Demikian
luasnya ilmu di dalam syari'at Islam, sehingga menguasai seluruh hadis
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidaklah pernah berlaku
terhadap seorang pun dari umat ini. Tidak kepada para ulama, imam-imam
mujtahid, tabi'in, tabi'ut tabi'in, dan para sahabat sekalipun.
Padahal mereka adalah orang-orang yang paling berilmu, faqih, dan bertaqwa, dan paling afdhal dalam Islam.
Kita
temui di antara mereka setelah melalui ijtihad-ijtihad tertentu,
adakalanya mereka memiliki pendapat atau fatwa yang berbeza-beza dalam
satu-satu permasalahan tertentu. Pada satu sisi bersesuaian dengan nash,
sebaliknya di sisi yang lain menyelisihi nash.
Banyak
faktor yang menjadi penyebabnya. Sebahagian besar kesnya adalah kerana
belum sampai hadis atau sunnah yang berkaitan dengannya. Sesiapa yang
menyangka bahawa semua hadis yang sahih telah sampai kepada setiap imam
atau atau ulama tertentu, sebenarnya ia telah terjatuh ke dalam
kesalahan yang nyata.
Kerana
kesan dari anggapan ini adalah menjatuhkan hukuman dan celaan di ketika
mana ucapan dan pendapat mereka tersalah tanpa memandang
sebab-sebabnya, sedangkan mereka tidak sengaja menyelisihi sunnah-sunnah
Rasulullah.
Buku
yang disusun oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat:
728H) ini adalah sebuah risalah khusus yang menjelaskan kedudukan
sebenar mengapa boleh berlaku perselisihan di kalangan para ulama dalam
satu-satu isu tertentu. Antara sebab-sebab yang dikemukakan dan
dihuraikan oleh beliau adalah seperti:
1, tidak sampai hadis kepada mereka.
2, pada penilaiannya hadis tersebut tidak sahih atau sebaliknya sedangkan yang benar adalah sebaliknya pula.
3, terlupa atau terlepas pandang terhadap dalil-dalil tertentu.
4, tersalah dalam memahami sesebuah dalil atau hadis.
Serta beberapa lagi yang lainnya.
No comments:
Post a Comment