Monday, April 2, 2012

Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi -sumber Mingguan Wanita April04




Hampir semua orang kenal akan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan
kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara
terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis yang
nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh).
Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis
atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebagai starfruit lantaran
bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang
manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.
Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda
buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah
tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah
bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus , sangat bersari
dan rasanya manis segar.

Kebiasaanya , buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya
diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar
serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran
hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah
belimbing muda boleh dijadikan jeruk. Di samping sebagai sumber
nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk
pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain
bermanfaat dalam :

-menurunkan tekanan darah
-anti kanser
-melancarkan pencernaan
-menurunkan kolestrol
-membersihkan usus.

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat
besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang
berfungsi mencegah penyebaran sel kanser.


Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi-sumber Mingguan Wanita
April04

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan
pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai
pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat
kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.


Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah
belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada
dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh
meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya
buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut
halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap
pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing
dua hari sekali.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang
itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan
sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir
atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.


Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan
pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk
mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh
masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana
pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diektrak dari buah
dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula,
pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering
dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu
juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun
belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya
diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala.
Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar
dan ringworm(kurap).

Sumber:www.melur.com/

No comments:

Post a Comment