Aspirasi atau keazaman dalam masyarakat adalah warisan yang paling bernilai di kala sebuah kerajaan atau negara mula terbentuk. Dengan gagasan dari pola pemikiran, usaha memacu sesebuah negara ke arah kejayaan akan dapat diteruskan dari satu generasi kepada generasi lain.
Keupayaan pemikiran berilmiah mengatasi kepentingan memperolehi hasil kekayaan, kebendaan, penemuan baru sains atau pun penghasilan rekaan terkini. Malahan, keinginan untuk mendapatkan kesemua itu dan mengekalkan nya juga bergantung kepada keupayaan kemampuan berpemikiran berilmiah. Ilmuan atau intelektual Islam adalah sebagai asset masyarakat.
Biar pun sesebuah negara sudah kehilangan hasil kekayaannya atau terluput segala punca ekonomi material mereka, limpahan intelektual atau cendikiawan akan berupaya mengembali serta merealisasi semula kejayaan negara itu. Akan tetapi, jika negara tersebut hilang kekayaannya dan ditambah dengan kekosongan atau terhenti aliran intelektual atau ilmuan, negara itu pasti akan terjurumus ke lembah kemiskinan langsung kegelapan.
Allah berfirman :
“… Dan (juga kerana) Allah telah menurunkan Kitab (Al-Qur-an) dan hikmah (As-Sunnah) kepadamu dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum engkau ketahui. Kurniaan Allah yang dilimpahkan kepadamu sangat besar.” [An-Nisaa’: 113].Rasulullah juga telah bersabda:
Perumpamaan para ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepada musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang tersebut mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk.” (riwayat Imam Ahmad)Oleh itu, pemikiran berasas ilmiah harus diberi keutamaan serta dipelihara alirannya. Berfikiran produktif adalah hasil dari aliran pemikiran mengguna ikhtiar sebagai mencari kemajuan serta keadaan yang mapan dan menguntungkan. Pemikiran berasas ilmiah ini jika kita dilihat boleh kita katakan bahawa memahami sesuatu masalah agama baik fardhu ain dan kifayah merupakan salah satu dari cabang-cabang kebaikan.
Rasulullah bersabda
“Barangsiapa dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Dia akan memberikan pemahaman agama kepadanya.” (riwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari dan Muslim dari Shahabat Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiyallaahu ‘anhuma)Namun, kita dapati apa yang berlaku dalam masyarakat Islam kini, mereka mengambil kaedah kefahaman serta amalan dalam aspek ekonomi bertentangan dengan wahyu perintah dalam agama yang diturunkan. Ini berlaku antara sebabnya ialah mereka tidak mewarisi dari generasi lalu DNA pemikiran ekonomi produktif melalui kaedah atau amalan aktiviti ekonomi mengikut jalan Nabi dan para Sahabat. Akhirnya mengakibatkan berlaku penularan kemiskinan serta keupayaan taraf hidup yang sederhana yang berterusan kerana mereka gagal memanafaatkan sumber serta peluang ekonomi yang sedia ada malah ada ketika berlebihan. Mereka kian ketinggalan dalam saingan ekonomi terbuka walau dalam keadaan ‘terpimpin’. DNA Nabi dan Sahabah telah hilang dalam kecairan pegangan mereka.
DNA ekonomi Nabi dan Sahabah
Survival ekonomi Ummah perlukan pemikiran produktif yang berasaskan kefahaman terhadap sains ekonomi dengan etika Islam. Wujud kekosongan tentang pemahaman pemikiran produktif dalam Ummah masakini. Pemikiran ekonomi produktif dari generasi Nabi serta Sahabah hanya tinggal sebagai bahan warisan falsafah akademik. Dipelajari untuk kepentingan kesarjanaan tanpa kajian serta amalan.
Masyarakat Islam khususnya, lebih tertarik kepada system sedia ada kerana mereka melihat pencapaian yang diperolehi sebagai motivasi tanpa memahami pemikiran disebalik tujuan cetusan sistem berkenaan. Ia hanyalah semata-mata bertujuan menjaga kepentingan falsafah politik mereka serta sistem pembahagian masyarakat mengikut pencapaian hidup dengan meletakan nilai pada pencapaian kekayaan material.
Ironinya, walaupun masyarakat Islam hari ini masih gagal dalam memahami prinsip sistem ekonomi sedia ada namun mereka adalah antara pengamal tegar kepada sistem berkenaan. Mereka juga masih gagal memahami tuntutan syariat ke atas amalan ritual serta amalan kehidupan mereka dalam keadaan posisi mereka berpendapat mereka juga telah melakukan kajian terhadap perkara tersebut.
Apa yang jelas berlaku hari ini ialah sistem serta amalan berasaskan falsafah ekonomi Barat semakin ditolak dan telah disepakati oleh masyarakat Islam sebagai tidak‘syariah compliance’ atau tidak memenuhi tuntutan syariah. Hasrat menolak serta mahu mengganti sistem sedia-ada semakin diperdagangkan namun hakikatnya mereka tidak mengambil-kira apakah hikmah dalam melaksanakan corak ekonomi Sahabah sebagai system alternatif?
Misalnya, sejauh mana syariat agama diutamakan dalam urusan aktiviti ekonomi harian masyarakat? Apakah persediaan masyarakat sebelum perlaksanaan sistem ekonomi pengganti agar dijamin survival serta kemajuan ekonomi mereka ketika masih dilingkungi oleh amalan system Barat? Hikmah ekonomi Sahabah ada kaedahnya. Di sini pemahaman ke atas pemikiran ekonomi produktif Nabi dan para Sahabah tidak diambil-kira oleh masyarakat yang beriya-iya mahukan perubahan kepada sistem ekonomi negara.
Masyarakat Islam telah dikelirukan oleh dai’ yang terkesan dengan doktrin barat atau dengan kata lain “being westernized by Western“. Mereka telah merujuk kepada orang yang bukan pada ahlinya lalu akan timbul kekecelaruan dalam masyarakat.
” Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang-orang yang tahu dan tidak tahu? Demi sesungguhnya orang-orang yang (sentiasa) ingat (kepada Allah) ialah orang yang mempunyai akal (berilmu)” (Surah az-Zumar: 9)Mereka, masyarakat Islam sebenarnya yang menghantui pemikiran ekonomi produktif Nabi dan Sahabah dengan amalan tegar sistem ekonomi semasa. Sedar atau tidak, mereka masih berlumba dalam sistem ekonomi semasa tanpa menyedari mereka lah sebenarnya telah mengenepikan tuntutan syariah. Mereka tidak sedar bahawa mereka mengukur kemajuan atau kejayaan yang dicapai dalam perlumbaan ekonomi hari ini mengikut kaedah skala prinsip ekonomi semasa.
Akibatnya, Islam dilihat sebagai tidak berupaya dalam menyediakan alternatif sebagai penyelesaian kepada pertembungan sistem ekonomi ini. Masyarakat Islam dilihat tidak mampu mengganti sistem sedia-ada kerana agama Islam dianggap serta dilihat sebagai tidak dinamik dalam memacu pencapaian ekonomi. Masyarakat Islam dinilai sebagai tidak kompetitif dalam persaingan ekonomi terbuka.
Hakikatnya, apa yang berlaku kini ialah wujud perselisihan antara kefahaman melalui pemikiran Islam yang produktif, membawa DNA Nabi serta Sahabah sebagai strategi dalam pemikiran ekonomi Islam; dengan cara pemahaman Islam yang diwar-war oleh ahli agama Islam bercirikan arus perkembangan sistem ekonomi semasa, menyesuaikan serta mengadaptasi syariah ke dalam prinsip sistem ekonomi Barat! Penawaran ‘penyesuaian’ mengikut keperluan permintaan ‘material’.
Pendakwah atau dai’ yang membawa DNA Nabi dan para Sahabah memikul tanggungjawab memberi pendedahan kepada masyarakat dalam memahami pemikiran ekonomi Sahabah menerusi amalan mereka. Penjelasan tentang ciri-ciri prinsip ekonomi masakini harus dijadikan sebagai titik dalam mengukur perbezaan dengan hikmah(strategy) dan kebijaksanaan yang terdapat dalam DNA prinsip ekonomi Nabi dan Sahabah. Ia bukan sekadar etika berurusan dalam ekonomi mengikut syariat, halal atau haram di segi fiqh tetapi ‘strategic thinking’ atau pemikiran berhikmah oleh generasi Nabi dan Sahabah yang telah menjadikan mereka sebagai kuasa ekonomi yang dikagumi suatu masa dahulu.
Kebijaksanaan Abdul Rahman bin Auf ra, antara 10 ahli syurga yang disebut Nabi, adalah pencetus pemikiran ilmiah ekonomi Islam. Ungkapannya ‘tunjukan aku di mana pasar’ dalam sebuah hadis terkenal adalah kefahaman beliau tentang adanya hikmah(strategy) dalam pendekatan ekonomi. Beliau adalah ‘marketeer’ atau ahli pemasaran yang mana pemikiran beliau merentasi konsep ekonomi pasaran terbuka Adam Smith atau prinsip ekonomi ‘survival of the fittest’ dari Darwin mau pun konsep pemasaran oleh Kotler.Oleh itu, kita janganlah terlalu mengangkat Barat melebihi apa yang yang layak sepatutnya, mereka ibarat menceduk ilmu dari para sahabat-sahabat Nabi tetapi kita lebih cepat mengiktiraf mereka tanpa melihat kebijaksanaan sahabat dan cendekiawan Islam.
Dari Anas ra, telah berkata:…. “dan berkatalah Sa’ad kepada Abdurrahman: “Saudaraku, aku adalah penduduk Madinah yang kaya raya, silakan pilih separuh dari hartaku dan ambillah! Dan aku mempunyai dua orang isteri, cuba perhatikan yang lebih menarik perhatian anda, akan kuceraikan ia hingga anda dapat memperisterikannya….!” Jawab Abdurrahman bin Auf: “Semoga Allah memberkati anda, isteri dan harta anda!, tapi tunjukkan aku di mana pasar…..!”Mengekal DNA ekonomi Sahabah
Oleh itu, adalah menjadi tuntutan bagi ahli dzikr iaitu ulama’ ekonomi, ulama’ fiqh, ulama’ pemasaran bahkan ulama’ kewangan untuk ‘rethink’ atau mengkaji semula kaedah pendekatan atau pemikiran ekonomi secara ilmiah dalam usaha menguasai pasaran mengikut kefahaman DNA Nabi dan Sahabah; dalam situasi trend serta praktis ekonomi semasa.
Kedudukan ekonomi adalah antara bidang yang mula-mula dikuasai Nabi dan para Sahabah ketika di Madinah sebelum kuasa politik diperolehi mereka. Mereka membawa prinsip ekonomi yang diwahyukan memenuhi kehendak manusia, mengandungi kaedah penyelesaian kepada pelbagai masaalah ekonomi dengan mengharap ganjaran pahala dari Allah begitu juga menjauhi kemurkaan Allah dalam melaksanakan aktiviti ekonomi. Ini sesuai dalam hakikat sistem pengadilan manusia. Mereka mewujudkan satu sistem atau pendekatan ekonomi yang berasaskan keseimbangan keperluan di dunia dan tuntutan akhirat. Ini sesuai dengan saranan Rasulullah dalam hal memperkasakan ekonomi dalam sabdanya
“Tidak mengapa kekayaan bagi orang yang bertakwa dan kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik dari pada kekayaan, dan jiwa yang baik termasuk nikmat.”[Lihat Shahiih Sunan Ibni Majah (no. 1741)], Sunan Ibni Majah no. 2141).Namun , dalam kita mencari kesenangan, jangan kita lupa juga sabda Rasulullah yang bermaksud
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah dan berbuat baiklah dalam memohon, kerana sesungguhnya suatu jiwa tidak akan mati sehingga dipenuhi rizkinya walaupun lambat datangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan berbuat baiklah dalam memohon. Ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Lihat :Shahiih Sunan Ibni Majah (no. 1743)], Sunan Ibni Majah , no. 2144)Setiap manusia yang inginkan kemajuan hidup perlu ada kegiatan ekonomi malah ada ahli dzikr yang mensifatkan adalah berdosa jika menyusah serta memiskinkan diri tanpa mahu berusaha.
siaran akhbar 28 April 2012.
by Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahya, COO iLMU.
Sumber:http://ilmuanmalaysia.com/2012/05/01/dna-ekonomi-nabi-dan-para-sahabat/
No comments:
Post a Comment