Beyond
The Inspiration .... Siapakah ulama yang paling berpengaruh kepada
Mehmed [Muhammad Al-Fatih]? Jawabannya, Syaikh Aaq Syamsuddin. Kenapa?
Kerana Syaikh Syamsuddin yang telah memperkenalkan dan membentuk
mentaliti seorang penakluk kepada Mehmed. Transfer ilmua antara
kedua-duanya berlaku di mana sahaja; di madrasah,
masjid bahkan ketika melakukan solat malam.
Kemudian, Syaikh
Syamsuddin selalu membacakan sejarah dan kisah para kesatria Islam kepada
Mehmed, mula dari Sirah Muhammad SAW, sahabat dan sampai peristiwa
penting lainnya yang sangat detail. Bukti penguasaan akan sejarah ini
dilakukan oleh Mehmed ketika memerintahkan untuk memindahkan 72 kapal
dari Selat Bosphorus menuju Teluk Tanduk Emas yang terinspirasi dari apa
yang dilakukan oleh Shalahuddin al-Ayyubi ketika memindahkan kapal
dayung dari Fustat ke Laut Merah.
Bukti nyata! Syaikh Syamsuddin
menyakinkan Mehmed dengan motivasi yang luar biasa, "Mehmed, engkaulah
orang yang dimaksud sebagai 'pemimpin terbaik' dalam hadis penaklukan
Konstantinopel." Syaikh Syamsuddin mempunyai mentaliti pantang menyerah, rela
berkorban untuk Islam dan melihat lebih dari apa yang mampu dilihat oleh
mata.
Maka, tidak mengkhairankan bahawa dua subjek yang paling sangat
digemari oleh Mehmed dan sangat mempengaruhi kehidupuannya adalah
sejarah dan bahasa. Sejarah menyediakan kepadanya informasi-informasi
tentang apa sahaja yang berkaitan dengan sebab-sebab yang menjadikan
Konstantinopel menang untuk akhirnya mempersiapak strategi dan taktik
yang lebih baik. begitu juga dengan bahasa, seseorang boleh melihat satu
peradaban dengan bahasanya. Peradaban adalah kumpulan kefahaman atas
kehidupan dan ianya dilahirkan dari proses berfikir dan proses berfikir
tidak dimungkin tanpa informasi yang memerlukan bahasa.
Satu pedoman
dan bekalan untuk kita sebagai ibu-bapa [khasnya], ada pengaruh yang
sangat besar dan signifikan antara anak-anak yang membaca biografi
tokoh-tokoh hebat dengan anak-anak yang tidak membacanya pada
pembentukan mental dan prestasi. Tidak percaya? Cuba. Dapatkan buku ini
di PBAKL! Kalau tak dapat juga memang Raudhah al-Miqyas alternatif
paling tepat :) - 0146615748
No comments:
Post a Comment