Soalan: Apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW dalam pencarian Lailatul qadar yakni menghidupkan 10 malam terakhir? Apakah tanda-tanda Lailatul Qadar?
Jawapan:
Bismillah,
Disebut dalam hadis Nabi SAW dari ‘Aisyah RA,
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُMengetatkan kainnya yakni kiasan bagi berjima’ dan muqaddimah jima’. Ini kerana perkataan-perkataan Nabi SAW diriwayatkan dengan bahasa yang sopan.
Ertinya: “Nabi SAW apabila memasuki sepuluh akhir (dari bulan Ramadhan), baginda mengetatkan kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Nabi menghidupkan malam dengan amalan-amalan kebaikan, antaranya dengan memperbanyakkan doa, antara contoh doa yang tsabit dalam hadis Nabi yang baginda baca pada bulan Ramadhan berulang kali,
أللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنيBegitu juga tsabit di dalam hadis baginda menghidupkan malam dengan shalat. Shalat tarawih, qiyamullail. Walaupun terdapat perbahasan di kalangan para ulama tentang bolehkah sesudah shalat tarawih disambung pula di penghujung malam dengan shalat malam yang lain.
“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau bersifat Pengampun, Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.”
Ada ulama menterjemahkan shalat tarawih itu adalah shalat malam. Ada yang membezakan di antara shalat tarawih dengan shalat tahajjud, antaranya Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al Fauzan hafizhahullah.
Ada di kalangan ahli ilmu yang lain di antaranya Syaikh Muhammad bin Nashiruddin Al Albani beliau memahami hadis Aisyah RA,
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَزِيدُ فِى رَمَضَانَ وَلاَ فِى غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةًMaka dari hadis ini beliau memahami bahawasanya itulah shalat malam, tarawih, dan tahajjud. Ini juga merupakan perbezaan ijtihad yang seharusnya kita hormat-menghormati setiap pandangan. Maka terpulang sekiranya seseorang ingin menambah shalat malamnya sesudah tarawih sekiranya dia meyakini seperti itu asalkan dia melakukannya berasaskan dalil dan bukan emosi atau ketaksuban.
Ertinya: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah jumlah rakaat dalam shalat malam di bulan Ramadhan dan tidak pula pada selainnya melebihi 11 rakaat.” (riwayat Bukhari no. 1147 dan Muslim no. 738)
Selain itu, malam Ramadhan juga dihidupkan dengan amalan membaca Al Quran;
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِDigandingkan bulan Ramadhan dengan penurunan Al Quran Al Karim, ini bukan hal yang kecil. Sabda Nabi SAW,
Maksudnya: “Bulan Ramadhan (adalah) bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara al-haq dan bathil).” (surah Al-Baqarah, 2: 185)
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِNabi membaca dan mengkhatam Al Quran dengan Jibril pada setiap Ramadhan. Kaedah mengkhatam Al Quran di kalangan masyarakat pada hari ini perlu kita perbetulkan. Kaedah tadarus mestilah berkehendak kepada sekurang-kurangnya dua pihak. Seorang membaca dan yang lain mendengar dan membetulkan jika ada kesalahan, bukan membaca beramai-ramai.
Maksudnya: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat bagi pembacanya.” (riwayat Imam Muslim, dari Abu Umamah Al-Bahili)
Dengan tadarus Nabi mengambil pelajaran dan belajar tentang Al Quran, itu erti tadarus di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.
Carilah Lailatul Qadar
Banyak hadis yang menyebutkan tentang hal ini, antaranya:
من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبهNabi SAW juga menyebut seperti yang datang dari Aisyah RA,
Maksudnya: “Barangsiapa yang beribadah pada saat lailatul qadar, kerana iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (riwayat Imam Al Bukhari dan Nasa-i)
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَBahkan Nabi SAW memberikan petunjuk yang lebih terperinci untuk kita mencari Lailatul qadar dengan memperincikan lagi di dalam riwayat yang lain,
Artinya: “Carilah lailatul qadar di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.” (riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فِي الوِتْرِ، مِنَ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَBaginda SAW turut bersabda dalam riwayat yang lain,
Ertinya: “Carilah malam al-qadar di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
فَالْتَمِسُوهَا فِي التَّاسِعَةِ وَالسَّابِعَةِ وَالْخَامِسَةِBukan sekadar itu sahaja, datang pula atsar dari Ubay bin Ka’b RA yang berkata:
Ertinya: “Maka carilah (lailatul qadar) pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima (dari 10 malam yang terakhir).” (riwayat Imam Al Bukhari)
والله إني لأعلم أي ليلة هي ، هي الليلة التي أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بقيامها ، وهي ليلة سبع وعشرينIni adalah pendapat sahabat Nabi RA. Walaubagaimanapun Al Hafidz Ibn Hajar Al Atsqalani rahimahullah membuat rumusan daripada keseluruhan tentang hadis-hadis berkaitan Lailatul Qadar, menurutnya Allah SWT lebih mengetahui bilakah malam tersebut, cuma Nabi SAW memberi kepada kita tanda-tandanya maka kita dituntut mencari dan menghidupkan malam tersebut.
“Demi Allah, sungguh aku tahu malam mana malam itu (lailatul Qadar), ia adalah malam di mana Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk menghidupkan malamnya, iaitu malam ke 27.” (riwayat Imam Muslim)
Ia bukan bererti Nabi SAW menetapkan malam itu pada 27, 29, atau 25, tetapi sebenarnya ia adalah sebagai satu ujian kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Orang yang tidak pernah menghidupkan malam sejak awal Ramadhan dan hanya menunggu untuk beribadat pada lailatul qadar tidak mungkin berhasil mendapatkan malam tersebut, melainkan dia konsisten sejak awal lagi, mudah-mudahan dia memperolehnya.
Tanda-tanda Lailatul Qadar
Tanda-tanda lailatul qadar menurut adat melayu seperti pokok sujud dan sebagainya, ia mungkin hanyalah dongeng dan ianya tidak pernah wujud dari ajaran agama. Kita hanya mengambil ilmu tentang lailatul qadar dari hadis-hadis Nabi SAW, antaranya:
1. Malam yang cerah, tidak panas dan tidak sejuk
إني كنت أريت ليلة القدر ثم نسيتها و هي في العشر الأواخر من ليتلها و هي لية طلقة بلجة لا حارة و لا باردة كأن فيها قمرا يفضح كواكبها لا يخرج شيطانها حتى يضيء فجرها2. Pada pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar.” (riwayat Ibnu Khuzaimah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam koreksi beliau terhadap shahih Ibnu Khuzaimah)
أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمَئِذٍ لاَ شُعَاعَ لَهَاWalaubagaimanapun, perkara-perkara ini semua tidak boleh ditunggu baru hendak beramal, ianya tidak akan menjadi. Kita juga tidak mahu mencarinya di siang hari, sedangkan pada malam sebelumnya kita isikan dengan tidur.
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar.” (riwayat Muslim, no. 1762)
Itu semua bukan yang terpenting, ianya hanyalah tanda-tanda yang diberikan oleh Nabi SAW sebagai satu semangat untuk kita mendekatkan diri dengan Allah SWT. Yang pentingnya adalah menghidupkan malam-malam di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.
Wallahu-A’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah Ramadhan; Antara Fakta & Adat, Perlis, 2012.
No comments:
Post a Comment