Sunday, December 2, 2012

Perjanjian Gencatan Senjata Gaza-Israel 2012


Perjanjian Gencatan Senjata Gaza-Israel 2012

Perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh Israel dan Gaza yang bermula semalam akan di uji selama 24-72 jam.

Sumber mengatakan bahawa Israel pada mulanya enggan menandatangani ke
rtas perjanjian tersebut dan mengumumkan komitmen mereka untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa tandatangan dan perjanjian bertulis.

Syarat melepaskan sekatan ke atas Semenanjung Gaza menjadi sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu.

Sumber juga menyebut bahawa kerajaan Palestin Gaza bersetuju apabila Presiden Mesir menawarkan untak menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata tersebut berlaku.

Mesir berjanji akan membuka sepenuhnya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut.

Akhirnya, persetujuan tersebut terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah tetapi dengan syarat penyeludupan senjata mesti dihentikan.

Antata isi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui:

A - Israel akan menghentikan semua bentuk permusuhan dan tindakan ketenteraan ke Semenanjung Gaza melalui darat, laut dan udara termasuk pencerobohan dan keganasan terhadap orang awam di Gaza.

B - Unit-unit ketenteraan di Gaza,Palestin berjanji untuk menghentikan semua operasi dari Semenanjung Gaza ke arah sebelah Israel, termasuk tembakan roket dan serangan ke atas garis sempadan Israel-Gaza.

C - Israel hendaklah membuka sempadan dan memudahkan pergerakan orang awam dan penghantaran barang serta tidak menyekat pergerakan orang atau menembak orang awam Palestin di kawasan sempadan Gaza-Israel akan berkuat kuasa selepas 24 jam selepas berlakunya tandatangan Perjanjian.

D - Perjanjian selepas ini akan membincangkan apa-apa isu-isu lain jika diperlukan.


Mekanisma perlaksanaan perjanjian gencatan senjata:
A - Menentukan titik waktu permulaan bagi persefahaman gencatan senjata yang ditandatangani ini berkuat kuasa.

B- Mesir menjadi rujukan dan penjamin setiap pihak untuk mematuhi apa yang telah dipersetujui.

C - Komitmen setiap pihak untuk tidak menjalankan apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian tersebut, dan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang merujuk kepada perjanjian ini, Mesir menjadi rujukan susulan ke atas perjanjian tersebut.

TT Aman Palestin Mesir
Sumber:
elfagr news -
Darul Ulum Al-Islamiyyah
November 22

No comments:

Post a Comment