Sunday, June 10, 2012

Wacana Halus Barat Terhadap Islam



 

Ekspedisi Menerjah Bulan
Betapa ramai manusia yang ber’iman’ Neil Armstrong telah menjejakkan kakinya ke bulan pada tahun 1969. Dengan kisah tersebut juga banyak manusia menghinakan manusia lain; “Orang telah ke bulan sedang kamu masih di sini”. Walhal apakah benar ‘keimanan’ kita itu? Sahkah Roket Apollo 11 Saturn V telah berjaya mendarat ke bulan?

Renung sejenak; saban tahun banyak roket telah terbang menerjah angkasa menuju Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) termasuk angkasawan kita Dr Sheikh Muszaphar. Tetapi kenapa hanya Neil Armstrong sahaja yang mampu ke bulan? Bukankah teknologi makin bekembang maju, segala alatan makin canggih? Namun apakah bererti alatan lapuk sahaja yang mampu untuk membawa manusia ke bulan? Sungguh ini di luar akal logik.

Kita sedar bahawa kisah manusia ke bulan terjadi saat ‘Perang Dingin’ antara Amerika Syarikat dan Blok Komunis Rusia. Ketika ini apa sahaja yang dilakukan oleh Amerika pasti diikut oleh Rusia. Begitu juga apa sahaja alatan yang dicipta oleh Rusia pasti Amerika juga akan memilikinya. Lantas saat Amerika menceritakan kejayaannya meneroka bulan, Rusia sehingga kini tidak berusaha untuk menurut jejak seterunya.

Tetapi manusia telah percaya kisah ‘False Flag’ ciptaan Amerika selama berdekad-dekad, dan kita percaya kisah khufarat ini akan terus di’imani’ oleh sebilangan besar umat Islam pada dekad yang mendatang. Terdapat beberapa pendedahan tentang pembohongan kisah manusia ke bulan tetapi siapakah di antara kita yang mampu mengambil iktibar dari pendedahan ini? Lihatlah betapa banyak golongan yang digelar Ulama dan Ustaz percaya kisah dusta Amerika ini.

Muhammad Abduh Dan Gurunya
Kita juga percaya bahawa revolusi pemikiran moden telah dibawa masuk ke dalam minda umat Islam melalui dua tokoh agung: Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al-Afghani. Kita sangat menyanjung mereka berdua, kita kalungkan segunung pujian dan kita berikan sebuah kerusi agung kepada mereka – mujaddid! Mujaddid; gelar untuk ulama’ yang melakukan proses penjernihan (tajdid) aqidah dan manhaj terhadap ajaran Islam yang telah tersalut dengan bid’ah.

Namun sedarkah kita bahawa terdapat bukti-bukti kokoh yang menunjukkan Jamaluddin adalah seorang tokoh kumpulan Iluminati yang menentang Islam. Abdul Lathief Ghazal dalam bukunya “Da’wah Jamaluddin Al Afghani fi Mizanil Islam” menunjukkan bukti bahawa Jamaluddin memperjuangkan pemikiran liberalisma, westernisasi dan pluralism.

Oleh kerana itu ketika Muhammad Abduh murid kesayangan Jamaluddin menjadi mufti Mesir ketika zaman pemerintahan Gabenor British, Lord Cromer (seorang Yahudi), beliau telah menggerakan gelombang modernism di Mesir. Modernisme tersebut bukanlah proses tajdid sebaliknya adalah gerakan mendahulukan aqal dari naqal. Maknanya adalah gerakan falsafah emansipasi (pembebasan) pemikiran dari ikatan wahyu secara halus. Dia mengubah kurikulum Al-Azhar dan mewujudkan sebuah pusat yang dinamakan sebagai Darr At Taqrib – Pusat Penggabungan antara Sunni dan Syiah Rafidhah yang kafir!

Kemudian para penuntut Al-Azhar diajar dengan Tafsir Al-Manar. Tafsir ini dipenuhi dengan pemikiran Abduh!

Syeikh Rashid Redha pernah berkata setelah beliau kembali kepada mazhab Salaf: “Bahwasanya setelah aku bebas sepeninggal beliau (Muhammad Abduh), aku pun menyelisihi manhajnya dengan memperluas pembacaan terhadap hadis-hadis shahih, apa-apa yang ada kaitannya dengan suatu ayat baik dalam penafsirannya atau pengambilan hukum darinya.” (Tafsir al-Manar I/16 Muqoddimah). Ini kerana Muhammad Abduh telah melarang muridnya membaca kitab-kitab aqidah dan manhaj Ahlus Sunnah dan Ahlul Hadis.

Westernisme, Liberalisme Dan Pluralisme
Melalui Muhammad Abduh seluruh dunia Islam seolah-olah terjaga dari lena yang panjang. Mereka bangun lantas menyambut huluran tangan modernisme yang dilaungkan oleh beliau. Tanpa sedar umat Islam mula menelan falsafah emansipasi yang di dalamnya terkandung tiga racun yang berbisa iaitu: westernisme, liberalisme dan pluralisme.

Westernisme atau Western Centric adalah sebuah fahaman yang mengagungkan kebudayaan barat. Sama ada kebudayaan kebendaan atau kebudayaan bukan kebendaan. Orang yang terkena racun ini akan menganggap segala perkara yang muncul dari Barat merupakan sesuatu yang “maju” dan “moden”. Segalanya adalah baik dan patut dicontohi. Natijahnya melahirkan manusia yang terjajah akalnya, yang disebut sebagai kolonialisasi minda.

Barat mengerti bahawa mereka tidak akan selamanya menjadi tuan kepada Islam. Satu hari nanti umat Islam akan bangun dan menentang mereka dan merebut kemerdekaan. Jika tidak mampu menjajah secara fizikal maka mereka perlu menjajah dari segi pemikiran dan kebudayaan. Caranya adalah menyusupkan tiga racun berbisa ini melalui ‘Gerakan Modernisme’ yang diterajui oleh anak didik mereka – Muhammad Abduh!

British Mendokong Gerakan Modernisme
Lord Cromer yang mentadbir Mesir telah memberi ruang kepada Muhammad Abduh untuk berdakwah ke seluruh dunia. Malah Lord Cromer juga telah menegaskan untuk menjaga kepentingan Gerakan Modenisme tersebut: “Murid-murid madrasahnya adalah layak untuk diberi segala bantuan. Mereka menjaga kepentingan British”. Banyak ulama’ dari pelbagai aliran telah bangun menentang Muhammad Abduh tetapi British tetap mempertahankan dia dengan berkata: “As Syeikh Muhammad Abduh akan terus menjadi Mufti Besar Mesir selagi mana British berkuasa di Mesir”.
Melalui laluan yang disediakan oleh British termasuklah pengaruh British terhadap Al Azhar menyebabkan tiga racun ini merebak ke seluruh tanah jajahan British. Muhammad Abduh sempat berkata kepada gurunya – Jamaluddin – tentang kejayaan mereka: “Dalam masa 10 tahun sahaja kita sudah mempunyai sekelian banyak pelajar yang mengikuti kita dan menyebarkannya di seluruh pelusuk dunia”.

Lahirnya Ikhwanul Muslimin (IM)
Dari saat ini lahirnya gerakan pembebasan oleh umat Islam. Al Kawakibi yang bersahabat baik dengan Abduh telah menggerakkan semangat nasionalisme Arab. Di Indonesia terciptanya kumpulan Muhammadiyah. Uthman dan Fibio telah menggerakkan pembebasan di Sudan. Sedangkan di Mesir sendiri lahirnya jemaah Ikhwanul Muslimin di tangan Hasan Al-Banna, seorang yang mengikut aliran Sufi Hasafiyah yang suka bertawaf di kuburan
.
Ikhwanul Muslimin telah menghadam pemikiran Abduh malah IM tercipta atas semangat pembaharuan ini. Oleh itu Hasan Al-Banna sangat menyokong faham pluralisme yang diserukan oleh Abduh. Hassan Al-Banna berkata tentang usaha IM dalam berpegang teguh kepada pluralisme: “Dan akan dikumpulkan (disatukan) segala jenis pemikiran, baik yang terdahulu atau yang terkini” (Muzakkirat ad-Dakwah wa Daiyah. Hlm. 353).

Usaha Hassan Al-Banna ini diakui oleh Umar Tilmisani, beliau berkata: “Dan dia (Hasan Al-Banna) telah menyampaikan keinginannya untuk menyatukan kaum Muslimin yang mana dia melontarkan keinginannya di Muktamar Menyatukan Firqah Islam (dengan firqah yang bukan Islam)” (al-Mulham al-Mauhub Hasan al-Banna. Hlm. 78)
Hasan Al-Banna pernah berkata: “Untuk itu kami tetapkan bahawa permusuhan kami dengan Yahudi bukanlah permusuhan agama. Kerana Al Qur`an telah menganjurkan untuk bergabung dan berkawan dekat dengan mereka. Dan Islam merupakan syariat kemanusiaan sebelum menjadi syariat kaum tertentu. Islam pun telah memuji mereka dan menjadikan antara kita degan mereka keterkaitan yang kuat.” (Al-Ikhwanul Muslimun Ahdatsun Shana’at Tarikh I/409-410. Lihat Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha hal. 59)

Mustafa As-Siba’i yang merupakan tokoh IM berkata: “Islam bukanlah agama yg memerangi agama Nasrani bahkan mengakui dan memuliakan agama Nasrani. Islam tidak membezakan antara Muslim dan Nasrani. Islam tidak memberikan hak lebih terhadap muslim atas hak Nasrani dalam kedudukan di pemerintahan…”
Benarlah apa yang diungkapkan oleh Al Asmawy: “Hasan al-Banna telah menyatukan pemikiran Sayid Jamaluddin al Afghani dengan jalan pemikiran Muhammad Abduh”. (Majalah ad Dakwah. No 21. Rabiulawal 1398H. Hlm. 23)
Inilah wacana Barat ke atas umat Islam; menjajah umat Islam dari segi pemikiran dan merosakkan aqidah Islam dengan faham pluralisme dan liberalisme. Projek Apollo 11 Saturn V dan Ikhwanul Muslimin, apa kaitannya? Fikirkanlah.
*Penulis ialah Setiausaha I Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) dan Pengkaji Perbandingan Mazhab, Falsafah & Agama / Mitologi
Mohd Radzi Bin Othman (www.loluconagama.wordpress.com)
Siaran akhbar Sabtu, 09 Jun 2012

Sumber:

1 comment:

  1. Syeikh yg mulia.. sudikah syeikh yakin sesungguhnya dengan perkataan dan perkara begitu terhadap abduh dan sayyid jamaludin.. ana x berpengetahuan sgt,tp InsyaAllah marila kite sama2 meninjau hakikat dan perjalanan ulama dgn berpandukan sumber yg sahih.. contohnya ulama' spt asyeikhul islam,dr yusuf alqardawi.. beliau amat mencontohi hassan al banna dan gerakan I.m.. InsyaAllah.. tuan syaikh boleh membaca blog ni

    naimnikmat.blogspot.my/2009/04/salam-ukhwah-buat-semua-pembaca-pembaca.html?m=1

    ReplyDelete