Friday, December 7, 2012

Begitu juga hati akan kering sekiranya dibiarkan lapar tidak diberi makan...


Muhasabah diri bersama:

Perut akan berbunyi jika dibiarkan kelaparan tidak diberi makanan.
Begitu juga hati akan kering sekiranya dibiarkan lapar tidak diberi makan.

Maka sempatkan diri setiap hari untuk melakukan 2 perkara wajib untuk 
memberi makan pada hati :

1) Solat fardhu 5 waktu
2) Baca Al-Quran

2 ini. Nampak sedikit, tapi kadangkala, ramai yang tewas kala berusaha menjaganya. Tak kurang juga ada yang tidak menjaga kedua-duanya 
langsung. Ada yang solat, tetapi membawa hati yang kosong. Ada yang
 solat, tetapi kerana memenuhi rutinan harian.

Solat tidak mungkin mampu memberi kesan kepada hati kalau ia dilakukan dengan separuh hati. 

Begitu jugalah bacaan Al-Quran, sebagaimana solat dengan separuh hati tidak mampu memberikan kesan kepada hati kita, bacaan Al-Quran yang kosong dari tadabbur dan faham juga tidak akan mampu memberikan kesan umpama seorang pesakit yang hanya sekadar membaca kertas arahan dari doktornya, tapi tidak pergi ambil ubat yang sepatutnya untuk dirinya dan mendisiplinkan dirinya memakan ubat itu mengikut kadar yang ditetapkan.

Penyakit tidak sembuh. Bacaan akhirnya hanya menyelesaikan masalah tahu, tetapi tidak menyelesaikan masalah faham dan sedar.

~Afdholul Rahman CA (Official)~
 
Muhasabah diri bersama:

Perut akan berbunyi jika dibiarkan kelaparan tidak diberi makanan.

Begitu juga hati akan kering sekiranya dibiarkan lapar tidak diberi
makan.

Maka sempatkan diri setiap hari untuk melakukan 2 perkara wajib untuk
memberi makan pada hati :

1) Solat fardhu 5 waktu
2) Baca Al-Quran

2 ini. Nampak sedikit, tapi kadangkala, ramai yang tewas kala berusaha menjaganya. Tak kurang juga ada yang tidak menjaga kedua-duanya langsung. Ada yang solat, tetapi membawa hati yang kosong. Ada yang
solat, tetapi kerana memenuhi rutinan harian.

Solat tidak mungkin mampu memberi kesan kepada hati kalau ia dilakukan dengan separuh hati.

Begitu jugalah bacaan Al-Quran, sebagaimana solat dengan separuh hati tidak mampu memberikan kesan kepada hati kita, bacaan Al-Quran yang kosong dari tadabbur dan faham juga tidak akan mampu memberikan kesan umpama seorang pesakit yang hanya sekadar membaca kertas arahan dari doktornya, tapi tidak pergi ambil ubat yang sepatutnya untuk dirinya dan mendisiplinkan dirinya memakan ubat itu mengikut kadar yang ditetapkan.

Penyakit tidak sembuh. Bacaan akhirnya hanya menyelesaikan masalah tahu, tetapi tidak menyelesaikan masalah faham dan sedar.

~Afdholul Rahman CA (Official)~
~

No comments:

Post a Comment