Biografi Ibnu Hajar:
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani atau nama sebenarnya Syihabuddin Abul Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali Al-Kinani Al-‘Asqalani Asy-Syafi’i.
Beliau terkenal dengan kitab Syarahnya kepada Sahih Al-Bukhari yang berjudul Fathul Bari. Beliau berasal dari ‘Asqalan Palestin, lahir dan wafat di Qaherah.
Beliau sangat terkedepan dalam ilmu hadis dan banyak mendengarnya. Beliau menjalankan rehlah dan melazimi Syeikhnya Al-Hafiz Abul Fadhl Al-‘Iraqi.
Beliau melakukan rehlah ke Yaman, Hijaz dan selain keduanya untuk mendengarkan syuyukh sehingga beliau menjadi seorang yang terkenal.
Lahir pada 773 Hijrah bersamaan 1372 Masihi dan wafat pada 852 Hijrah bersamaan 1448 Masihi. (Al-Mausu’ah Al-‘Arabiah Al-‘Aliyah)
Biografi Al-Harawi:
Al-Harawi atau nama sebenarnya Abdullah bin Muhammad bin Ali Al-Anshari Al-Harawi. Kuniah beliau Abu Ismail.
Beliau seorang syeikh di Khurasan pada zamannya. Beliau termasuk dari kalangan Kibar Ulama dalam mazhab Hanbali berketurunan Abu Ayub Al-Anshari.
Beliau seorang yang sangat mahir di dalam ilmu bahasa, seorang hafiz di dalam hadis, dan arif dalam ilmu tarikh dan nasab (keturunan). Beliau menampakkan sunnah dan berdakwah kepadanya.
Lahir pada 396 Hijrah bersamaan 1006 Masihi dan wafat pada 481 Hijrah bersamaan 1089 Masihi. (Al-A’lam Liz-Zarkali)
________________________
p/s: semoga Allah memberi kepada kita kelapangan untuk mempelajari al-Quran dan as-Sunnah.
Semoga kita termsak dalam golongan "Barangsiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." (HR al-Bukhari)
~Quran-Sunnah.net
----------------------------------------------------------
Bismillah..
Riwayat dari Abu Bakar As-Siddiq disebutkan secara lengkap oleh At-Thurthusi rahimahullah dalam kitabnya sebagai berikut:
Diriwayatkan dari Abu Bakar As-Siddiq, bahawa dia pernah masuk menemui isterinya dalam keadaan melakukan persiapan menyambut bulan Rajab. Maka beliau radhiallahu ’anhu berkata: “Apa ini?” Dia menjawab: “Bulan Rajab, kita akan berpuasa padanya.” Abu Bakar radhiallahu’anhu berkata: “Adakah engkau akan menjadikan bulan Rajab sebagai bulan Ramadhan?!”
Adapun tentang Umar bin Khattab, diriwayatkan pula oleh Al-Faqihi dalam kitab Makkah dengan sanadnya sampai kepada Harasyah Ibnu Hurr, dia berkata: “Aku melihat Umar bin Khattab radhiallahu’anhu memukul tangan-tangan manusia pada bulan Rajab, hingga mereka hendak mengambil makanan lalu berkata: “Makanlah! Sesungguhnya bulan Rajab diagungkan oleh orang-orang Jahiliah.”
Imam Nawawi rahimahullah berkata: “Tidak sabit riwayat tentang puasa pada bulan Rajab. Tidak ada perintah dan tidak pula ada larangan….”
Diriwayatkan oleh Abu Muhammad Ibnu Abi Yazid berkata: “Ibnu ‘Abbas radhiallahu’anhuma tidak suka puasa pada bulan Rajab secara keseluruhan kerana beliau bimbang orang-orang jahil akan mengganggap ianya suatu perintah yang disyariatkan.” (Tabyin Al-‘Ujab, Karya Ibnu Hajar Al-'Asqalani, ms. 65-66)
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5671%3Atidak-ada-satupun-hadis-yang-sahih-tentang-kelebihan-rejab&catid=58%3Amaulana-mohd-asri-yusoff
No comments:
Post a Comment