Friday, September 6, 2013

Kenduri Kahwin Yang Mendatangkan Berkat



Kenduri Kahwin Yang Mendatangkan Berkat

Sekarang ini musim perkahwinan

Bagi yang bakal mendirikan rumahtangga, berikut sedikit tausiyah tentang keberkatan dalam mendirikan rumahtangga.

Majlis perkahwinan boleh mendatangkan berkat apabila suasana yang mendatangkan keberkatan itu dijaga dengan baik.

Antaranya:

i. Tiada percampuran antara lelaki dengan perempuan.

Tetamu yang hadir hendaklah diasingkan supaya tidak berlaku percampuran.

Contohnya majlis akad nikah dibuat di masjid atau di surau- surau.

ii. Berkenduri jangan sampai membazir.

Memadailah dengan apa yang termampu.

Jangan hanya menjemput orang berada sedangkan si-miskin dilupakan.

Nabi s.a.w. bersabda; "Sebusuk- busuk makanan ialah makanan perjamuan yang diundang orang kaya dan dibiarkan orang- miskin".

iii. Pasangan pengantin yang selesai diijabkabulkan, mereka disunatkan sujud syukur dan solat sunat dua rakaat.

iv. Tuan rumah hendaklah memastikan tetamu yang hadir tidak meninggalkan solat hanya kerana menghadiri majlis kendurinya.

Sediakan satu ruang untuk mereka menunaikan solat.

v. Majlis yang penuh keberkatan ini jangan pula dicemari dengan perkara- perkara maksiat seperti tari menari yang diiringi pesta muzik, pertandingan karaoke dan bagai, kononnya untuk meraikan pengantin.

Sebaik- baiknya meriahkanlah majlis perkahwinan itu dengan memuji kebesaran Allah S.W.T. dan Rasulullah s.a.w. contohnya; khatam al- Quran, berzanji, tahlil, marhaban, qasidah atau nasyid.

wallahu a'lam.
 

~Ustaz Nasir

No comments:

Post a Comment