Friday, September 6, 2013

PERANCANGAN ISRAEL DALAM PERANG SAUDARA NEGARA ISLAM


 
 
PERANCANGAN ISRAEL DALAM PERANG SAUDARA NEGARA ISLAM

Peperangan 'Muslim brotherhood' di tanah Arab sehingga kini masih menemui jalan buntu untuk diselesaikan.

Malah menjadi lebih kompleks dan rumit berikutan beberapa buah negara besar Islam hanya mampu berdiam diri dan perbezaan dalam pendapat sebagai titik utama untuk menutup mata serta telinga.

Bukan setakat perkara di Palestin, tetapi begitu juga di Mesir di mana Recep Tayyip Erdogan selaku Perdana Menteri Turki mengecam negara-negara Islam yang berdiam diri dengan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.

Ia seolah-olah mereka menerima kejadian rampasan kuasa tersebut yang turut menumbangkan Perdana Menteri Mesir, Dr. Mohammad Morsi yang sah dipilih oleh rakyat.

Dalam pelan yang semakin membimbangkan, Amerika Syarikat dan Israel sedang mencari jalan untuk menyemai api perpecahan dan perang saudara di dalam negara-negara Islam.

Kini, ejen-ejen Amerika dan Israel berazam untuk membubarkan dan memisahkan negara2 Tunisia, Mesir, Syria, Libya, Turki dan lain-lain kepada negara-negara kecil dan lemah.

Semoga kita negara2 Islam dapat mengelakkan perbalahan sesama kita dan menjaga negara2 kita agar terselamat daripada komplot jahat mereka dengan mempereratkan lagi tali persaudaraan sesama Islam

Wahai Dunia Islam!

Adik-beradik dan saudara-saudara anda sedang disembelih.

Keadilan, hak dan kesedaran di Mesir sedang disembelih.

Bila anda akan mendengarnya?

Bila anda akan melihatnya?

Bila anda akan sedar bahawa itu adalah darah saudara-saudara anda yang ditumpahkan?

Anda juga tidak sedar dengan apa yang berlaku di Syria.

Ratusan ribu orang terbunuh di sana dan anda tidak tidak langsung bersuara. ....

Anda masih senyap membisu.

Tetapi untuk berapa lama?

Jangan lupa, perkara yang sama turut boleh berlaku kepada anda tidak lama lagi....

Dan jangan hairan andainya saudara-saudara Islam anda di negara2 lain turut diam membisu apabila negara anda mengalami nasib yang serupa!

p/s: Perancangan Yahudi dari dulu memang ingin memusnahkan umat Islam..Berhati-hati lah dan sentiasa berpegang pada perpaduan sesama kita..
 
 

No comments:

Post a Comment