Kitab
ini adalah salah satu di antara kitab-kitab klasik yang menyentuh atau
menggariskan prinsip-prinsip utama lagi asas aqidah ahli Sunnah
wal-jama'ah. Memberikan gambaran penting kepada para pembaca sekitar
persoalan manhaj dan aqidah. Menjadi pembeza di antara aqidah yang benar
dengan aqidah yang bathil!
Ia
disusun (diikrarkan) oleh Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat:
241H), salah seorang ulama besar dari jajaran imam 4 mazhab. Beliau
adalah seorang ulama aqidah, ulama fiqh, dan ulama hadis yang menghafal
dan menguasai jutaan hadis-hadis dalam satu masa!
Alhamdulillah,
kitab beliau ini kini diterbitkan dalam bentuk bercetak dengan diberi
syarah (penjelasan) oleh Syaikh Walid Muhammad Nubaih. Kitab yang amat
penting untuk dimiliki setiap penuntut ilmu dan para individu ahli
sunnah yang komited terhadap manhaj para ulamanya.
Kalaulah
tidak dibaca dan difahami kitab-kitab karya ulama teladan ini,
bagaimana akan dapat kita membezakan di antara aqidah ahli sunnah yang
tulen dengan kepelbagaian aqidah menyimpang lainnya yang banyak berlegar
di sekeliling kita hari ini? Bagaimana akan dapat kita bezakan di
antara aqidah ahli sunnah dengan muktazilah, khawarij, syi'ah,
qadariyah, sufi, dan sebagainya? Sedangkan aqidah-aqidah menyimpang
tersebut tetap wujud sehingga hari ini dengan kepelbagaian jenama-jenama
mempersona yang pelbagai.
Oleh
itu, tidak dapat tidak, kita perlu berpedoman dengan petunjuk para
ulama agar tidak tertipu dan terpedaya. Apatah lagi banyaknya
kumpulan-kumpulan sesat pada hari mengaku sebagai ahli sunnah! Dan
tokoh-tokoh penyesat juga turut dinobat sebagai ulama pada hari ini.
Bagi
edisi terjemahan ini, ia disertakan sekali matan/teks asal berbahasa
arab. Dilengkapi dengan syarah/huraian bagi setiap teks lengkap dengan
dalil-dalil al-Qur'an, as-Sunnah, dan atsar para salaf.
No comments:
Post a Comment