Umat Islam zaman sekarang selamba je menolak dan membantah hadis Nabi yang jelas sahih hanya kerana ia bercanggah dengan logik akal, adat dan ajaran tok guru.
Sebaliknya Imam Asy-Syafi'e sangat takut untuk menolak hadis Nabi, apalagi mempertentangkan hadis baginda dengan perkataannya sendiri. Katanya:
مَتَى رَوَيْتُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ حَدِيْثًا صَحِيْحًا، فَلَمْ آخُذْبِهِ، فَأُشْهِدُكُمْ وَالْجَمَاعَةَ أَنَّ عَقْلِيْ قَدْ ذَهَبَ.
“Apabila aku meriwayatkan sebuah hadis sahih daripada Rasulullah kemudian aku tidak mengambilnya, maka saksikanlah olehmu dan semua orang bahawa aku telah gila.” - Adab Asy-Syafi’i oleh Ibnu Abi Hatim al-Razi, ms. 67 dan Manaqib asy-Syafi’i oleh al-Baihaqi 1/475.
Katanya lagi:
كُلُّ مَا قُلْتُ: وَكَانَ عَنِ النَّبِيِّ خِلَافَ قَوْلِيْ مِمَّا يَصِحُّ، فَحَدِيْثُ النَّبِيِّ أَوْلَى وَلَا تُقَلِّدُوْنِيْ!
“Setiap apa yang telah aku ucapkan padahal telah datang dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih yang bertentangan dengan ucapanku itu, maka mengambil hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam itulah yang utama dan janganlah kamu bertaklid kepadaku!.” - Adab Asy-Syafi’i oleh Ibnu Abi Hatim al-Razi, ms. 67.
~ Mohd Hairi Nonchi
------------------------------------------
Lalau Si Karut
"Apakah seorang muslim, yang dengan penguasaan bahasa arab yang baik, mengetahui kaidah dan tatabahasanya, apakah orang ini mampu memahami al Quran tanpa menggunakan jalan Rasulullah saw? Jawabannya adalah tidak. Barangsiapa yang berusaha memahami al Quran melalui jalan selain jalan Rasulullah saw, maka dia telah tersesat jauh.
Apakah seorang muslim, yang dengan penguasaan bahasa arab yang baik, mengetahui kaidah dan tatabahasanya, dapat memahami al Quran dan as Sunnah dengan jalan selain jalan para sahabat Rasulullah saw? Jawabannya pun tidak. Hal ini kerana merekalah (para sahabat) yang menyampaikan kepada kita pertama-tama lafaz al Quran yang Allah swt wahyukan ke dalam dada (hati) Muhammad saw. Dan mereka menyampaikan kepada kita penjelasan Nabi saw (tentang al Quran).
Oleh sebab itu tidak mungkin bagi kita untuk bergantung hanya kepada kemampuan berbahasa dalam memahami al Quran dan as Sunnah. Ini kesalahan yang mana banyak penulis kontemporer sekarang ini jatuh ke dalamnya. Mereka menempatkan pengetahuan bahasa arab mereka atas ayat-ayat al Quran dan hadis nabawiyah. Mereka menakwilkan nash-nash agama dan memunculkan penakwilan-penakwilan bid'ah, yang kaum muslimin tidak pernah mendengarnya di masa lalu.
Namun bukan bererti kita tidak memerlukan bahasa arab dalam hal ini. Bahkan untuk memahami al Quran dan as Sunnah, seseorang harus menguasai bahasa arab".
[Imam al Albani : "Hadizihi Da'waatuna" / Edisi Indonesia, Inilah seruan kami, Maktabah Raudhah al Muhibbin, Januari 2008]
No comments:
Post a Comment