sumber: 1aqidah.net/
Fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Bazz Tentang Bai'at Kepada Bukan Pemerintah
Terjemahan oleh:
Ustaz Muhammad Asrie Sobri
Universiti Islam Madinah
Soalan: Sebahagian
kumpulan moden mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang
mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar
dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini
berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh
umum kaum muslimin.
Adakah perbuatan
ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai
lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?
Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :
Bai’at ini adalah BATIL dan
TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan
kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak, dan pemberontakan ke atas
pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:
أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة
وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي
وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ، تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ،
وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة
Maksudnya: “Aku
berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah serta dengar dan taat
walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba, kerana sesungguhnya
barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang
banyak, maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para
Khalifah al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah dengannya dan gigit
dengan geraham kamu serta hati-hati olehmu akan perkara baharu kerana
setipa perkara yang diadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan
setiap bidaah itu sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].
Serta sahih juga baginda bersabda:
على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعة
Maksudnya: “wajib
atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka
dan benci selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat kepada
Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat kepada Allah maka tidak
wajib dengar dan taat”. [Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
إنما الطاعة في المعروف
Maksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”. [al-Bukhari dan Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا ينزعن يدا من طاعة
Maksudnya: “Barangsiapa
yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka
hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada
Allah itu namun jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan
(bai’at)”.[Muslim].
Hadis-hadis dalam perkara ini
sangat banyak semuanya menunjukkan wajib taat kepada para pemerintah
dalam perkara makruf serta tidak boleh memberontak kepada mereka
melainkan mereka melakukan kekufuran yang jelas yang ada pada
pemberontak bukti daripada Allah.
Tidak diragukan lagi bahawa
wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia akan membawa kepada perpecahan
dan pemberontakan kepada pemerintah maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib atas mereka yang melihat pemerintahnya melakukankufur yang jelas untuk MENASIHATINYA
sehingga dia (pemerintah) meninggalkan perbuatan itu, dan tidak boleh
memberontak kepadanya jika pemberontakkan itu membawa keburukan yang
lebih banyak kerana mungkar tidak dihilangkan dengan perkara yang lebih
mungkar, seperti yang dinyatakan oleh para Ulama seperti Syeikhul Islam
Ibn Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim –rahmatullahi ‘alaihima-.
Wallahu waliyyut Taufiq.
[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].
*perhatikan: Jika memberontak
kepada pemerintah yang jelas kafir pun tidak harus jika membawa
kemudaratan yang lebih maka bagaimana pula memberontak kepada mereka
yang tidak kafir??!! Allahul Musta’an.
No comments:
Post a Comment