Wednesday, September 5, 2012

Kontreversi Kementerian Wakaf Mesir...



Kontreversi Kementerian Wakaf Mesir tidak membenarkan majlis hadrah dan sambutan maulid di masjid-masjid seluruh negara akhirnya senyap. Seperti biasa, bila isu ini tersebar dalam akhbar-akhbar yang saya sifatkan sebagai 'fasiq' maka riuh rendah (gege gegok kata orang Kelantan) meng'Wahabi'kan Dr.Tala'at Afifi (Menteri Wakaf) dan kerajaan Mursi. Semalam, Dr.Tala'at sendiri menafikan. 

Kesimpulann
ya:

1) Kementeriannya hanya mengkaji bagi memberikan garis panduan terhadap sambutan dan majlis zikir bagi mengelakkan gambaran buruk terhadap agama Islam. Sebagai contoh, perayaan Maulid Nabi SAW, Saidina Husein, Sayidah Zainab dan Ahli Bait yang lain. Sesetengah situasi yang kurang menarik yang selalu kita lihat, pengikut tariqat Sufi biasanya akan berkampung di kawasan masjid berhari-hari lamanya, majlis hadrah pula akan dibuat selepas Isyak hingga menjelang Subuh. Sampah sarap dibuang merata-rata di kawasan masjid. Bagi mereka yang tiada penginapan,terpaksa tidur dan makan di dalam masjid atau di mana-mana tempat di sekitar masjid. Paling menyedihkan, berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan. Ini yang dimaksudkan oleh Dr.Tala'at bagi membuat garis panduan agar sambutan dan perayaan yang mulia ini tidak menjadi fitnah kepada agama.

2) Keputusan larangan ini telah dikeluarkan di zaman Mubarak, tahun 2010 oleh Menteri wakaf pada masa itu, Dr.Hamdi Zaqzuq tetapi ianya dianggap batal apabila berlaku revolusi Januari 2011.

3) Perubahan besar-besaran yang dilakukan oleh Dr.Tala'at dalam struktur pentadbiran sejak menduduki kerusi menteri benar-benar menyakitkan hati musuh. Minggu lepas, beliau telah merombak beberapa pegawai kementerian peringkat negara dan wilayah. Tindakan itu bagi membersihkan Kementerian Wakaf daripada anasir-anasir rejim Mubarak. Tentu dendam kesumat musuh yang membara menyebabkan mereka menjadikan kepimpinan Dr.Tala'at di kementerian sebagai sasaran.

4) Kita wajar memuji langkah Dr.Hasan Syafie (Penasihat Syeikh Al-Azhar) dan Dr.Abdul Hadi Qusaibi (Syeikh Masyayeikh Tariqat Sufi Mesir) -gambar-yang terus mengadakan pertemuan dengan Dr.Tala'at untuk berbincang. Inilah sikap ulamak yang mendapatkan penjelasan terus dari mulut ulamak lain terhadap isu yang dimainkan agar tidak silap membuat perhitungan. Bagi Dr. Hasan dan Abdul Hadi, tidak memadai bagi mereka mempercayai laporan akhbar atau menonton Youtube berkaitan ulasan Dr. Tala'at bahkan berani bertemu menteri bagi mengadakan perbincangan. Akhirnya, isu selesai tanpa sebarang kesangsian atau 'zhon' yang berpanjangan.
 
.

No comments:

Post a Comment