Friday, April 22, 2011

Inti Khutbah Sheikh as-Sudais


(Jumaat, 22/4 , Masjid Wilayah Persekutuan)

Sheikh as-Sudais telah menyampaikan khutbah beliau di dalam bahasa Arab dan apabila beliau memulakan khutbahnya, tiba-tiba saya terkenang nostalgia ketika berpeluang mengerjakan umrah dan mendengar khutbah di BaituLLAH al-Haram. Sangat menyentuh perasaan ketika di sana.

Antara mesej utama yang disentuh beliau di dalam khutbah di Masjid Wilayah Persekutuan ialah:

  1. Kepentingan meluruskan aqidah di atas aqidah yang betul

  2. Mengambil ISLAM sebagai cara hidup secara keseluruhannya. ALLAH telah menyempurnakan ajaran ISLAM dan DIA telah redha ISLAM sebagai cara hidup untuk diamalkan.

  3. Sheikh di dalam khutbah beliau sangat menitik beratkan soal ukhuwwah Islamiyyah di antara penganutnya. Berkali-kali Sheikh menekankan bahawa kita adalah ummah yang satu.

  4. Ummat ISLAM mesti mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan menjadikan ia sebagai contoh tauladan yang mesti dijadikan rujukan. Tidak ada cara lain lagi hendak berjaya, melainkan ikut (ittiba’) sunnah. Sheikh menekankan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda bahawa semua muslim akan masuk syurga, kecuali yang enggan. Yang dimaksudkan enggan ialah mereka yang derhaka kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dengan tidak mengikuti semua suruhan dan tidak menghiraukan larangannya.

  5. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang berilmu. Betapa ISLAM sangat menitik beratkan ilmu. Justeru, tuntutlah ilmu dan fahamilah ilmu.

  6. Bukan setakat menuntut ilmu dan faham, tapi mesti amal. Menjadi tuntutan buat kita yang sudah menuntut ilmu, yang ada ilmu untuk mengamalkan ilmu tersebut.

  7. Sheikh as-Sudais mengingatkan tentang kesederhanaan di dalam ISLAM dan betapa pentingnya sifat ini diambil dalam membawa agama ISLAM ke dalam kehidupan.

  8. Sheikh juga menyentuh perihal akhlaq muslimin. Amat menyedihkan sekiranya akhlaq tidak dijadikan tumpuan ummat ISLAM. Kerana antara tujuan penting diutuskan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ialah untuk menyempurnakan akhlaq.

  9. Sayang-menyayangi sesama muslim juga disentuh oleh Sheikh as-Sudais di dalam khutbahnya.

  10. Setiap muslim mestilah mempunyai adab dalam perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ummat ISLAM mestilah ditangani dengan ilmu dan diserahkan kepada ahli ilmu. Janganlah disebabkan oleh perkara-perkara furu`, feqah, ijtihadiah dan lain-lain seumpamanya menyebabkan ummat ISLAM berpecah.

  11. Sheikh mengingatkan juga akan ancaman kepada ummat ISLAM tentang syahwat (perkara-perkara maksiat dan berkaitan runtunan-yang diingini nafsu - agar jangan diperturutkan) dan syubuhat (perkara-perkara yang samar-samar dalam kehidupan moden)..perlunya membenteng diri dari perkara seperti ini dari merosakkan diri dan umat(serangan budaya dan pemikiran )

  12. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang memberikan kebaikan memberi manafaat pada orang lain (bukan dipergunakan -keduanya berbeza )

Itulah antara beberapa perkara penting yang disentuh oleh beliau di dalam khutbah Jumaat. SubhanALLAH, memang bertenaga penyampaian beliau dan sangat bernilai.

Selepas habis khutbah, beliau mengimamkan solat fardhu Jumaat. MasyaALLAH, sedap sungguh bacaan beliau sebagaimana yang biasa didengari melalui perkakas media yang ada. Tapi, sudah tentulah tidak boleh menandingi apabila beliau membacanya saat bersolat di Masjidil-Haram. Suasananya lain, suasananya istimewa, suasananya syahdu terasa.

Yang menarik hati saya juga ialah walaupun as-Sheikh memegang pendapat bahawa membaca basmalah adalah secara sirr (perlahan), bukannya jahar (kuat) seperti pendapat kebanyakan orang Malaysia, namun beliau dengan sifat keilmuannya meraikan ahli jemaah yang berada di belakang beliau dengan sengaja menperjelaskan bacaan basmalah. Beliau tetap membacanya secara sirr, tetapi bacaan basmalah beliau dengan jelas didengari oleh ahli jemaah melalui mikrofon. Beliau juga berwirid sebentar sehingga boleh didengari suaranya melalui mikrofon, tetapi dengan suara yang sangat perlahan bunyinya. Inilah sifat yang kebanyakannya tidak ada pada sebahagian muslim yang berkeras dengan pendapat dan pandangan masing-masing tanpa meraikan sedikit pun orang sekeliling. Moga-moga ada pengajaran buat kita semua dari sifat keilmuan Sheikh ini, insyaALLAH.

http://muzir.wordpress.com/2011/04/22/khutbah-sheikh-as-sudais-fenomena-menyedihkan/

2 comments:

  1. pengalaman saya umrah (akhir) ramadzan (memang saya pilih akhir ramadzan) nostalgia sekali kerana ketika beliau membaca doa qunut semasa solat witir memang menyentuh perasaan dan ketika mengimamkan solat taraweeh bila tiba ayat yg merupakan ancaman an-Nar (neraka) suara beliau terketar-terketar dan pecah (break) kerana rasa takutnya akan ancaman tersebut.. w'pun bahasa arab saya tidak berapa fasih saya dpt merasa 'jiwa' ayat/doa yg dibacanya...by default kita juga menitiskan air mata...pengalaman 4x umrah akhir ramadzan saya membuat saya terpanggil utk ke sana lagi...Sheikh Dr Abdurrahman as-Sudais memang mentor saya... CD bacaan Qurannya menjadi halwa telinga ketika memandu dan ketia saya melelapkan mata ...semoga Allah memanjangkan usia beliau dan imam-imam tersohor al-Haramain spt Shiekh Suraim, Sheikh Maher, Sheikh Abdullah, Sheikh Dr Ayub (masjid nabawi).
    subhanallah

    ReplyDelete
  2. Sdr kamaryya :Alhamdulillah dan t.kasih kerana sudi mengongsikan pengalaman untuk kami yang membacanya juga turut merasakanya ...demikian, seorng hamba tatkala Allah Jalla jalaluhu memberi kurnia kepadanya..sampai ada kalanya tidak terungkap oleh kata-kata ...

    ReplyDelete