Forum Keluarga Halal.
Apa yang saya nak kongsi sikit kala ini….
“Keluarga Halal” merujuk pada satu tajuk pembinaan keluarga bahagia menurut Islam. Ia membahaskan perlunya institusi keluarga di bina.
Sekarang ini terlalu banyak penzinaan hingga lahir anak luar nikah dan pembuangan bayi.
Satu soalan yang diajukan pada saya, “Bagaimana nak atasi pembuangan bayi ini?”
Bagi saya, ada dua sudut…
Sudut pertama sebelum perkara ini berlaku, maka semua anak-anak kita perlu di tanam dengan iman.
Ketika anak kita kecil, kita yang menjaganya, kita boleh cubit dia, boleh rotan dia, tetapi ketika anak kita dewasa, imanlah yang menjaga mereka.
Kefahaman agama perlu dipasakkan. Tidak ada seorang pun yang menafikan bahawa agama itu amat penting di dalam pembentukan syakhsiah.
Sudut kedua, jika perkara ini dah berlaku.
Kalau penzinaan telah berlaku, jika menurut undang-undang Islam, yang belum berkahwin akan disebat 100 rotan dan yang dah kahwin akan direjam sampai mati. Dan hukuman ini sebenarnya untuk menggetarkan hati pembuat maksiat akan datang.
Tapi, jika nak cari hukuman ini, sekarang tidak ada, bidang kuasa Mahkamah Syariah amat terhad. Hanya dibenarkan membuat hukuman denda tidak lebih 5 ribu, penjara tidak lebih 3 tahun dan sebatan tidak lebih 6 kali.
Jadi, jika maksiat telah berlaku sekarang. Kena usahakan untuk bawa orang ini kepada Allah. Jangan buang mereka takut semakin jauh.
Bagi ahli keluarga, kena sabar dan terima mereka seadanya.
Bagi para ustaz, jangan anggap mereka hina hingga pinggirkan mereka.
Bagi masyarakat, perbanyakkan program-program agama.
Bagi pemimpin masyarakat, bawakan kes yang berlaku ini ke dewan-dewan Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri agar polisi balik kepada agama ditingkatkan.
Tentu kita sedih jika kita memiliki negara maju tetapi penuh dengan jenayah dan maksiat.
Dan alangkah baiknya jika negara kita maju, rohani masyarakat juga maju dengan iman seperti zaman sahabat, tabi’in dan tabi’ tabiin.
Semoga Allah pelihara kita dan generasi muda kita untuk terus memikul amanah sebagai khalifah muka bumi ini, amin…
Sumber : http://www.ustazamin.com/2010/10/diari-280-keluarga-halal-di-negeri.html
No comments:
Post a Comment