Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
“Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuum wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya).”
Banyakkan beristighfar. Jangan bersedih dan berputus-asa dengan Rahmat-Nya. Semoga bermanfaat, sebarkan salam dan Salawat.

~Hayati Yusof'
-----------------------
Sabda Nabi: Istighfar yg paling utama ialah Sayyidul Istighfar(Penghulu Istighfar)
Firman Allah :
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). Surah Muhammad :19
Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
Jika ingin jiwa tenang beristighfarlah kepada Allah.
Kerana Allah berfirman :
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu ruju` kembali taat kepadaNya supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang salih) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).(Q.S. Hud : 3).
Jika ingin badan yang sihat dan dipelihara dari penyakit beristighfarlah kepada Allah
kerana Allah berfirman:
"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!" (Q.S. Hud [11] : 52).
Jika ingin dilindungi dan dipelihara daripada bencana dan fitnah beristighfarlah kepada Allah
kerana FirmanNya:
"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)". (Q.S. Al-Anfal [8] : 33).
Jika ingin mendapat pertolongan Allah, zuriat yang baik, anak yang soleh, harta yang halal dan rezeki yang banyak beristighfarlah
kerana FirmanNya:
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (10) (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)". (Q.S. Nuh [71] : 10 - 12).
Jika ingin perlindungan Allah daripada kejahatan,bertambah kebaikan dan darjat yang tinggi , banyakkan beristighfar kepada Allah kerana FirmanNya
"dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik". (Q.S. Al-Baqarah [2] : 58).
Istighfar merupakan ubat yang mujarab dari segala dosa dan kesalahan, oleh sebab itu Rasulullah berpesan supaya sentiasa beristighfar.
Sesiapa sentiasa beristighfar Allah akan menjadikan jalan keluar kepada mereka yang kecewa. Allah akan membantu mereka yang dalam kesempitan dan akan memberi rezeki atau habuan tanpa had.
Banyakkanlah beristighfar kerana dengannya dapat menghilangkan perasaan duka, kerana beristighfar adalah penyembuh serta penawar yang mujarab..
Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari. Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan'.
[17]
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18]
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).az Zariyat:17,18
[53]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
~ azZumar:53
Sabda nabi:
Sesiapa yg memohonkan keampunan untuk kaum Muslimin, lelaki dan perempuan, maka akan di tuliskan baginya pahala kebaikan daripada setiap kaum Mukmin, lelaki dan perempuan. (Di riwayatkan oleh Thabrani daripada Ubaidah r.a.
Sabda Nabi: Sesiapa yg memohonkan keampunan bagi kaum Mukmin lelaki dan perempuan setiap hari 27 kali, maka dia termasuk orang2 yg dikabulkan doanya di antara mereka, dan pendudok bumi ini di beri rezeki dengan adanya orang seperti itu.( Diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Darda r.a.)
Sabda nabi: Allah swt menurunkan 2 penjamin keamanan utk umatku. Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab mereka dan engkau (Muhamad) selagi engkau berada bersama mereka. dan Dia juga tidak akan mengazab mereka selama merteka istighfar .
Jika aku tinggalkan mereka, maka telah ku tinggalkan istighfar di antara mereka hingga hari kiamat.
(Diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Abu Musa r.a.)
Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya.
Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita
by Paridah Mohamad on Friday, March 4, 2011
-----------------------
Istighfar

yang penting itu tulisan Arabnya ......
ReplyDelete