Sayyid
Hussain al-Musawi bukanlah satu nama yang asing di kalangan kaum/agama
Syi'ah. Beliau adalah seorang ulama besar Syi'ah yang lahir di Karbala
dan belajar di "Hauzah" sehingga memperolehi gelaran mujtahid daripada
Sayyid Muhammad Hussain Ali Kasyif al-Ghitha'. Selain itu, beliau juga
memiliki kedudukan yang istimewa di sisi ayatollah Khomeini (tokoh besar
imam Syi'ah).
Setelah
melalui pengembaraan spiritual yang cukup panjang, akhirnya beliau
mendapat hidayah dari Allah. Beliau menemui begitu banyak sekali
kesesatan dan penyimpangan di dalam ajaran Syi'ah yang selama ini beliau
anuti. Beliau pun mengambil keputusan untuk keluar dari Syi'ah, beliau
kembali ke jalan yang benar iaitu jalan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, dan
kemudian beliau menulis buku ini demi membongkar segala kedustaan
puak-puak dan imam-imam Syi'ah.
Buku
ini adalah sebuah ungkapan jujur dari seorang bekas tokoh besar Syi'ah
yang masih memiliki nama yang gah di tengah-tengah tokoh Syi'ah lainnya
yang hidup mewah bergelumang dengan harta dan wanita sesuka hati dengan
berdalihkan alasan agama secara batil.
Kemunculan
buku ini ibarat halilintar yang merobohkan tembok pembohongan kaum
Syi'ah selama ini. Dengannya kelompok Syi'ah diserang keporak-perandaan
dan kacau bilau. Para imam-imam Syi'ah kebingungan untuk menyangkal!
rujukan dan order :http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product%2Fproduct&filter_name=syiah&product_id=87
No comments:
Post a Comment