Monday, August 27, 2012

puasa enam sebelum kita bayar balik puasa ramadhan yg lalu..

 
 
Soalan :
Salam Usradz..saya nak tau boleh ke kita puasa enam sebelum kita bayar balik puasa ramadhan yg lalu?
Jawab:
W'salaam wr wb

Maaf lewat jawap.

Tidak boleh gabung niat puasa wajib (puasa qadak atau nazar atau kaffarah) dengan puasa sunnat. Tiada dalil Nabi SAW atau sahabah melakukannya.
(Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta' - Saudi)
Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan)

Jika kalau boleh sudah tentu Nabi SAW melakukannya, contoh Nabi SAW tidak pernah mengabungkan solat sebelum fardhu subuh dengan fardhu subuh. Begitu juga dalam masalah haji dan umrah, Nabi SAW membezakan antara rukun, wajib dan sunnat.

Diutama adalah menqadak dahulu kemudian melaksanakan yang sunnat. Tetapi tiada salah jika melewatkan qadak sehingga sebelum Ramadhan yang akan datang, dalil Saiyidatina Aisyah melewatkanya:
"Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban."
(Riwayat Muslim, #101)

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa jika kita niat puasa wajib sahaja (qadak atau nazar atau kaffarah) tanpa niat puasa sunnat syawwal atau hari Isnin atau Khamis, kita tetap dapat pahala puasa syawwal atau Isnin, kerana lafaz umum yang indah dalam hadith Nab SAW:
"Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)."
(Riwayat Al-Bukhari #6502)

Ini adalah pendapat Dr Wahbah Zuhaily didalam kitab beliau, Fiqh Islami Wa Adillatuh. Inilah pendapat yang lebih saya sukai, kerana jelas menunjukkan keindahan Islam, mudah dan syumul.

Puasa 6 hari syawwal tidak perlu berturut-turut, pahalanya sama jika berturut-turut atau diasing-asingkan, pendapat Imam Ahmad Bin Hambal.

Cuma perlu diingatkan, seseorang isteri perlu mendapatkan izin suami untuk berpuasa sunnat, ini adalah syarat wajib sah puasa bagi seorang isteri.

Wallaahu'alam.
_
Manaf Al Ansari

No comments:

Post a Comment