Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan
Sebagaimana diketahui umum dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini, sebahagian mereka menganggap cincin sebagai simbol yang begitu penting terhadap sesebuah ikatan pertunangan, pernikahan, atau per

kahwinan.
Sehingga kalau diikutkan adat, jika tiada kemilaunya cincin ribuan
ringgit, alamatnya bertangguhlah perkahwinan. Kalau tiada cincin belah
rotan paling kurang, teruskanlah bermimpi untuk masuk meminang si anak
dara.
Benarlah sebagaimana termaktub dalam pepatah Melayu:
“Biar Mati anak Jangan Mati Adat!”
Sampai ada di antara mereka yang lebih rela mati anak dari mati adat?!
Hal ini begitu jauh berbeza dengan keindahan dan kemudahan pernikahan dalam Islam. Cincin emas intan permata bukanlah penghalang, cincin besi apatah lagi. Jika hati sudah terpaut, nikah harus disegerakan dan dipermudahkan.
Suka di sini penulis nukilkan sebuah hadis yang menggambarkan betapa indahnya akhlak dan sikap keterbukaan Nabi kita, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menyegerakan pernikahan salah seorang sahabatnya. Hadis ini sengaja penulis kongsikan agar kita boleh berfikir di luar kotak adat dan tidak terlalu ditekan oleh kepompong pemikiran materialistik yang kian diagamakan.
Sahl B. Sa’d radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Bahawasanya ada seorang wanita mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku datang untuk menyerahkan diriku padamu.” Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun memandang wanita tersebut dari atas hingga ke bawah lalu beliau tunduk. Dan ketika wanita itu melihat, bahawa beliau belum memberikan keputusan akan dirinya, ia pun duduk.
Tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan sahabat beliau berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, jika engkau tidak memiliki keinginan terhadapnya, maka nikahkanlah aku dengannya.” Lalu beliau pun bertanya, “Adakah kamu memiliki sesuatu (untuk dijadikan sebagai mahar)?” Lelaki tersebut menjawab, “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah.”
Kemudian beliau bersabda, “Kembalilah kepada keluargamu dan lihatlah mungkin ada sesuatu (yang boleh dijadikan sebagai mahar)?” Lelaki itu pun pergi dan kembali lagi lalu bersabda, “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, aku tidak menemui apapun?”
Beliau bersabda, “Lihatlah kembali, walaupun jika yang ada hanya sekadar cincin besi.” Lelaki itu pergi lagi, kemudian kembali dan berkata, “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, aku tidak memiliki walaupun cincin besi, tetapi yang ada hanyalah pakaianku (atau kainku) ini.”
Sahl B. Sa’d berkata, “Tidaklah kain yang ia miliki itu melainkan hanya sebahagian (separuh).”
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bertanya, “Apa yang dapat kamu lakukan dengan kainmu itu? Bila kamu mengenakannya, maka ia tidak akan memperolehi apa-apa dan bila ia memakainya, maka kamu pula tidak akan memperolehi apa-apa.” Lalu lelaki itu pun duduk agak lama dan kemudian beranjak pergi.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihatnya dan beliau pun segera menyuruh seseorang untuk memanggilkannya. Ia pun dipanggil, dan ketika ia datang, Rasulullah bertanya, “Adakah kamu memiliki hafalan al-Qur’an?” Lelaki itu menjawab, “Ya, aku hafal surah ini dan ini.” Sambil ia menghitungnya. Rasulullah bertanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menghafalnya?” Ia menjawab, “Ya.” Akhirnya Rasulullah bersabda, “Kalau begitu, pergilah. Sesungguhnya engkau telah aku nikahkan dengannya dengan mahar apa yang telah engkau hafal dari al-Qur’an.”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5087)
Demikian jelasnya keindahan Islam. Yang menjadi perhitungan itu bukanlah harta bertimbun-timbun milik si lelaki yang melamar. Sebaliknya akhlak dan agamalah yang menjadi perkiraan.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1084. Dinilai hasan oleh al-Albani)
Dua hadis yang penulis nukilkan ini cukup rasanya sebagai menunjukkan kemilauan cincin intan berlian itu bukanlah syarat untuk diterimanya sebuah lamaran. Bukan juga harta yang menimbun, bukan juga kereta mewah dan besar, bukan juga wang beribu-ribu, bahkan bukan juga pakaian hebat berjenama terkenal!
Itu mungkin dari satu aspek. Manakala dari aspek asal dalam Islam, perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan itu sendiri sebenarnya sama sekali bukan berasal dari ajaran Islam. Apatah lagi mengenangkan kos perbelanjaan sebentuk cincin sahaja mencecah hingga ribuan ringgit. Bukankah dengan hanya hal sebentuk cincin seperti ini sahaja sudah mengheret kepada amalan pembaziran dan berlebih-lebihan?
Syaikh al-Albani rahimahullah mengatakan:
“Kita telah biasa mengenal adat cincin pernikahan di antara dua pasangan yang ingin menikah. Tindakan ini (adat menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadis yang melarang lelaki mengenakan cincin emas...” (al-Albani, Adaab az-Zifaaf fii as-Sunnati al-Muthahharah, m/s. 212 – al-Maktabah al-Islamiyah)
Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adaab az-Zifaaf fii as-Sunnati al-Muthahharah.
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan:
“Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (adat sarung cincin) di dalam syari’at.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129)
Walau bagaimanapun sekiranya hanya sekadar mahar sebagaimana keluasan hal mahar dalam syari’at, atau mungkin hanya sekadar sebagai hadiah sebagaimana hadiah-hadiah lainnya tanpa sebarang pengkhususan, tiada unsur-unsur paksaan, bukan kerana sempena ritual-ritual khas tertentu, atau tidak sampai dijadikan sebagai kewajiban, syarat khas tertentu, mahupun kemestian, insyaAllah tidak mengapa kerana asalnya memang tidak terdapat larangan khusus untuk memberikan hadiah berupa cincin ini.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete