Kitab
Al-Fawaa'id , karya Imam Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah rahimahullah ini
adalah kitab yang luar biasa, dari namanya saja kita dapat mengesan
sekian banyaknya manfaat yang terkandung di dalamnya; kerana memang
kitab ini mengumpulkan pelbagai faedah yang melimpah dan beragam
permasalahan ilmiyah yang tiada duanya.
Padanya
terdapat penelitian yang mendalam terhadap pelbagai makna dari hakikat
segala sesuatu, penjelasan tentang hikmah syari'at pada beberapa
permasalahan yang beraneka ragam, kepentingan Al-Quran dan fiqih Islam
disertai penjelasannya pada hal-hal yang tidak diketahui banyak orang.
Kemudian menyebutkan hubungan permasalahan-permasalahan tersebut dengan
kecemerlangan hati dan ke-muliaan jiwa. (lihat: Asrar Khizanah
Al-maktabah At-Turatsiyyah, m/s. 11 dan 128, karya Muhammad Khair
Ramadhan Yusuf)
Kerana
tingginya kedudukan penulis dalam kepelbagaian disiplin ilmu, maka
kitab ini ibarat penunjuk arah yang lengkap yang mana padanya terdapat
pelbagai ilmu pengetahuan yang begitu banyak. Disebabkan penulis dan
karyanya tersebut berada pada kedudukan seperti ini dari sisi manfaat
dan faedahnya, maka kitab ini pun diberi perhatian dan ditahqiq oleh
Syaikh Ali Hasan bin 'Abdul Hamid Al-Halabi, dan beliau berpendapat
bahawa suatu keharusan untuk menerbitkan dan men-tahqiq-nya
(menelitinya) agar lebih berkesan dalam menyebarkan manfaat yang dipetik
darinya oleh para pembaca yang budiman.
Kitab
ini disusun berdasarkan bab-bab ilmu, yang diawali dengan bab aqidah,
kemudian Tafsir, Hadits, dan seterusnya. Kerana pada asalnya Kitab
Al-Fawaaid ini tidak ditulis secara tematik sehingga menyukarkan para
pembaca yang ingin memetik manfaat darinya.
Kelebihan Kitab Al-Fawaaid:
Isi
kandungan perbahasannya yang bagus, diskusi yang menarik dan susunan
yang indah, dan Penulisnya (Ibnul Qayyim) tidak menyusunnya berdasarkan
metode tertentu dan sistematik. Seolah-olah dia membiarkannya begitu
sahaja sebagai gudang ilmu dan pengetahuan tanpa diberikan bab di
dalamnya.
Kitab yang berisi pelbagai faedah ilmu ini merupakan sumber pengetahuan dengan kesimpulan-kesimpulan menarik. Ia mencakupi banyak pembahasan dan tidak khusus pada satu-satu tema tertentu sahaja, antara lain cakupan yang dibahaskan adalah:
1.
Tafsir yang rumit di mana tidak terdapat dalam kitab-kitab tafsir yang
ada. Tafsir tersebut hanya dapat diketahui dan difahami melalui
penghayatan, pemahaman dan pendalaman terhadap sesebuah ayat.
2. Perkara-perkara sunnah yang sukar difahami melainkan jika diteliti, dibandingkan, diperhalusi, dan didisikusikan.
3. Manfaat dari pengalaman hidup, interaksi dengan manusia serta mengenal tokoh, madzhab dan karektor mereka.
4.
Karektor perihadi dan pemahaman objektif berkenaan dengan pelbabai
permasalahan dan cara mcngatasinya bersesuaian dengan syari'at dan
realiti.
5.
Tata bahasa Arab dan balaghah (gaya bahasa arab) yang tiada
bandingannya, yang dengannya muncullah pelbagai ungkapan dalam hiasan
kata-kata indah dan tulisan yang menarik.
6. Kutipan bait-bait sya'ir pada tempat-tempat yang sesuai dengan tema tertentu.
Di
dalam kitabnya ini, Ibnul Qayyim memperlihatkan seluruh apa yang telah
diraihnya berupa kekuatan dalam memahami ilmu, kesempurnaan dalam
menarik kesimpulan, ilmu yang mendalam sehingga membuat kagum
orang-orang yang berakal dan membuat takjub orang-orang yang melihatnya
kerana mereka merasa kalah dan lemah di hadapannya.
Sehingga
kitab ini, jika pakar hadis membacanya nescaya dia akan mendapati apa
yang diinginkannya. Jika ulama tafsir menikmatinya nescaya dia akan
memperolehi apa yang selama ini dicarinya. Jika pakar bahasa arab dan
balaghah membacanya nescaya mereka akan memetik sesuatu yang tidak
didapati pada kitab-kitab bahasa dan balaghah lainnya. Jika pencari
kebenaran membacanya nescaya dia akan mendapat-kan kaedah-kaedah tentang
kebenaran yang berupaya memandu dirinya ke jalan Tuhan semesta alam.
Jika
ahli ilmu kalam membacanya nescaya dia akan terkagum-kagum dengan
kaedah-kaedah penting dalam bab ini yang dibuat oleh imam Ibnul Qayyim
rahimahullah seolah-olah melemahkan apa yang disusun oleh mereka.
Maklum adanya bahawa kaedah-kaedah yang dibuat oleh ahli kalam dapat
di-patahkan satu persatu oleh kaedah ilmiyah yang mendalam dan
dalil-dalil syari'at yang mantap tanpa ada pertikaian dan sikap
emosional.
Di
dalam kitab ini juga terdapat banyak kaedah yang relevan dengan fitrah
manusia dan realita, kaedah yang membuat manusia mengenal Tuhan semesta
alam secara benar, menunjuki manusia ke jalan-Nya, mendidik keimanan
dalam hati dan memperbaharuinya, serta hal-hal yang menyebabkan Allah
Ta'ala mencintai makhluk-Nya melalui nikmat dan kurnia yang Dia berikan.
Jika
ulama Fiqh dan Ushul fiqh membacanya nescaya tanpa diduga mereka akan
mendapatkan kaedah-kaedah Fiqih dan ushul Fiqh yang tidak terbetik dalam
fikirannya, tidak pula didapati dalam kitab yang membahas ushul fiqih
mahupun fiqh. Bahkan hal tersebul belum pernah dibahas oleh ahli Fiqh
dan Ushul Fiqh dalam kitab-kitab yang mereka tulis. Lebih dari itu,
banyak kaedah yang tidak mirip sama sekali dengan kaedah yang disusun
oleh ulama fiqih dan ushul fiqih, bahkan mendekatinya pun tidak, kerana
tidak terbetik sama sekali dalam benak mereka. Maka anda akan
mendapatkan sesuatu yang menakjubkan betapa dalamnya pemahaman Ibnul
Qayyim, banyaknya pengalaman yang dia miliki dan penyimpulan hukum dari
dalil-dalil yang samar oleh kebanyakan ulama lainnya.
Jika
penuntut ilmu di tingkat para pemula membacanya nescaya buku ini akan
menerangi jalannya, menuntunnya pada landasan jelas yang akan membawanya
kepada permasalahan-permasalahan ilmu yang hakiki, melepaskannya dari
belenggu taklid, menjauhkannya dari pemahaman yang salah,
menghubungkannya dengan hakikat melalui tangannya sendiri dan merasakan
dengan hatinya sendiri.
Imam
Ibnul Qayyim rahimahullah telah mengisyaratkan kitabnya ini di
beberapa kitab yang beliau tulis di antaranya Al-Ijtima' Al-Juyus
Al-Islamiyah dan Al-Ma'alim. Ibnul Qayyim rahimahullah di beberapa
tempat dalam kitab¬nya ini menukil perkataan dari gurunya Syaikhul Islam
Ibnu Taimiyah yang menunjukkan bahawa hal ini benar-benar berasal dari
beliau.
Sebahagian bab perbahasan dalam buku ini adalah sebagaimana berikut:
BAB 1: AKIDAH DAN TAUHID:
1. Ikhlas Kerana Allah Ta'ala
2. Ketenangan Hati dan Badan Ketika Taat Kepada Allah Ta'ala
3. Di antara Hak-hak Tauhid
4. Kitabullah yang Tertulis dan Kitabullah yang Dilihat
5. Mengenal Allah Melalui Ke-Maha-Indahan-Nya
6. Perhiasan yang Halal
7. Sikap Mengenal Allah Antara Keimanan Orang-Orang yang Bertauhid dengan Keyakinan Kaum Musyrikin
8. Perbezaan Manusia dalam Masalah Tauhid
9. Di Antara Manfaat Tauhid di Dunia dan di Akhirat
10. Hakikat Penghambaan dan Tingkatan-Tingkatannya
11. Tauhid dan Penghambaan Diri Kepada Allah
12. Makna Penghambaan Diri Kepada Allah dan Pemurniannya
13. Takdir; Antara Sikap yang Berlebihan dan Meremehkannya
14. Bertawasul dengan Nama-Nama Allah Ta'ala
15. Manusia Antara Paksaan Takdir dan Kebebasan Memilih
16. Makar Allah
17. Buah dari Keimanan Terhadap Sifat-Sifat Ketuhanan
18. Objek Perbicaraan Al-Qurvan Tentang Ar-Rahman (Dzat yang Maha Pengasih)
19. Seluruh Nikmat Itu dari Allah Sedangkan Segala Dosa dari Syaitan
20. Rezeki dan Ajal
21. Hakikat Tawakal Kepada Allah Azza wajalla
22. Beberapa Jenis Tawakal Kepada Allah Ta'ala
23. Yakin Akan Terkabulkannya Doa
24. Kemampuan dan Kekuatan Hanya dengan Pertolongan Allah 'Azza Wa Jalla Semata
25. Pengagungan Seorang Hamba Terhadap Tuhannya
26. Syafa'at Rasul Dapat Diperoleh dengan Mentaati Beliau
27. Keteguhan Seorang Mukmin Menjelang Ajal
28. Penciptaan Adam 'Alaihissalam
29. Keadaan Iblis Bersama Adam
BAB 2 AL-QURAN DAN TAFSIR:
1. Keadaan Manusia Bersama Al-Quran
2. Di antara Rahsia dan Kandungan Surat Al-Fatihah
3. Kaum yang Mengingat-ingat Ayat-ayat Allah Ta'ala
4. Beberapa Renungan dalam Surat Qaaf
5. Hati yang Hidup dan Al-Quran
6. Petunjuk-Petunjuk dalam Surat Qaaf
7. Makna Al-Iyy (Letih, Payah)
8. Kiamat Kecil dan Kiamat Besar
9. Qarin dan Permusuhannya
10. Beberapa Karektor Penduduk Syurga
11. Di antara Metode Al-Quran dalam Menjelaskan Sesuatu
12. Memenuhi Seruan Allah Dan Rasul-Nya
13. Tafsir Firman Allah Ta'ala, "Orang-orang kafir adalah penolong (syaitan untuk berbuat derhaka) terhadap Tuhannya."
14. Orang yang Mendapat Petunjuk dan orang yang Sesat
15. Kebencian Seorang Hamba dan Kecintaannya
16. Tafsir Firman Allah Ta'ala, "Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu." (Al-Baqarah: 216)
17. Jihad Terbesar Adalah Jihad Melawan Hawa Nafsu
18. Doa Nabi Ayyub Alaihissalam
19. Tafsir Firman Allah Ta'ala, "Engkaulah Pelindungku di Dunia dan di Akhirat.."
20. Tafsir Firman Allah Ta'ala, "Dialah yang Menjadikan Bumi Untuk Kamu Yang Mudah Dijelajahi..."
21. Tafsir Permulaan Surat Al-Ankabut
22. Jeritan Ketika Mendengar Al-Quran
BAB 3: TENTANG HADIS-HADIS NABAWI:
1. Takwa Itu di Dalam Hati
2. Petunjuk Nabawi Adalah Petunjuk yang Paling Sempurna
3. Ampunan Bagi Ahli Badar
4. Permintaan yang Baik
5. Akhlaq dan Ketakwaan Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam
6. Berpegang Teguh dengan Sunnah
BAB 4: USHUL FIQH
1. Meninggalkan Kewajiban Lebih Berat Dosanya Dari Melakukan Larangan
BAB 5: ILMU DAN ULAMA:
1. Keutamaan Ilmu dan Iman
2. Tingkatan-tingkatan Ilmu
3. Pembahagian Ilmu
4. Hendaklah Seorang Alim Berhati-hati Terhadap Dunia dan Kecondongan Terhadapnya
5. Sifat-Sifat Ulama Buruk
6. Prinsip-Prinsip Kebahagiaan
7. Sifat Moderat Syari'at
BAB 6: HATI:
1. Faedah-FaedahTakwa
2. Arasy dan Hati
3. Pohon Hati
4. Keruh dan Jernihnya Hati
5. Faedah-Faedah Meninggalkan Tradisi
6. Hati Itu Punya Sangkutan-Sangkutan
7. Pengaruh Lintasan Hati dan Fikiran
8. Abadinya Kebaikan Hati
9. Lurusnya Jalan
10. Dua Syurga Bagi Seorang Mukmin
11. Macam-MacamZuhud
BAB 7: ANTARA KEIMANAN DAN KEKUFURAN:
1. Hakikat Keimanan
2. Klaim Keimanan
3. Rukun-Rukun Kekufuran
BAB 8 DOSA DAN KEMAKSIATAN FAKTOR PENYEBAB, DAMPAK DAN PENGHAPUSNYA:
1. Sebab-Sebab Kemaksiatan
2. Jalan Syaitan Untuk Menguasai Hamba
3. Faktor-Faktor Pemicu Dosa
4. Kesalahan-Kesalahan dan Akibat yang Menyakitkan
5. Kedustaan dan Kejujuran Serta Pengaruh Keduanya
6. Membebaskan Diri Dari Dosa
7. Pengaruh Melepaskan Diri Dari Dosa
BAB 9: KEPADA MEREKA YANG BERJALAN MENUJU ALLAH:
1. Pelbagai Keperluan Untuk Cita-CitaTinggi
2. Dzikir yang Paling Utarna
3. Pahala Menyibukkan Diri dengan Allah
4. Zuhud di Dunia
5. Ketergantungan Hamba dengan Tuhannya
6. Sedikitnya Pejalan dan Banyaknya yang Binasa
BAB 10: DI KEDALAMAN JIWA:
1. Bagaimana Anda Memperbaiki Keadaan Anda?
2. Kelazatan Itu Mengikuti Cinta
3. Medaki Ketinggian Hakiki
4. Faedah-Faedah Kejujuran
5. Tingkatan-Tingkatan Bagi Para Penempuh Jalan
6. Keinginan Hamba Antara Celaan dan Pujian
7. Rintangan-Rintangan di Tengah Jalan
8. Bagaimana Anda Mengenal Tuhan Anda?
9. Menghimpun Tujuan Untuk Allah Semata
10. Menjaga Nikmat-Nikmat Allah
11. Sifat-Sifat Jiwa yang Tinggi
12. Kenali Diri Anda Terlebih Dahulu
13. Dia adalah Allah, Kenapa Anda Tidak mencintai-Nya?
14. Dua Macam Sikap Cemburu
15. Bagaimana Kebaikan dan Keburukan Itu Bermula?
BAB 11: PERI-KEHIDUPAN ORANG-ORANG SHOLEH:
1. Sikap Tawadhu Rasul Shallallahu Alaihi wa Sallam Ketika Menang
2. Keutamaan Abu Bakar Ash-Shiddiq
3. Kisah Masuk Islamnya Salman Al-Farisi
4. Semerbak Harum Dari Peninggalan Umar Bin Abdul Aziz
BAB 12: KELEMBUTAN DAN KEPEDULIAN HATI:
1. Menepati Perjanjian dengan Allah
2. Kenikmatan Itu Sesuai dengan Kadar Tekad
Dan banyak lagi yang selainnya...
No comments:
Post a Comment