Usai solat, aku bermonolog sendirian melahirkan buah-buah fikiran. Lama aku termenung mencari-cari sebab untuk aku merasa 'bertuah' kerana bernafas di bumi bernama Malaysia yang aman dan serba damai. "Kita patut bersyukur kerana negara kita aman damai...” itu kata-kata orang ramai yang sering kudengari. Namun... sejauh mana 'nilai', 'kualiti' dan 'keindahan' yang kita miliki di atas kedamaian ini?
Setelah jauh memikir-mikir sambil memicit-micit kepala yang tidak sakit, aku akhirnya mendapat hasil rumusan daripada kajian-kajian yang dilakukan (macam nak buat tesis semester akhir). Sejauh manakah derita Palestin, dan sehebat apakah kedamaian Malaysia?
Anak-anak muda Palestin ke sana-sini mengheret senjata demi mempertahankan tanah air mereka, mempertahankan tugu cinta dan maruah Islam...
Tetapi...
Anak-anak muda di Malaysia ke sana-sini mengheret wanita... siang atau malam tanpa mengira waktu berkepit di pusat-pusat membeli belah, taman-taman bunga, di kaki lima KLCC, di Memamerata-rata tempat... mencemarkan maruah diri dan Islam!
Memangng rakyat Palestin sering menangis... menangis kerna kematian ahli keluarganya dalam sehari, kematian anaknya yang baru berusia beberapa bulan, kehilangan harta, tempat tinggal dan kehilangan tanah yang mereka pertahankan.
Namun, air mata mereka ibarat mutiara yang bersinar di syurga Allah.
Tetapi...
Rakyat Malaysia, juga memang suka menangis... tersedu-sedan menangis ketika penyanyi kesayangan mereka terkeluar dari rancangan realiti. Satu stadium mengalirkan air mata kerana penyanyi yang mereka undi telah terkeluar, tidak dapat meneruskan 'perjuangan' lagi... Murahnya air mata itu... Ops, silap... tiada nilai air mata itu di sisi Allah... tangisan yang sia-sia!
Mujahidah solehah di Palestin menangis mempertahankan MARUAH diri mereka daripada menjadi mangsa kekejaman Yahudi laknatullah, meski lemah mereka tetap berlawan walau hanya dengan membaling batu, namun tidak sekali-kali menyerahkan maruah diri yang paling agung mereka miliki.
Tetapi...
Wanita-wanita di Malaysia ramai yang terlalu 'murah' dan rela menyerahkn makhota buat lelaki durjana hanya dengan sekali perangkap cinta. Tidak sedikit pun dia berjuang mempertahankan maruah yang dimilkinya itu. Lalu tanpa malu kepada Allah, menjadi pembunuh... membunuh anak yang lahir dari rahim mereka sendiri!!!
Ramai antara rakyat Palestin yang di sepertiga malam mereka bertahajud... bertaqarrub kepada Allah kerana rindukan syurga Allah... dan merasakan nyawa di hujung tanduk kerana bila-bila pun mereka bisa mati dibom tentera Israel.
Tetapi...
Ramai warga Malaysia yang pada sepertiga malamnya terkinja-kinja di kelab malam... bergelek sakan, bergelak tawa dan membuncitkan perut dengan minuman keras... kerana merasakan hidup seribu tahun... dan tidak pernah ingat yang namanya MATI... kerana merasa MAUT begitu jauh dari mereka.
Lalu akhirnya aku mengerti, faham dan jelas...
Memang rakyat Palestin derita, susah, sengsara... lebih banyak menangis daripada ketawa riang. Namun di hujungnya nanti ada KEBAHAGIAAN YANG LUAR BIASA, ganjaran luar biasa daripada Allah untuk pengorbanan dan kesusahan mereka... Dan kebahagiaan itu berkekalan untuk mereka selamanya. SUDAH DIPAHAT NAMA-NAMA MEREKA DI PINTU SYURGA ALLAH!!!
Memang rakyat Malaysia banyak yang bahagia, aman damai, mewah dan sering tertawa daripada menangis.
Namun... di hujungnya nanti lebih ramai yang akan jauh lebih menderita daripada segala derita yang dirasai oleh rakyat Palestin. Dan derita itu akan berkekalan selamanya.
Neraka Saqar akan membakar keras dan rakus manusia-manusia yang berdosa, yang ketika di dunianya begitu banyak tertawa hingga lupa pada KEMATIAN.
Persoalannya... siapakah yang lebih beruntung sebenarnya?
Rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana aman damai dan riang ketawa, tetapi menggadaikan iman dan Islam yang mereka miliki... ATAU
Rakyat Palestin yang bergelumang derita dan air mata, yang buminya bergoncang setiap ketika, namun tetap utuh dan teguh imannya, seteguh karang yang tidak bisa terhakis meski dilanda badai yang menggila?
Subhanallah... perjuangan dan kesusahan mereka bukan sia-sia. Mengertilah saudara- saudaraku. Jangan terus dibuai mimpi indah dalam lena yang panjang... kerana mimpi indah itu hanyalah sementara...
by : Nurull Halawati
Islam menginginkan agar kita hidup sejahtera di Dunia dan Akhirat...kenalah jalankan tugas sebagai khalifah...
ReplyDeleteUjian Allah itu pula dalam dua bentuk....dlam bentuk "kebaikan " dan dalam bentuk "keburukan" jadi kedua2nya sedang di uji...tapi nampaknya yang mana dapat hasil yang terbaik di akhirat nanti...?
....[ yang di uji dengan kesusahan itu yang
MENANG sebab yang satu lagi tu..sudah terlalai...] semoga Allah selamatkan kita...