Tuesday, September 24, 2013

3 STRATEGI PERNIAGAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF



 

Abdul Rahman bin Auf adalah merupakan salah seorang sahabat nabi yang dijanjikan syurga. Beliau juga adalah merupakan salah seorang saudagar yang paling kaya ketika di zaman nabi.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya:
"Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?"

Jawabnya:
1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit...
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta...
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran...

Apa yang boleh dihuraikan dari nasihat beliau ini ialah:
1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Kadangkala, ada di kalangan pelanggan kita yang ingin membeli produk kita dengan kuantiti atau harga yang sedikit. Jangan sesekali mengabaikan mereka. Layanlah mereka sebaik mungkin sepertimana kita melayan pelanggan yang membeli "banyak" dari kita. Insyallah, bermula dari pembelian yang sedikit dari pelanggan tersebut, apabila dia menerima layanan yang terbaik, pelanggan itu akan datang semula dan membeli lagi berulang-ulang kali. Lebih menakjubkan lagi, si pelanggan tadi, mungkin akan menjadi si tukang promosi bagi perniagaan kita apabila dia merekemenkan kita kepada rakan-rakannya yang lain.

2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

3. Penjualan hanya secara tunai..
Sememangnya itulah yang terbaik apabila kita menjual produk kita kepada pelanggan. Elakkan menjual secara hutang. Menjual produk secara hutang sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai risiko yang akhirnya akan mengugat perjalanan perniagaan kita.

~ Rakan ushawan semuga PERKONGSIAN membawa manafaat ~♥ iman


~ Iman Alia

No comments:

Post a Comment