Tuesday, October 26, 2010

Sifat Para HAMBA...

Sifat Para Hamba




Puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian makhluk, kekasih Allah dan manusia pilihanNya nabi Muhammad saw, keluarganya, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti ajarannya..selepasnya.

Selepas membaca risalah ini anda akan mendapati di dalamnya bahawa: seorang hamba (abid) kepada Allah ialah orang yang beriman dan menyakini bahwa Islam adalah agama yang syumul dan menyeluruh bagi semua bidang kehidupan. Tidak sekadar menyentuh bidang ibadah dan meninggalkan bidang yang lain, bahkan Islam mengambil keseluruhannya. Risalah ini juga terhasil dari pembacaan al-Quran yang berterusan yang diirngi dengan pemerhatian dan renungan terhadap system alam yang tersusun, yang dirumuskan oleh Mursyid dalam bentuk sifat yang dinamakan “sifat-sifat para hamba”.

Saya mohon kepada Allah agar menjadikan kita temasuk di kalangan hamba yang tunduk, rukuk, sujud melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan, menjaga batas-batas yang ditetapkan Allah dan menjadikan kita termasuk orang-orang yang sabar..Maha Suci Allah yang memberi nikmat perlindungan dan nikmat pertolongan.


Ibadah

Tauhid dan ibadah, keduanya permulaan dan penghujung dan pertengahannya adalah hak setiap manusia. Justeru, keduanya seumpama air kepada kehidupan, udara kepada manusia dan ruh kepada kehidupan yang menembusi anggota dan tubuh, niat dan perbuatan. Oleh itu, hamba yang rabbani mengganggap penumpuan kepada makna ubudiah (penyembahan) dan tauhid adalah perkara penting yang pertama dan utama kepada mereka.

Penyembahan (ubudiah) bagi mereka adalah setinggi-tinggi maqam. Perhatikanlah Allah telah menyebutkan tentang Rasulullah saw di dalam al-Quran dengan demikian yang merupakan maqam yang tertinggi dan terulung. Firman Allah:

“Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan HAMBA-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha”. (Al-Isra’: 1)

Firman Allah:

“Segala puji bagi Allah yang Telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya”. (Al-Kahfi: 1)

Apabila Allah mengaitkan Rasulullah sempena Isra’ dan Mi’raj dan sempena nikmat penurunan al-Quran dengan ubudiah (perhambaan dan penyembahan), maka ianya sebagai peringatan tentang kedudukan asal yang sebenar bagi manusia dengan Allah SWT.


Rahsia kejadian dan perintah, kitab dan syariat, pahala dan dosa berakhir dengan ibadah kepada Allah dan meminta pertolongan denganNya. Kedua-dua perkataan dibahagikan antara Rabb dan ‘abd separuh-separuh kerana Allah membahagaikan separuh untukNya, iaitu “Hanya kepada Engkau kami sembah (kami menghambakan diri)” dan separuh lagi untuk dirinya sendiri, iaitu: “Hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan”. (Al-Fatihah: 4)


Beribadah menurut Ibn al-Qayyim:

“menghimpunkan dua asal iaitu matlamat kecintaan dengan matlamat kerendahan dan ketundukan. Orang Arab mengatakan: “Jalan orang yang beribadah ialah orang yang merendahkan. Beribadah (taabud) ialah merendah dan menundukkan diri”.


Oleh itu, orang yang mencintai Allah dan tidak tunduk sepenuhnya, maka dia belum menjadi hamba yang sebenarnya. Orang yang tunduk tanpa rasa kecintaan sepenuhnya, maka dia belum menjadi hamba yang sebenarnya sehingga dia menjadi seorang yang cinta dan tunduk.


Di sini kita sedar tentang rahsia mendahulukan ubudiah (penyembahan) dari meminta pertolongan di dalam firman Allah:

“Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan”. (Al-Fatihah: 4)

Hal ini termasuk dalam bab mendahulukan matlamat dari wasilah, kerana ibadah adalah matlamat hamba diciptakan sedangkan meminta pertolongan adalah wasilah kepada ibadah.

Juga kerana “Hanya kepada Engkau kami menyembah berkait dengan Uluhiyyah Allah dan namaNya iaitu “Allah”, dan “Hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan” berkait dengan Rubbubiyah Allah dan namaNya “Rabb” kerana mendahulukan “hanya kepada Engkau kami sembah” dari “Hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan”, seperti mana didahulukan nama “Allah” atas “Rabb” di awal surah al-Fatihah.
Firman allah:

“Segala pujian hanya bagi Allah Rabb sekalian alam”.
(Al-Fatihah: 1)

Ini kerana “Hanya kepada Engkau kami sembah” adalah bahagian Rabb, yang merupakan potongan pertama yang berupa pujian kepada Allah yang lebih utama dengannya. Ayat “Hanya bagi Engkau yang kami meminta pertolongan” adalah bahagian hamba yang merupakan potongan kedua yang berkait dengan “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”. (Al-Fatihah: 5) sehingga ke penghujung surah.

Bahkan “mengharapkan bantuan” adalah sebahagian daripada “ibadah” bukan sebaliknya. Mengharapkan bantuan adalah pemintaan kepada Allah dan ibadah juga permintaan kepadaNya. Ibadah tidak sempurna melainkan daripada seorang hamba yang ikhlas sedangkan pengharapan bantuan boleh daripada hamba yang ikhlas dan yang tidak ikhlas. Ibadah juga kerana hak Allah yang diwajibkan kepada kamu sedangkan pengharapan bantuan untuk beribadah, yang merupakan penerangan tentang pemberianNya yang diberikan kepada kamu. Perlaksanaan hakNya lebih penting daripada mendapatkan pemberianNya. Dan juga kerana ibadah adalah tanda syukur di atas kurniaan nikmat kepada kamu sedangkan Allah mewajibkan kita mensyukuriNya sedangkan pertolongan adalah perbuatanNya untukmu dan taufikNya bagimu. Justeru komitmen kamu dengan ibadah kepadaNya, tentulah kamu dimasukkan ke dalam pemeliharaanNya untuk mendapat pertolongan. Kerana itu komitmen beribadah dan masuk ke dalam pemeliharaan Allah menjadi sebab untuk memperolehi pertolongan. Setiap kali seorang hamba menyempurnakan penyembahan dan ibadahnya, maka pertolongan Allah untuknya lebih besar. Ubudiah terpelihara dengan dua pertolongan: Pertolongan didahului dengan komitmen, berpegang teguh dan melaksanakan ibadah, dan pertolongan disudahi dengan ibadah-ibadah yang lain. Begitulah selama-lamanya sehingga seorang hamba itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Di sini jelaslah bahawa Allah SWT tidak menciptakan makhluk melainkan supaya mereka mengetahuiNya, menyembah, mengesakan dan mentaatiNya. Inilah matlamat kejadian manusia.

Ibadah adalah katanama yang menyeluruh bagi semua yang disukai dan diredahi Allah termasuk perkataan dan perbuatan yang tersembunyi dan yang zahir. Oleh itu solat, zakat, puasa, haji, berkata benar, menunaikan amanah, berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturrahim, menepati janji, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, berjihad menentang kuffar, munafik, berbuat ihsan terhadap jiran, anak yatim, orang miskin, orang yang terkandas (ibn Sabil) dan harta yang dimiliki seperti haiwan ternakan, berdoa, berzikir dan membaca al-Quran. Contoh-contoh tersebut adalah ibadah. Begitu juga mencintai Allah dan rasulNya, takutkan Allah, bertaubat kepadaNya, membersihkan agama untukNya, bersabar dengan hukumNya, bersyukur dengan nikmatNya, redha dengan ketentuanNya, bertawakal kepadaNya, mengharapkan rahmatNya, takutkan azab siksaNya. Semua contoh ini juga termasuk dalam ibadah kepada Allah. Justeru ibadah ialah matlamat yang disukai Allah dan diredhaiNya yang kerana ibadah manusia dijadikan sebagaimana firman Allah:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”. (Az-Zariyat: 56)





Kerana ini juga para rasul diutus, seperti ucapan nabi Nuh kepada kaumnya;

“Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya." (Al-A’raf: 59)



Begitu juga Nabi Hud dan Salih berkata kepada kaumnya. Firman Allah;

“Dan sungguhnya kami Telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang Telah pasti kesesatan baginya”. (An-Nahl: 36)


Firman Allah:

“Dan kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan aku, Maka sembahlah olehmu sekalian akan aku". (Al-Anbiya’: 25)


Firman Allah:

“Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku”. (Al-Anbiya’: 92)


Firman Allah:

“Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Mukminun: 51)


Tugas ini berterusan kepada rasul sehingga menemui kematian. Firman Allah:


“Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)”. (Al-Hijr: 99)


Dengan ibadat Allah menyatakan sifat para malaikat dan nabi. Firman Allah:


“19. Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.20. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya”. (Al-Anbiaya’: 19-20)


Allah mengutuk orang-orang yang menyombongkan diri kerana enggan beribadah. Firman Allah:

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". (Ghafir: 60)



Allah memberitahu sekumpulan hamba yang beribadat kepadaNya. Firman Allah:

“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati”. (Al-Furqan: 63)



Agama keseluruhannya termasuk dalam ibadah. Diriwayatkan di dalam sebuah hadith sahih, bahawa Jibril ketika bertemu dengan nabi saw dalam bentuk seorang lelaki arab dan bertanya nabi tentang Islam.

Lalu nabi jawab: “Islam ialah mengucap bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah sekiranya mampu”. Lalu Jibril bertanya lagi: “Apakah iman?”. Nabi menjawab: “Iman ialah kamu beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, kebangkitan selepas mati dan beriman dengan ketentuan baik dan buruk. Lalu Jibril bertanya lagi: “Apakah makna ihsan?”. Nabi menjawab: “Kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, sekalipun kamu tidak melihatnya namun Allah melihat kamu”. Kemudian di penghujung hadith nabi menyatakan: “Inilah Jibril datang kepada kamu untuk mengajar tentang agama kamu”. (Bukhari dan Muslim)

Dengan itu, semua ini termasuk dalam agama.



Wahai saudaraku yang dikasihi,

Sesungguhnya kita semua adalah manusia yang dipertanggungjawabkan dengan ibadah ini. Oleh itu orang yang mentaati Allah dan melaksanakan perintahNya, maka dia seorang hamba yang taat. Hamba yang taat diberikan balasan di atas ketaatannya dengan syurga. Manakala bagi orang yang engkar dan menentang pencipta dan Khaliqnya serta tidak melaksanakan perintah Allah, maka balasannya ialah neraka jahanam.


Kami dan kamu semua berlindung dengan Allah dari neraka jahanam. Firman Allah:

“29. Dan Katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah ia kafir". Sesungguhnya kami Telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.

30. Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik.
31. Mereka Itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang mas dan mereka memakai Pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah”. (Al-Kahfi: 29-31)


Firman Allah:

“35. Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang Telah dikerjakannya,
36. Dan diperlihatkan neraka dengan jelas kepada setiap orang yang Melihat.
37. Adapun orang yang melampaui batas,
38. Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,
39. Maka Sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).
40. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
41. Maka Sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).”. (An-Naziat: 35-41)



Justeru, siapakah hamba yang taat kepada Allah dan rasul? Siapakah hamba yang mengakui Allah melalui ibadah ini? Semua jawapan ini akan kita ketahui dalam siri yang akan dating, dengan izin Allah dan kita akan bicarakan beberapa sifat para hamba dengan kehendak Allah.
Saya memohon Allah SWT menjadikan kami dan kalian termasuk di kalangan hamba yang siddiqin (benar). Sesungguhnhya Allah pemberi nikmat yang tertinggi dan nikmat kemenangan.


Oleh: Dr. Ahmed Abdul Khaliq

Penulis adalah pensyarah di Universiti Antarabangsa Amerika di Virginia, AS

No comments:

Post a Comment