Wednesday, June 27, 2012

Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf (1/5)



Kesesatan ideologi sufi/tasawuf perlu dikaji, didedahkan dan diketahui oleh setiap individu muslim yang mahu menjaga kemurnian akidahnya. Penulis merasa bertanggungjawab untuk memaparkan penyelewengan akidah, ibadah atau amalan yang dibawa oleh golongan tarikat sufi/tasawuf ini walaupun terpaksa menghadapi beberapa tentangan, fitnah dan kesulitan dalam meneliti, mengkaji asal-usul dan selok-belok amalan tarikat sufi/tasawuf serta teori falsafahnya yang bercelaru, simpang-siur, dipenuhi khurafat, tahayul dan kebatilan.

Menurut kajian Dr Qassim Ganny, dalam "Tarikh at Tasawuf fil Islam",
faktor ideologi tarikat sufi/tasawuf meresap dalam masyarakat Islam adalah seperiti berikut:

1. Ia telah diresapkan ke dalam ajaran Islam oleh musuh-musuh Islam pada zaman perluasan Islam ke Rom dan Iran (Parsi).

2. Wujud persamaan doktrin dalam ideologi tarikat sufi/tasawuf dengan kepercayaan mistik agama Hindu-Buddha. Sufi/tasawuf berasal dari Agama Majusi yang meresap masuk apabila ramai penganut dan para pendita Agama Hindu dan Buddha memeluk agama Islam.

3. Sufi (tarikat tasawuf) tumbuh dari kesan pemikiran (fikrah) falsafah, tidak terkecuali falsafah Neoplatonisme. Adanya persamaan antara teori falsafah tarikat falsafah Greek (Yunani).

4. Sufi (tasawuf) terpengaruh dari ajaran Masihi, Yahudi dan pendita-penditanya. Menghidupkan ideologi tersebut setelah mereka memeluk agama Islam, sama ada dengan kesedaran (keikhlasan) atau secara nifak yang bertujuan jahat.

5. Sufi (tasawuf) pada kenyataannya, diambil dan terpengaruh dari teori falsafah orang-orang kafir, terutama dari Agama Hindu-Buddha yang tujuan asalnya menggunakan falsafah tersebut untuk menentang kaum filosof yang menyerang Islam melalui falsafah.

6. Tarikat sufi (tasawuf) dan segala tarikat kebatinan yang terdapat dalam kepercayaan masyarakat Islam yang telah menjadi amalan dan pegangan mereka, pada asalnya adalah ciptaan yang dipelopori oleh Yahudi dan diresapkan ke dalam akidah Islamiyah. Gerakan ini diketuai oleh seorang pendita Yahudi, iaitu Abdullah bin Saba (berasal dari Yaman). Gerakan konspirasi jahat ini diprogramkan semata-mata untuk merosakkan akidah, ibadah, memecah-belah perpaduan Islam, mengkucar-kacirkan barisan ummah serta untuk melemahkan kekuatan dan keutuhan Daulah Islamiyah.




No comments:

Post a Comment