Kenapa Wilayah Homs paling dibenci Syi'ah..
Tahukah
kita kenapa wilayah Homs merupakan di antara wilayah yang teruk dibom
dan diserang oleh rejim Basyar khususnya daerah Baba Amr?
Apakah yang menyebabkan kota tersebut teruk diserang dan dibedil?
Dalam sejarah, sebenarnya di kota ini ialah tempat bersemadinya jasad
lebih 400 orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah berjuang
membebaskan wilayah-wilayah ini daripada cengkaman Rom atau Parsi termasuklah Sayyidina Khalid al-Walid r.a
Sebelum tercetusnya perang Qadisiyyah pada 636 M, sahabat Nabi s.a.w
yang bernama Saad ibn Abi Waqqas telah meminta bantuan tambahan daripada
Khalifah Umar al-Khattab r.a bagi tujuan menghadapi peperangan dengan
tentera Parsi.
Lalu Saidina Umar telah menyahutnya, tetapi
dengan mengirim hanya 2 orang sahaja seraya berkata dalam suratnya
kepada Saad "aku kirimkan kamu 2 orang ini yang mana ia sama seperti aku
kirimkan 2000 orang tentera, iaitu Tulaihah Bin Khuwailid dan Amar Bin
Ma'ad Yakreb.." - riwayat Thabarani
Setelah tercetusnya
pertempuran, Amr Bin Maad Yakreb telah memperlihatkan kehebatan yang
sangat mengkagumkan kaum muslimin. Beliau telah berjaya memimpin
peperangan dengan jayanya dan telah membunuh begitu ramai tentera Parsi
yang kemudiannya berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.
Beliau telah meninggal dunia di Baba Amr dalam wilayah Homs yang
mengambil nama sempena nama beliau. Kuburnya berada di kawasan
perkuburan al-Kutaib iaitu suatu kawasan perkuburan kedua terbesar
selepas perkuburan al-Baqi' di Madinah.
Di bandar tersebut
jugalah telah dimakamkan sekurang-kurangnya 400 jasad sahabat-sahabat
Nabi s.a.w yang telah sama-sama berjuang hingga sampai ke wilayah ini
demi membawa risalah Islam. Termasuklah sebahagian pejuang-pejuang
Qadisiyyah yang telah mengalahkan kerajaan Parsi tahun 636 M tersebut.
Baba Amr- Kota ini sangat dibenci oleh rejim Basyar dan Iran khususnya
lantaran tokoh dan pejuang-pejuang dari kalangan sahabat-sahabat Nabi
s.a.w yang menyebabkan kekalahan kaum parsi dalam peperangan Qadisiyyah
dahulu telah dimakamkan di sini.
Kini ia telah menjadi tempat
bagi kaum Parsi/Iran dan sekutu-sekutunya untuk membalas dendam terhadap
kekalahan silam mereka suatu ketika dahulu.
Semoga Allah memelihara pejuang-pejuang Syria yang merupakan 'cucu-cicit' Saidina Khalid al-walid yang pasti akan mempert
No comments:
Post a Comment