Friday, January 4, 2013

Mencium al-Quran


Mencium al-Quran

Ramai orang yg kita lihat mencium al-Quran beberapa kali selepas membacanya, atau lebih tepat mereka sebenarnya meletakkan di dahi mereka, kemudian menciumnya dan akhirnya meletakkan di dada mereka. Perbuatan ini diulang-ulang beberapa kali. Mungkin kerana mereka terlalu sayangkan quran.apakah hukum melalukan yang sedemikian?

Jawapan :

Tidak ada riwayat dari Nabi saw dan para sahabat, mereka mencium al-Quran sebagai memuliakanya. 
 
Al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz ketika ditanya tentang hukum mencium al-Quran, beliau menjawab :

"Tidak mengapa perbuatan tersebut, akan tetapi meninggalkannya (dari mencium al-Quran) adalah lebih utama (afdhol) kerana ketiadaan dalil dalam perbuatan tersebut. Namun jika menciumnya juga, tidak mengapa. Ada diriwayatkan dari 'Ikrimah bin Abi Jahal bahawasanya dia mencium al-Quran kemudian berkata : "Ini adalah kalam tuhanku ." Akan tetapi perbuatan ini tidak diriwayatkan dari sahabat yang lain, tidak juga dari Nabi saw. Tambahan pula riwayat tersebut ada pertikaian. Oleh itu kalau menciumnya disebabkan memuliakanya atau sayang kepadanya tidak mengapa. Jika ditinggalkan adalah lebih baik."

Lajnah Da-imah lil Ifta pula berkata :

"Tidak kami ketahui untuk seseorang mencium al-Quran itu asalnya." Dalam jawapan yang lain : "Tidak kami ketahui adanya dalil dalam pensyariatan mencium al-Quran al-Karim, sedang ia diturunkan untuk dibaca dan dihayati dan dimuliakan dan diamalkan." (Bil. Fatwa : 4172)

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam fatwanya seolah-olah membantah perbuatan mencium al-Quran kerana Nabi saw tidak pernah melakukannya. Demikian juga para sahabat tidak pernah melakukanya. Beliau berkata : Jika perkara itu baik, sudah tentu mereka mendahului kita dalam melakukannya." ~  نور عزياتي فوزي

No comments:

Post a Comment