Bukan
suatu yang asing bagi kalangan orang berilmu terhadap kisah permusuhan
sejak beratus tahun di antara kelompok ahli sunnah wal-jama'ah dengan
Syi'ah Rafidhah. Bahkan di antara kelompok muslim dengan kafir Syi'ah
Rafidhah! Kelompok Syi'ah adalah kelompok yang begitu keras
permusuhannya terhadap Islam dan umatnya, jauh lebih dahsyat dari kaum
Nashara dan Yahudi. Apatah lagi sejarah kemunculan Syi'ah itu sendiri
saling tidak jauh dari pengaruh kaum Yahudi.
Sejak
beratus tahun kelompok Syi'ah saling membunuh dan melakukan pelbagai
bentuk konspirasi terhadap umat Islam. Sebagaimana yang berlaku dalam
peristiwa terbunuhnya 'Umar, kemudian 'Utsman, kemudian 'Ali, dan
kemudian Al-Husain. Kemudian terhadap pembunuhan jutaan manusia umat
Islam di Bagdhad pada era 600 hijrah juga adalah angkara mereka yang
berkomplot dengan kaum Tartar.
Pada
zaman ini, sejarah sekali lagi berulang. Tetapi ramai kalangan kita
yang tidak sedar. Syi'ah Rafidhah berkomplot dengan tentera kuffar
Amerika memerangi Afghanistan, kemudian Iraq (bersama-sama menjatuhkan
Saddam), dan yang terkini di Syiria mereka menindas para rakyat ahli
sunnah. Manakala kisah di Iraq dan Iran, habis masjid-masjid ahli sunnah
dibinasakan oleh mereka. Masyarakat sunni disiksa dan dibunuh dengan
daksyat lagi menyayat hati. Lebih dahsyat dan kejam dari ketika
pemerintahan Saddam Husain. Laa hwlaa walaa Quwwata illaa billaah...
Maka,
ini adalah sebuah buku yang mengajak anda untuk mengenal lebih dekat
tentang siapa sebenarnya Syi'ah. Apa latar belakangnya? Apa asas
kerangka mazhab Syi'ah, siapa sebenarnya Syi'ah, dan apa itu Syi'ah.
Seterusnya,
penulis mengajak melihat apakah rujukan-rujukan utama yang mereka
gunakan di dalam membina fahaman mereka. Siapa pula tokoh-tokoh mereka.
Bagaimana mereka memahami hadis-hadis nabi dan bagaimana pandangan
mereka terhadap para sahabat nabi. Buku ini turut memfokuskan tentang
aqidah taqiyyah (kepura-puraan) yang diimani oleh Syi'ah. Melihat
bagaimana syi'ah bertaqiyyah di hadapan ahli sunnah, terutamanya di
dalam persoalan aqidah dan solat. Turut dikupas adalah sekitar
permasalahan konsep imam (imamiyyah) dari sudut pandang Syi'ah dan
kebatilannya.
Persoalan
imam mahdi juga turut dikupas. Sebagai tambahan yang agak istimewa,
buku ini turut membentangkan fenomena taqrib (berbaik-baik) oleh
pertubuhan Ikhwanul Muslimin (IM) bersama kelompok syi'ah. Juga
pembongkaran kecelaruan methode Syi'ah di dalam memahami kepelbagaian
periwayatan hadis. Dan hakikatnya, Syi'ah dan ahli sunnah adalah terlalu
jauh dan besar jurang perbezaannya, sekaligus Syi'ah sebenarnya sangat
membenci Ahli Sunnah. Lihatlah kupasan dan pembuktiannya melalui buku
ini.
Ketahuilah
bahawa di sisi Syi'ah Rafidhah, membunuh ahli sunnah adalah ibadah yang
memiliki ganjaran yang tinggi di sisi mereka. Mereka bukanlah sahabat
kita, ataha lagi teman duduk kita. Sebaliknya mereka adalah musuh yang
amat dahsyat dan keji!
No comments:
Post a Comment