Saturday, December 15, 2012

"MILITIA BarisanPenyelamat Mesir" MENGGANAS


 
 
 
 
"MILITIA BarisanPenyelamat Mesir' MENGGANAS

Berita dari ISKANDARIAH: Lebih 300 anggota 'militia' Hamdin Sobahi, Amru Musa dan Mohammad El-Baradei (atau dikenali BARISAN PENYELAMAT MESIR) mengepung Masjid Qaid Ibrahim, Iskandariah selepas solat Jumaat tadi
.

Tanpa menyertai solat Jumaat, mereka menunggu sehingga solat Jumaat selesai sebelum melaungkan slogan anti-Mursi dan Ikhwan Muslimin dan bertindak ganas menyerang kumpulan penyokong Mursi yang berkumpul di perkarangan masjid tersebut.

Lebih malang, mereka menyerang dan mencederakan imam masjid, Syeikh Mahellawi yang sebelumnya menyampaikan khutbah meminta rakyat turun esok dan bersetuju dengan perlembagaan baru. Kumpulan samseng Sobahi itu turut membakar kereta Syeikh Mahellawi dan 12 buah kereta lain.

Syeikh Mahellawi, seorang ulamak Al-Azhar berusia lebih 80 tahun disegani dan dihormati. Salah seorang yang pernah menuntut ilmu dengan beliau ialah As-Syahid Dr.Abdul Aziz Rantissi, bekas pemimpin HAMAS.

Militia 'Barisan Penyelamat Mesir' terus mengepung masjid tersebut sehingga menjelang Asar dan maghrib tadi serta menghalang muazin untuk melaungkan azan.

Mereka menentang Perlembagaan atau agama?
~Abdul Mali

No comments:

Post a Comment