Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
27th May 2012
Saya
sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan
Malaysia. Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar
ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak,
terpaksalah juga saya tampil, bukan membela, tetapi berkata benar.
Isu bukan
Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti
ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba saudara pembaca buat kajian
kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak
dahulu lagi. Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan
raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei,
diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei,
seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.
Saya tidak
ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku. Biarkan sejarah berlalu.
Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca
meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam
pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971), Leon Comber
(1985), Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.
Kata-kata
seperti “Melayu sudah jatuh”, “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”, “Ini
negeri bukan Melayu punya”, “kita mahu halau orang Melayu” dan kata-kata
seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama
mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapikan. Tetapi inilah bukti
bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.
Pada saya yang baik itu, baiklah. Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak.
Hari ini
mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan
kuasa. Apabila kuasa telah diperolehi nanti, rasalah akibatnya.
Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi juga
luaran, terutama pulau kecil di selatan tanahair yang sentiasa mengikuti
perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa sahaja untuk
bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu
berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.
Ultra kiasu
anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada
perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan PM terbuka kepada semua
warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama
ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.
Ya, saya
tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita
tinggal di negara sebelah timur. Bila bercakap, berlapik kerana ini
menyentuh sensitiviti orang lain.
Sama seperti
isu perkataan ‘pendatang’. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak
ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana
ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar.
Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada
ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih
gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain,
terutama bangsa majoriti.
Isu
bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana
ini adalah tanahair tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat
tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar? Kecualilah kalau kita
masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura yang sudah tua
itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya orang-oarng Melayu
telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma
kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di
Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah
pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung Umno, Dato’ Syed
Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum
perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Dari itu, adalah salah
dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan
bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia, dan orang
lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka. Utra
kiasu itu berkata lagi, beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya
sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa
orang-orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee
Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).
Saya yakin
ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu tua
itu. Saya tidak nampak Utusan bersikap tidak beretika dan tidak
bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Jika tidak benar, samanlah.
Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus
menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara
Keadilan dan Harakah.
Pemimpin
ultra kiasu berkata, “Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti
berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka.”
Persoalan saya, apakah Umno atau Barisan Nasional mendapat liputan yang
baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi, sebenarnya,
mengata orang dia yang lebih.
Saya
berpegang kepada prinsip, “kita tidak akan menyerang jika tidak
diserang. Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan”.
Menurut
ultra kiasu, Utusan sengaja mencipta “isu yang tidak wujud” demi
kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti
“fitnah” bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno
tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.
Pada
saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu
di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang
Melayu. Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu?
Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan
keselamatam seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan
sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra kiasu
sudah termaktub dalam sejarah.
Lepas ini
mungkin ada yang berkata dalam blog saya, ada yang terasa nak murtad
apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya
hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan
hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya
tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.
Kenyataan
balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik
orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti.
Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini,
insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada
parti ini.
Pada
saya, jika benarpun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap,
kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura
berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak
menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah
peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.
Saya bukan
membela Utusan atau membela Umno. Ada beberapa perkara yang saya tidak
boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja
mereka diserang. Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi
ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat
baik, salah, buat jahat, lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri
orang bertamadun?
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sumber : Mohd Nazem Suki
No comments:
Post a Comment