Friday, March 21, 2014

RAPATKAN SAF




BETULKAN & RAPATKAN SAF
Dari Anas r.a,dari Nabi Muhammad s.a.w, bersabda baginda

 “ Betulkanlah saf- saf(barisan) kamu semasa solat berjemaah, kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu ( adalah ia) dari amalan mengerjakan solat dengan sempurna (H.R.Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah,dari Rasulullah s.a.w.,sabda baginda:


 “ Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang merapatkan barisan-barisannya dalam solat,”(H.R. Ahmad, Ibnu Majah disahkan oleh Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hiban & Hakim) Ibnu Majah menambahkan : Barangsiapa yang menutup celah dalam solat berjemaah, maka Allah SWT akan mengangkat orang itu satu darjat.

BETULKAN SAF SEBELUM ATAU SELEPAS QAMAT ?

( Lihat di Masjid/Surau Tuan2, Biasanya QAMA

T dahulu,lepas itu Imam betulkan saf,lalu solat)

Nabi s.a.w. membetulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan saf dengan merapatkan bahu dan samakan tumit kaki iaitu belakang kaki.

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w.sabda baginda “ Luruskan saf!. Aku dapat melihatmu dibelakangku. Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya dan tumit dengan tumit.

“ Rapatkan saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu bahu.” (H.R. Abu Daud & an-Nasai ).

RAPAT SAF,RAPAT PERPADUAN

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a…dia berkata, “ Rasulullah s.a.w. biasa masuk memeriksa ke saf- saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “ Jangan lah kalian berbeza ( tidak lurus safnya) , kerana akan menjadikan hati kalian berselisih” (H.R. Muslim)

ALLAH SWT TERIMA SOLAT YANG SEMPURNA SAFNYA.

Berikan penghormatan kepada Allah SWT, secara zahirnya dengan meluruskan & merapatkan sepertimana polis/askar memberi penghormatan kepada ketuanya yang memeriksa perbarisan.

SYAITAN TIDAK MASUK SAF YANG RAPAT

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, 

“ Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya (kekuasaan Nya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing” ( Diriwayatkan oleh Abu Daud,no.666. an-Nasa’i,2/93. Ahmad,2/97)

Saf yang rapat tidak dimasukki syaitan,(walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis).Begitu juga rumah yang dibaca BISMILLAH sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak masuk),atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah.


~ Mohd Azman Mamak Bendahara

No comments:

Post a Comment