Berfikiran positif Dan optimis (tidak berputus asa ) Resepi kejayaan hidup...
Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?
Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.
Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya apabila kita tahu (diajarkan-dengan rahmat Allah ) cara untuk mencapai matlamat kita.
Bijak pandai pernah berkata,
"Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."
Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku (cara kita menghadapinya ); dan inilah yang akan menentukan lorong mana yang akan terbuka untuk kita seterusnya.
Sayangi diri. (lalu akan memilih kejayaan dan keselamatan dengan penuh yakin )
Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manafaat buatnya kerana hidup ini adalah pilihan maka pilihlah yang terbaik untuk dirimu itu - didunia dan akhirat - kerana hidup didunia ini adalah kehidupan sementara .Ibarat sekelip mata sahaja jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
(menyayangi diri bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan -seperti sebahagian orang fikir-, tetapi lebih dari itu.)
Kisah Guru Dan Murid
Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya,
"Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"
Ujar guru itu,
"Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"
-"Belajar sungguh-sungguh!"
-"Jaga hati!"
-"Pakai topi keledar!''
Maka kata si guru,
"Benar. Tetapi ia lebih dari itu (belum cukup lagi ).
Terimalah diri kamu (seadanya) ; tiada manusia yang sempurna.
Hormatlah maruah kamu; ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya.
Berikan galakan kepada diri kamu; galakan orang lain tidak cukup buatmu.
Rancangkan kejayaan buat diri kamu; jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang lalu, ataupun kerana gagal merancang dek keraqna tidak ada matlamat yang benar dan tidak jelas."
Sebagai manusia, kita boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima(tapi janganlah melampaui batas sampai melupakan bahawa apa jua yang berlaku adalah dengan izin Allah, dan tentunya ada hikmah, kebaikan besertanya iaitu jika kita mengadapinya dengan baik . Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan."
Kenapa?
Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.
Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya
Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"
Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.
"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"
"Bagus!"
Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.
"Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."
[= sentiasa -ada saja- yang dapat dia lihat sudut kebaikan dari apa yang berlaku dan sentiasa tenang dan berlapang dada.,( Sebagaimana ketika kita ditimpa musibah, akan ada sahaja "mujur" nya...anda juga biasa melalui keadaan begini bukan ..?) ]
Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!"
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!
Sikap dan cara berfikir menentukan akhlak (adab ) seseorang . Berfikiran positif ,baikhati, sabar dan berlapang dada adalah antara ciri-ciri akhlak yang baik - senang dan disenangi orang .
[Nabi Muhammad s.a.w. pula diutuskan demi untuk menyempurnakan akhlak yamg baik, sedangkan dalam hadis lain 'A'isyah (ummahatul mukminin ) mengatakan bahawa adalah akhlak Rasulullah s.a.w. itu ialah al Qur'an (al Quran yang hidup ). Maka hendaklah kita sentiasa merujuk al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.(atau menanyakan kepada ahlinya-jika kita kurang kemampuan ilmu ) dalam kita menaggapi dan melakukkan apa saja di dunai ini agar sikap dan amalan kita adalah yang baik malah yang terbaik,serta diterima di sisi Allah sebagai amal soleh...(kebaikan dunia dan akhirat ).]
Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan."
"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."ya, agama itu mesti dihayati dan dihidupkan barulah ada manafaatnya.
Agama(Deen) = ialah aqidah,dan sistem ( syar'iat dan akhlak )- suatu sistem hidup yang disediakan oleh pencipta kita dan yang paling menepati fitrah ciptaan kita (seperti "product manual" bagi sebuah barangan yang kita beli ) ; untuk kita isi kehidupan ini, agar memenuhi tuntutan kenapa kita diciptakan dan berada di bumi ini ; iaitu bagi mengenal lalu menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah, Rabb kita; Tuhan yang menciptakan, mendidik dan memelihara kita.
"Tidak kujadikan jin dan manusia (insan ) melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku "- (mafhun Ayat )
Kita diciptakan untuk menjadi hamba Allah , dan bumi termasuk segala isinya ini diciptakan untuk kita-Adakah kita punya pilihan lain sedangkan kita ini adalah hak dan kepunyaanNya...?
Iya..(dengan rahmatNya ) masih diberi dua pilihan(jalan ) iaitu samaada syukur (sentiasa sabar , positif ) dan bahagia ; ataupun kufur (negatif , membangkang ) dan menderita.
Jadi, apa yang anda pilih ..?
Wallahu'alam.
sumber :Naurah Alwani (Editor: Rosniza Abdullah),11 Okt 2010
No comments:
Post a Comment