Sunday, May 13, 2012

“Jangan sambut Hari Ibu”, pesan mama









Dua tiga hari kebelakangan ini, media cetak dan elektronik sibuk menayangkan cerita-cerita yang bertemakan Hari Ibu, menyebarkan kasih saying Ibu dan anak-anak serta kisah kisah perngorbanan ibu dan pengertian kasih seorang ibu kepada anak-anak mereka. Malah, hampir kebanyakan ucapan-capan selamat Hari Ibu ini diabadikan dalam ‘facebook’ mereka masing-masing khas untuk ibu kesayangan mereka.
Sebenarnya, Hari Ibu ini sudah lama disambut oleh rakyat khususnya , malah, bukan hanya Hari Ibu, malah ada lagi sambutan-sambutuan yang bertemakan kasih sayang seperti sambutan yang lain baik Hari Kekasihnya, Hari Bapanya, dan yang paling mashur ialah Hari Jadi yang hampir semua menyambut dengan ucapan mahupun hadiah. Mungkin sudah ramai yang sudah maklum akan isu ini, namun tidak kurang juga yang masih keliru. Saya kira, sudah ada tulisan-tulisan dari sahabat-sahabat seperjuangan akan hal ini, saya amat berharap agar tulisan ini akan mendapat impak yang positif dalam usaha memurnikan dan mensucikan budaya umat Islam khususnya di Malaysia dari terdedah serta terpengaruh dengan budaya barat, InsyaAllah.
Bagaimana Islam mengajar anak menyayangi orang tua
Sebelum saya bercerita lebih jauh, bagaimana Islam mengajar kita menyanyangi Ibu? Lupakah kita tentang ayat Quran larangan berkata “AH” di dalam surah al-Isra’ kepada dua ibu bapa kita? Lupakah tiada hadith-hadith Nabi yang menyuruh kita menghormati dan menyayanggi ibu kita?
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia. (al-Isra’:23)
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata:Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.
(riwayat Imam al-Bukhari dalamShahihnya, nombor 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik)).
Malah dalam firman Allah yang lain, bermaksud;
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]
Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, “Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”
Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”
Dia menjawab: “Tidak.”
Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.”
Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?”
 Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala melainkan berbakti kepada ibu.”
(riwayat Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no: 4 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no: 2799)
Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya 
Firman Allah yang bermaksud;
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam Keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Luqman :13-14)
Lihatlah begitu banyak ayat-ayat Quran dan hadith-hadith Nabi Rasulullah SAW mengajar kita menghargai dan menghormati kedua ibu bapa kita,namun, tidak ada sedikit pun dalil atau petunjuk dari Allah dan Rasul yang menyuruh kita mengucapkan..”Selamat Hari Ibu”. Ingatlah, Nabi telah mengingatkan kita “Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah al-Quran, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Sunnah Rasul SAW”, dan adakah petunjuk kita melebihi petunjuk Rasul Allah?
Hanya ada 2 perayaan atau sambutan dalam Islam
Begitu juga kita harus fahami bahawa perayaan yang diiktiraf secara mutlaq dalam Islam hanyalah dua sebagaimana hadith Nabi SAW :
Dari Anas bin Malik ia berkata: Rasulullah datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai 2 hari (raya) yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Apa (yang kalian lakukan) dengan 2 hari itu?” Mereka menjawab: “Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik dari keduanya, yaitu Idul Adha dan Idul Fitri.” (riwayat Imam Abu Dawud no. 1004, disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani)
Jika dihalusi makna Ied itu sendiri Ibnu A’rabi mengatakan: “Ied dinamakan demikian karena setiap tahun terulang dengan kebahagiaan yang baru.” (Al-Lisan hal. 5) 
Ibnu Taimiyyah berkata: “Ied adalah sebutan untuk sesuatu yang selalu terulang berupa perkumpulan yang bersifat massal, baik tahunan, mingguan atau bulanan.” (dinukil dari Fathul Majid hal. 289 tahqiq Al-Furayyan).
Ini bermakna, perayaan Hari Ibu ini sepatutnya tidak disambut oleh Umat Islam jika beliau gabungkan dengan kefahaman definisi perayaan dan juga hadith di atas.
Di sini mungkin persoalan akan ditimbulkan, apa salahnya kerana amalan ini baik dan atas alasan ”sayang” kita pada Ibu maka semua amalan-amalan yang tidak berpaksikan petunjuk Nabi akan diberi lesen besar utk kita lakukannya? Teringat hadith riwayat Abdullah bin Ibn Mas’ud,
”berapa ramai yang ingin kebaikan, tapi dia tidak mendapatnya”. (riwayat Imam ad-Darimi)
Hal-hal yang dibolehkan meniru Yahudi dan Nasrai (termasuk golongan kafir)
Persoalan lain juga timbul bahawa bukan semua apa yang asalnya dari Yahudi dan Nasrani, selagi mana ia boleh memberi kebaikan dan manfaat kepada Muslim maka ia tidak menjadi masalah seperti mana kisah-kisah yang terjadi pada zaman Rasul dan sahabat antaranya :
Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). 
Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama dan tiada kaitan dengan agama.
Begitu juga dengan hadith ketika Rasul  SAW mengambil manfaat dari sistem utusan surat kepada maharaja Rom dalam hadith :
“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hari Ibu vs Hari Valentine

Oleh sebab itu di dalam konteks Hari Ibu ini, kita juga harus menilainya sama seperti kita menilai Valentine Day yang ada kaitan dengan urusan agama. Tahukah kita semua baik anak-anak yang terlalu ghairah utk mengucapkan ucapan ini dan si ibu yang terlalu bersedih jika si anak tidak menungkapkan ucapan ini? Dari manakah asal usulnya ucapan ini? Adakah ia ada kaitan dengan agama?

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Malah mengikut tulisan sesetengah sarjana sejarah Barat mereka mengatakan Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai “Mothering Sunday”. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.”

Walaupun perayaan Hari Ibu sudah disambut oleh seluruh dunia, dan sudah pasti, masyarakat Islam di Malaysia tidak mempunyai sebarang niat untuk mendedikasikan ucapan kepada Tuhan-tuhan di atas, dan mungkin ada yang beralasan , unsur-unsur itu sudah lama lenyap di dunia serba moden ini. Akan tetapi, atas dasar aqidah dan agama, prinsip manhaj ini kita harus pertahankan kerana menjadi manhaj Nabi dan sahabat-sahabatnya jika dilihat kebanyakan Sunnah Nabi sentiasa ingin menyelisihi mereka yang kafir iaitu Yahudi dan Nasrani. Lihatlah contoh puasa Asyura di awal Muharram bagaimana Rasul memerintahkan sahabat untuk menukarnya dari 10 Muharram kepada 9 Muharram atas alas an tidak ingin bersama dengan Yahudi.
“Khaliful Yahud” (Berbeza dengan Yahudi) sepatutnya menjadi asas dan prinsip Aqidah kita semua dalam mempertahankan al-Din.

Begitu banyak peringatan dari Rasulullah akan ancaman Yahudi dan Nasrani ini.Hati-hatilah wahai umat Islam! Sebagaimana hadith ini : Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (riwayat Imam Muslim)
Dan dalam hadith yang lain,
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka.”
(diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.)
Mungkin ramai yang mengambil mudah akan hal ini, mungkin ramai yang beranggapan secara logik akalnya tiada salah menyambut Hari Ibu ini. Manusia pada zaman ini sudah mula “mengislimisasikan”(islamization) segala upacara dengan dimasukkan elemen-elemen Islam, tapi bagi mereka yang berprinsip, saya percaya,mereka akan tetap setia dibelakang peringgatan dari Rasul mereka, dan saya akhiri maqalah ini dengan hadith yang cukup untuk kita sedari bahawa sentiasa berpegang teguuh akan Al-Quran dan Sunnah.: 
Manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan menimpaku.
Maka aku bertanya ; Wahai Rasulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliyah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan?
Beliau bersabda : ‘Ada’.
Aku bertanya : Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan?
Beliau bersabda : Ya, akan tetapi didalamnya ada dakhanun. Aku bertanya : Apakah dakhanun itu ?
Beliau menjawab : Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah.
Aku bertanya : Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan?
Beliau bersabda : Ya, pendakwah yang mengajak ke pintu Jahannam. Barangsiapa yang mengikutinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya.
Aku bertanya : Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Beliau bersabda : Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita.
Aku bertanya : Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya?
Beliau bersabda : Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin dan imamnya.
Aku bertanya : Bagaimana jika tidak ada jama’ah maupun imamnya?
Beliau bersabda : Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”. 
(riwayat Bukhari dan Muslim, al-Baghawi dalam Syarh Sunnah)
Kepada mereka yang bergelar Ibu, ajarlah akan anak-anakmu bagaimana menghargaimu mengikut Sunnah Nabimu, dan bagi mereka yang bergelar anak, sampaikanlah ucapan sayangmu dalam setiap doa dan sujudmu, setiap masa dan waktu, khabarkanlah pada ibumu akan bukan ini yang Quran dan Sunnah mengajarmu, percayalah,
JIKA IBUMU TAHU, DIA PASTI AKAN PESAN,”ANAKKU,JGN UCAP SELAMAT HARI IBU”!!!
oleh: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya, Al-Madinah International University.
penulis merupakan lulusan sarjana hadis dari Universiti Islam Antarabangsa.

No comments:

Post a Comment