Tuesday, December 14, 2010

Isu Ketuanan Melayu - Adakah Wajar Dighaibkan….




Persoalan Ketuanan Melayu* telah menimbulkan satu gelombang pandangan dari berbagai pihak , wajarkah dihabiskan sahaja atau kewajarannya perlu...


Secara peribadi, segala perbahasan yang dibuat oleh mana-mana orang adalah benar menurut kacamata kewarasan. Cuma, adakah ia benar dalam semua konteks atau sebahagian?


Sebagai contoh, seorang anak sulung, tidak puas hati dengan tingkah laku ayahnya yang melebihkan anak ketiga di dalam keluarga, maka anak ini, atas dasar berkata benar mencanang kisah ayahnya pada ahli kampung sehingga ahli kampung memandang serong pada ayah.


Dalam konteks benar atau tidak benar perkataan anak, ya benar menurutnya sebagai individu, tapi jika dipandang dari sudut keluarga yang lebih luas, anak ini salah kerana bercerita pada semua orang kampung hingga teraib sang ayah.


Sang ayah pula punya alasan yang benar, menurutnya, dia kelihatan amat rapat pada anak ketiga kerana anak ketiga sedang di dalam masalah sosial yang perlukan perhatian, jadi dalam kerangka yang lebih luas, ayah terpaksa memberikan lebih perhatian pada anak ketiga. Bermakna, dalam kerangka lebih luas, sang ayah benar.


Dalam kes ketuanan Melayu, kita boleh lihat dari berbagai aspek dan sudut dan kita boleh berhujjah dengan baik, kadang-kala, pihak bertentangan masing-masing menggunakan ayat Quran dan tafsiran masing-masing. Semuanya nampak benar….


Pada kesempatan kali ini, saya cuma mahu bahas dari sudut realiti semasa.. mungkin benar semua, atau benar sebahagian, atau salah semua atau salah sebahagian, terpulang pada pembaca nak lihat dari sudut mana…


Allah jadikan muka bumi ini mempunyai rumpun dan kawasannya. China ada rumpunnya, India ada rumpunnya, arab ada rumpunnya, afrika ada rumpunnya, eropah ada rumpunnya.


Tetapi ia tidak menafikan bahawa di setiap rumpun ada bangsa lain yang hidup secara baik. Di negara Arab ada orang Melayu, di Nustantara ada orang Cina, di China ada orang Arab, di Eropah ada orang India. Kerencaman ini yang disebut oleh Allah untuk kamu saling mengenali.


Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat ayat 13)


Taqwa, bermakna iman akan menjadikan kita semulia-mulia di kalangan manusia, tidak disebut dari apa bangsa.


Nusantara adalah rumpun orang Melayu, dan lebihnya orang Melayu ini, sejahat mana pun, rata-rata masih ada sensitif kepada Islam. Oleh kerana itu, penggubal awal perlembangan memasukkan takrifan Melayu mesti beragama Islam.


Jika orang Melayu dikuatkan di tempatnya ini, maka mereka boleh menguatkan Islam kerana mereka beragama Islam. Walaupun tidak dinafikan ada orang Melayu yang hebat, tetapi tidak menyumbang apa-apa pun pada Islam.


Jika orang bukan Islam kuat di Nusantara ini, kita boleh harapkan mereka kuatkan Islam, tetapi kebiasannya, orang yang kuat tidak akan memandang orang dibawah. Dan saya yakin, jika orang kafir kuat dinusantara, mereka akan menuntut perkara yang merugikan umat Islam.


Isu ketuanan Melayu….


Jika dengan menghapuskan ketuanan Melayu dan kita sedang menuju ke Islam raya atau Melayu Islam raya itu bagus tetapi dengan hapuskannya kita terdedah dengan tuntutan yang merugikan Islam nanti, itu tidak bagus.


Kalau dengan hapuskan, orang bukan Islam boleh pertikai azan pada masjid, boleh pertikaikan terbinanya masjid, boleh cebik Islam, itu tidak bagus, tetapi jika mereka boleh iktiraf islam itu tertinggi dan tunduk pada Islam, itu bagus.


Baru-baru ini heboh satu negara mengenai tokoh politik yang membahaskan ketuanan Melayu. Bagi saya, cadangan yang dibuat untuk menghapuskan ketuanan Melayu sepatutnya tidak terhenti di situ, dalam waktu yang sama, cadangkan juga secara jelas, akan menjadikan Malaysia ini negara Islam dan ia perlu diterima oleh orang bukan Islam.


Jika asyik nak hapuskan apa yang ada dengan tanpa tambahan apa yang sepatutnya[sebelumnya ] tiada, maka ia akan menimbulkan kerisauan.


Bagi orang undang-undang, kerisauan ini boleh terjadi jika orang Melayu tidak kuat, maka penggubalan undang-undang negara akan menjurus kepada keterbukaan hingga merugikan Islam, alangkan orang kafir tidak dominan pun berani untuk meminta penubuhan suruhanjaya agama, apatah lagi kalau mereka sama kuat.


Kerisauan bagi orang Media, Secara realitinya, program agama di TV amat kurang, lebih-lebih lagi jika program yang membabitkan sponsor, yang ada pun sponsor kecilan atau peruntukan dari JAKIM, jika orang orang Islam tidak kuat ekonomi, maka bagaimana program agama dapat hebat di media massa.


Bagi ahli ekonomi pula, orang Melayu kalau miskin, akan terhamba di bumi sendiri, berapa ramai anak Melayu yang bekerja di tempat jahat yang dimiliki oleh orang bukan Islam, diangkut oleh orang bukan Islam untuk menjadi pelayan seks, lihat sahaja statistik yang sentiasa bertambah dari bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Negeri.benarlah kata hadis bahawa kefakiran boleh membawa kekufuran.


Akhirnya percayalah, sebenarnya nanti, ia bukan pertikaian antara Melayu atau tidak Melayu, akhirnya pertembungan akan terjadi antara Islam dengan kuffar. Orang kafir walau apa platformnya akan bersatu dengan kekufurannya menentang Islam. Paling kurang mempertikaikan untuk menjadikan Islam rendah.**


Saya harapkan yang terbaik untuk negara tercinta ini, kita perlu berusaha semaksima mampu untuk tinggikan Islam dari semua sudut, baik dari sudut akidah, ibadah, ekonomi, politik, dan semunya. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua.


Jangan sampai bak kata ayah-ayah kita, mengejar sesuatu, yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran. Apa pun, usahakanlah untuk Islam ditinggikan, walau dari mana platform kita, akhirnya nanti, akan bersatu jua…


sumber :sekilas 37 -Ustaz Amin.com



--------------------------


* Ketuanan Melayu : Kedaulatan Melayu, bersamanya ialah kedaulatan Raja-raja Melayu dan
Islam sebagai Agama rasmi .

**[ke mana lagi kita nak pergi ketika orang Melayu Islam sudah jadi hamba di negara sendiri...seperti yang sudah berlaku pada Singapura -sekarang ini kita kononnya begitu bersangka baik pada pehak2 yang lunak dengan kita -mereka lunak kerana kita lunak - "memberontak"terhadap pemerintahan yang masih memelihara Islam (walaupun tidak sempurna )...yang boleh membawa kelemahan kepada kekuasaan Islam dan ketika itu orang kafir akan mengambil kesempatan .seperti yg berlaku semasa kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki ]

No comments:

Post a Comment