Perkongsian pengalaman dalam kehidupan
Hiburan Berlebihan Budaya Siapa?
1. Isu hiburan di dalam Islam sudah
banyak dikupas oleh ramai ulamak. Dr Yusuf al-Qardhawi ada menulis buku
khas tentang isu hiburan di dalam Islam. Beliau juga ada mengulas di
dalam bukunya Malamih Mujtama; Muslim.
Dr Abd Karim Zaidan menulis tentang hiburan di dalam jilid ke 4 bukunya Al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah.
Dr Abdullah Naseh Ulwan ada juga menghuraikan isu hiburan ini di dalam mukadimah lirik koleksi nasyid Abu al-Jud. Ini antara tulisan terbaik di dalam isu ini yang saya jumpa.
Dan tentunya banyak lagi tulisan yang baik yang saya tak jumpa, tersebar luas di dalam dunia penulisan Islam. Saya tidaklah merujuk kembali kepada buku-buku itu untuk menulis entry ini, kerana isu ini tidaklah susah sangat untuk difahami.

2. Hiburan yang diharamkan adalah yang
berlawanan dengan batas syarak seperti percampuran lelaki perempuan,
disertai arak, tarian yang mengghairahkan, ayat-ayat yang mengandungi
unsur lucah, membawa kepada kelalaian sehingga terabai perkara-perkara
fardhu dan begitulah seterusnya.
Isu muzik dan suara wanita; ini adalah perkara khilaf yang juga sudah banyak diperbincangkan ulamak. Begitu juga isu paparan gambar-gambar wanita jelita yang menutup aurat. Selagi mana ianya khilaf, maka terpulanglah kepada masing-masing untuk menilai dan mentarjih.

3. Jika hiburan itu dapat dikawal sehingga ianya benar-benar menepati syarak, ia masuk di dalam kategori perkara harus (mubah).
Perkara harus tidaklah harus secara mutlak. Imam Muhammad Abu Zuhroh
misalnya meletakkan bahawa perkara yang harus tidak boleh ditinggalkan
secara mutlak dan juga tidak boleh dilakukan berterusan secara mutlak.
Tidak harus seseorang untuk meninggalkan makan minum secara mutlak
kerana ia akan membawa kepada kemusnahan jiwa. Tidak boleh juga
berhiburan secara berterusan siang dan malam kerana ia akan membawa
kepada terabai perkara-perkara fardhu.
4. Islam tidak menolak hiburan tetapi sebaliknya meletakkannya pada posisinya yang tobie, iaitu sebagai tahsiniat di dalam kehidupan. Dikawal dengan kawalan tertentu agar ia tidak memusnahkan perkara-perkara dhoruriat di dalam syariat.
5. Hiburan di negara kita sudah melebihi
saiz dan dos yang dibenarkan oleh syariat. Suasana dalaman rumah yang
dikuasai oleh tv dan siaran radio, budaya berhibur sehingga melebihi
lewat malam, kandungan siaran tv dan isi kandung perbualan di radio,
cerita-cerita dan gosip di dalam media cetak dan lain-lain lagi menjadi
bukti kepada apa yang saya sebutkan ini. Apabila ia sudah melebihi
tahap, maka natijah dari itu adalah pengabaian banyak kefardhuan,
tanggungjawab, perlanggaran hak dan sifat-sifat negatif yang mendarah
daging di dalam diri individu muslim.
6. Mengawal hiburan adalah tanggungjawab
semua pihak; kerajaan, pembangkang, ngo, parti, pertubuhan Islam,
jawatankuasa penduduk, jawatankuasa surau, penghulu, majikan, ibu bapa
dan setiap individu. Islam mempunyai budayanya yang tersendiri, dan
setiap orang Islam bertanggungjawab untuk mengekalkan budaya tersebut.
7. Apabila isu hiburan ini dipolitikkan,
yang ruginya adalah orang Islam. Apabila kerajaan negeri Kedah membuat
keputusan menutup pusat hiburan selama sebulan di dalam bulan Ramadhan,
umat Islam sepatutnya bersatu untuk menyokongnya kerana ia adalah jalan
yang akan meningkatkan pembudayaan Islam di dalam negeri. Sekarang
dipaparkan pula kerajaan Melaka membenarkan15 pusat hiburan dibuka
sehingga jam 3 pagi hari Jumaat-Ahad, maka sekali lagi umat Islam patut
bersatu untuk menghalangnya.
8. Jika ada yang mengatakan bahawa itu
hak bukan Islam, maka ia perlu dibenarkan kepada mereka; pandangan saya,
perkara ini perlu dilihat melalui dua perspektif:
a. Islam adalah agama
negara ini. Hak ini diberikan oleh perlembagaan dan juga dari segi
sejarah negara ini sendiri. Budaya yang mesti dominan adalah budaya
Islam. Hiburan akan dikawal berdasarkan budaya Islam tersebut.
Dengan itu jadual tutup buka pusat hiburan, iklan, barang jualan dan sebagainya sepatutnya disusun ke arah mengekalkan budaya Islam tersebut dan bukan mengubahnya. Budaya yang asing dari budaya Islam tidak sepatutnya kelihatan secara nyata di dalam kehidupan zahir masyarakat.

b. Orang bukan Islam
sendiri tidak semuanya suka hiburan yang berlebihan itu. Barat sendiri
yang merupakan kiblat mereka sudah mula meletakkan disiplin tertentu
kepada isu hiburan di negara mereka.
Mereka sudah keletihan melayan orang mabuk yang tersilap masuk rumah, muntah-muntah di laluan pejalan kaki, pemandu teksi yang merungut kerana dipaksa untuk bekerja sehingga lewat malam demi pemabuk yang mahu pulang ke rumah, kes-kes kecurangan suami isteri, anak-anak luar nikah yang menuntut hak secara tiba-tiba, jenayah rogol yang tidak boleh dikawal, kadar kemurungan yang tinggi, pengambilan dadah yang sudah tidak boleh dikawal, anak-anak yang liar dan ketagihan arak yang membawa kepada penyakit yang pelbagai.

9. Apabila kita bercakap tentang larangan
dan kawalan hiburan, selain sistem dan penguatkasaan undang-undang,
kita juga bercakap tentang pembudayaan. Tetapi, sudah pasti bahawa
pembudayaan bukan satu perkara yang mudah. Pembudayaan adalah projek
jangka masa panjang yang hanya akan dilihat hasilnya dengan perubahan
generasi demi generasi. Sikap kita hari ini akan menentukan apakah
budaya yang akan muncul nanti dalam masyarakat.
10. Akhirnya saya menyeru kepada semua
terutamanya pihak berwajib dan berpengaruh di dalam masyarakat dan
negara agar mengambil langkah yang betul di dalam isu hiburan di negara
kita ini.
Wallahu al-Musta’an
by Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni