apakah Baghdad menuju ke arah kehancuran kali kedua oleh serangan AS dan sekutunya? Mengingati nama Baghdad yang berasal daripada bahasa Parsi yang bererti `pemberian Allah' mudah-mudahan ia dapat dipertahankan dan dilindungi Allah daripada kehancuran.
Peperangan yang berlaku antara Iraq dan AS sebenarnya menggambarkan hakikat akan kelemahan umat Islam yang masih tidak mahu bersatu menghadapi musuh yang satu. Realiti ini sebenarnya sesuai seperti mana ramalan Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya yang bermaksud:
Daripada Tsauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka''. Maka salah seorang sahabat bertanya: ``Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?'' Nabi s.a.w menjawab, ``Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit `wahan'.'' ``Seorang sahabat bertanya: ``Apakah wahan itu wahai Rasulullah?'' Nabi kita menjawab: ``Cinta pada dunia dan takut pada mati''. (Hadis riwayat Abu Daud).
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah. Umat Islam walaupun mempunyai bilangan yang banyak iaitu 1.3 bilion (satu perlima daripada penduduk dunia) tetapi selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, disakiti, dibunuh dan sebagainya.
Sebenarnya segala kekalahan Muslimin berpunca daripada dalam diri orang Islam itu sendiri, iaitu penyakit `wahan' yang merupakan penyakit campuran daripada dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu `cinta dunia' dan `takut mati'.
Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Cinta dunia bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta ke jalan Allah s.w.t .Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t.
Secara kuantiti mereka banyak, namun mereka lemah dan hidup dalam keadaan terhina kerana bertuhankan syahwat. Kemenangan sesuatu umat tidak bergantung kepada kuantiti tetapi kualitinya.
Demikian juga apa yang berlaku di Iraq sekarang bahawa pencerobohan AS ke atas Iraq adalah kerana inginkan sumber kekayaan minyak yang melimpah-ruah di Iraq. Dalam satu sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, sabdanya yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda; Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di Iraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, ``mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu''.
Di dalam riwayat lain ada disebutkan; Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.
Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan sekitarnya akan berkobar-kobar peperangan yang berpunca daripada merebutkan kekayaan yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan pihak masing-masing bercita-cita andainya merekalah yang terselamat.
Kemewahan hidup, sikap fanatik yang menimbulkan konflik antara aliran-aliran Fiqh, sikap zalim penguasa ke atas ulama, sikap mengutamakan kekuasaan daripada penyatuan umat merupakan faktor yang melemahkan umat Islam. Inilah juga faktor utama penyebab jatuhnya kota Baghdad di tangan tentera Tartar selain daripada bantuan musuh dalam selimut iaitu Perdana Menteri Rafadh Ibnu Alqami (pada masa pemerintahan khalifah Mu'tashim) yang mempercepatkan lagi penaklukan itu terjadi.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (Surah al-Isra' ayat 16).
No comments:
Post a Comment