Monday, January 7, 2013

UFB - PAS Diresapi SYIAH SESAT

Tidak mahu umat Islam tertipu dengan Pas yang menggunakan jenama Islam sedangkan berkubang di dalamnya golongan Syiah

Januari 6, 2013
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
MAT SABU SYIAH (1) 

Soalan: Minta komen mengenai Ustaz Ismail Mina mengatakan ada syirik dalam Pas yang mana berkaitan dengan Syiah. Sampai sekarang apabila Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim mengatakan beliau menyerahkan kepada Dewan Ulama, tetapi apabila sampai ke Dewan Ulama, Dewan Ulama kata “no comment”. Mereka cuma diamkan sampai situ. Jadi apa pandangan ustaz mengenai hal ini.
Jawapan:
Bismillah,
Kata no comment ini yang saya tidak faham. Kalau ditanya kepada saya tentang pimpinan pusat Umno, memang saya boleh kata no comment sebab saya tidak tahu tentang urusan pimpinan. Tetapi sekarang ini apabila diberikan kepada pihak yang berautoriti dalam Pas untuk bercakap tentang isu dalaman Pas, dan dia menjawab no comment, saya kira ini satu hal yang tidak munasabah.
Sangat ganjil jika dikatakan no comment. Sedangkan kaedah ushul fiqh menetapkan,
تَأْخِيْرُ الْبَيَانِ عَنْ وَقْتِ الْحَاجَةِ لاَ يَجُوْزُ
“Melewatkan penjelasan pada waktu ia diperlukan adalah tidak dibolehkan.”PAS SYIAH
Pada hari ini kita memerlukan penjelasan. Pas pada hari ini dilihat sinonim dengan syiah. Saya tidak mahu menghukum Pas itu syiah, tetapi dapat dilihat sendiri ada orang syiah di dalam Pas, Pas sendiri dilihat cenderung dengan syiah dan syiah cenderung terhadap Pas. Bahkan pemimpin-pemimpin mereka sendiri mengangkat dan memuji tokoh-tokoh syiah.
Semua ini memerlukan kepada penjelasan. Jangan katakan ini isu khilaf kecil.
Kalau Umno suatu ketika dahulu bahkan sampai ke hari ini dikaitkan dengan murtad dan tolak Islam, di mana ianya satu pendustaan ke atas Umno sendiri, bagaimana dengan syiah yang memang benar-benar menolak pendirian ahli sunnah wal jamaah bahkan mengkafirkan ahli sunnah wal jamaah dibiarkan mereka berada di dalam Pas?
hadi_awang_2 (1)

Jadi kita minta dan sangat menggesa Dewan Ulama Pas mengeluarkan kenyataan rasmi dalam isu dan hal ini. Dan kita tidak mahu lagi melihat ada pemimpin Pas yang menggunakan nama-nama tokoh Syiah, mengangkat syiah, memuji syiah dan membiarkan syiah menjadi ahli dan menyertai parti mereka.
Saya minta Pas membuat satu tindakan yang drastik kerana ini merupakan kepentingan umat Islam. Kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan Pas yang menggunakan jenama Islam sedangkan berkubang di dalamnya golongan-golongan Syiah.
Wallaahua’lam.

No comments:

Post a Comment