Friday, November 30, 2012

Fatwa al-Syeikh 'Abd al-'Aziz bin Baz rahimahullah berkenaan jihad Penduduk Palestin



:: Fatwa al-Syeikh 'Abd al-'Aziz bin Baz rahimahullah berkenaan jihad Penduduk Palestin ::

al-Syeikh 'Abd al-'Aziz bin Baz rahimahullah telah ditanya:

"Apakah pandangan menurut syari'at Islam berhubung jihad penduduk Palestin sekarang ini? Adakah ianya dikira sebagai jihad pada jalan Allah atau ianya jihad untuk tanah air dan kebebasan (semata-mata)? Adakah boleh dianggap jihad untuk membebaskan
tanah air sebagai jihad pada jalan Allah?"

Jawab al-Syeikh:
"...............dan sesungguhnya jihad mereka (penduduk Palestin) adalah (jihad) Islam, kerana mereka adalah orang-orang yang dizalimi oleh golongan Yahudi, juga kerana WAJIB bagi mereka untuk mempertahankan agama, diri, ahli keluarga dan anak-anak mereka, serta mengeluarkan musuh-musuh mereka (Yahudi) daripada bumi mereka (Palestin) dengan segala kekuatan yang mereka mampu."

al-Syeikh menambah lagi dalam fatwa beliau:
"...maka WAJIB kepada negara-negara Islam yang lain dan juga kepada umat Islam yang lain untuk menyokong mereka."

al-Syeikh turut menyebutkan lagi:
"...dan kerana mereka adalah orang-orang yang dizalimi, maka WAJIB kepada saudara-saudara mereka yang beragama Islam untuk membantu mereka melawan orang yang telah menzalimi mereka...."

[Lihat: Majmu' Fatawa wa Maqalat Mutanawwi'ah al-'Allamah 'Abd al-'Aziz bin 'Abd Allah bin Baz rahimahullah, jld 18 m/s 416-418. Cetakan pertama tahun 2004 Masihi. Dar al-Qasim, Riyadh]

p/s: bagi yang boleh baca bahasa Arab, boleh baca di dalam buku yang sama dan jilid yang sama pada bab bertajuk "Seruan dan Peringatan Daripada al-Syeikh 'Abd al-'Aziz bin Baz Supaya Membantu Para Mujahidin Di Palestin", mengalir air mata takkala membacanya...
 

No comments:

Post a Comment