Saturday, September 1, 2012

Dl ANTARA AQIDAH SYIAH YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM


  •  
      
     



    Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah agama yang terakhir, lengkap, terjamin dan universal. la mempunyai daya untuk membimbing, membina, dan mengeluarkan peribadi-peribadi dan generasi contoh sampai qiamat. Ia juga mempunyai kemampuan dan kekuatan rahsia untuk mempertahankan dirinya daripada segala bentuk serangan dan ancaman. Sejarah mentakrifkan bahawa setiap fahaman dan fitnah yang ditujukan terhadap Islam pasti menerima kegagalan dan kekalahan.

    Kemampuan dan kekuatan Islam yang luar biasa itu sangat menyakitkan hati musuh-musuh Islam, kerana itu sejak zaman permulaan Islam sampai kehari ini mereka tidak henti-henti merancang dan menyusun fitnah yang boleh memecahbelahkan umat Islam dengan mencipta ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang berbagai-bagai untuk menimbulkan keraguan terhadap Islam. Mereka sedar bahawa selagi umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. mereka akan bersatu padu dan menjadi benteng kukuh untuk memelihara Islam sehingga tidak mungkin akan ada satu kuasa yang dapat merobohkannya.

    Ketika wilayah-wilayah daripada dua kuasa besar dunia, Rom dan Farsi satu demi satu jatuh ke bawah pemerintahan Islam dan tidak mampu bertahan lagi, apatah lagi melawannya dengan kekuatan senjata, ketika itu musuh-musuh Islam bermuafakat untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam dan menggugatkannya dari dalam. Sasaran mereka ialah orang-orang yang baru memeluk agama Islam yang belum lagi diresapi betul-betul oleh ajaran Islam dan masih belum terhapus daripada jiwa mereka saki baki ajaran agama mereka yang lalu. Melalui taktik-taktik ini mereka telah berjaya dan kejayaannya terbukti jelas dengan syahidnya Khalifah Islam yang ketiga Saidina Uthman ibn Affan r.a.

    Gerakan musuh Islam atas nama Islam yang pertama ini dikenali di dalam sejarah Islam dengan "Gerakan Abdullah bin Saba' dan rakan-rakannya". Gerakan ini telah meletakkan batu-batu asas ajaran dan fahamannya yang kemudiannya terbina di atas asas-asas itu sebuah bangunan kukuh bernama 'Syiah Rafidah'.

    Taktik yang sama telah digunakan oleh musuh-musuh Islam di zaman kemudiannya dengan berbagai-bagai nama seperti Babiyyah, Bahaiyyah, Qadianiyyah, Batiniyyah, Ingkar Sunnah dan lain-lain tetapi gerakan-gerakan yang lain daripada Syiah tidak dapat bertahan lama kerana asas-asasnya tidak begitu kukuh dan mereka pula tidak seperti Syiah yang mengamalkan prinsip 'taqiyyah' (تقية).

    Semua gerakan tersebut pada hakikatnya telah disusun dan dirancang untuk memusnahkan ajaran Islam. Ini dapat diketahui dengan jelas apabila dikaji aqidah-aqidahnya berdasarkan kitab-kitab mu'tabar di kalangan mereka.

    Walaupun golongan Syiah sangatkuat berpegang dengan prinsip taqiyyah (تقية) dan sebelum ini agak sukar untuk mendapatkan kitab-kitabnya, namun selepas tercetusnya revolusi di Iran mereka merasakan sudah kuat dan sudah sampai masanya untuk mendedahkan kitab-kitabnya yang selama ini disembunyikan dari muka dunia. Dengan itu mudahlah bagi kita untuk mengkaji ajaran Syiah dari sumbernya sendiri dan semoga kemenangan revolusi di Iran itu akan menamatkan riwayat Syiah yang selama ini dikaitkan dengan Islam apabila umat Islam di dunia menyedari tentang aqidah-aqidah mereka yang bercanggah dengan Islam.

    Kertas kerja ini ditulis khusus untuk mendedahkan sebahagian daripada aqidah Syiah Imamiyyah Ithna' Asyariyyah untuk menjadi bahan renungan dan peringatan bagi orang-orang yang terpengaruh dengan ajaran Syiah khasnya dan umat Islam di tanah air kita amnya.

    Walaupun banyak aqidah-aqidah Syiah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah yang bercanggah dengan Islam, tetapi di dalam kesempatan ini kita hanya mengemukakan empat aqidah mereka yang terang-terang bercanggah dengan aqidah Islam dan dengan keempat-empat aqidah ini atau salah satu daripadanya setengah ulama Islam di zaman lampau telah mengkafirkan Syiah .

    Empat aqidah yang diketengahkan nanti ialah:
    (1) Aqidah al-Tahrif Fi al-Quran.
    (2) Aqidah al-Imamah Wa al-Walayah
    (3) Aqidah takfir al-Sahabah.
    (4) Aqidah al-Raj'ah.
     
     
    1. Aqidah al-Tahrif Fi al-Qur’an

    la adalah sualu aqidah bahawa Al-Qur'an yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan.
    1.1 Kepercayaan ini lermasuk di dalam dharuriat aliran Syiah seperli yang dikatakan oleh Sayyid Hasyim al-Bahrani, seorang ahli tafsir Syiah yang besar di dalam muqaddimah tafsirnya yang bernama 'al-Burhan', "Saya yakin tentang benamya (fahaman tentang Al-Qur' an sudah diseleweng dan ditokok tambah) setelah diselidiki dan dikaji riwayat-riwayat dan athar-athar sehingga kita boleh memutuskan bahawa kepercayaan kepada perkara ini adalah salah satu daripada dharuriat aliran Syiah". 1

    Syeikh Ali Asghar Al-Burujardi salah seorang tokoh Syiah di abad ketiga belas menulis di dalam buku aqidahnya, “Wajib kita beri'tiqad bahawa Al-Qur'an yang asal tidak diubah dan ditukarganti (isinya). Al-Qur'an yang asal ini ada pada Imam Al-Asr (Imam Mahdi) - semoga Allah menyegerakan kemunculannya, dan tidak ada pada orang lain. Sesungguhnya orang-orang munafiq lelah mengubah dan menukar gantikan Al-Qur' an yang ada pada mereka itu". 2
    1.2 Pengakuan tokoh-tokoh Syiah tentang aqidah ini:
    Allamah al-Nuri al-Tabarsi menaqalkan daripada Mulla Baqir al-Majlisi bahawa beliau berkata, "Tidak tersembunyi lagi bahawa hadis ini dan banyak hadis-hadis yang lain jelas menunjukkan tentang Al-Qur'an yang ada ini telah dikurangkan dan diubah. Hadis-hadis ini sampai kepada mutawaatir ma'nawi, membuangkan kesemuanya boleh menghilangkan sama sekali kepercayaan kita kepada hadis-hadis malah saya yakin bahawa hadis-hadis tentang perkara ini tidak kurang dari hadis-hadis yang menthabitkan Imamah". 3

    Di dalam tafsir Al-Qummi, pengarangnya Ali bin Ibrahim al-Qummi seorang penafsir yang tertua di dalam Syiah menyebutkan di dalam muqaddimahnya, " Ada antara isi Al-Qur'an itu nasikh dan mansukh. Ada antaranya muhkam dan ada pula mutasyabih... Ada di antaranya berlainan daripada yang diturunkan oleh Allah." 4

    Di dalam kitab Fasl al-Khitab, Allamah Husain ibn Muhammad Taqiy al-Nuuri At-Tabarsi menukilkan kata-kata Sayyid Ni'matullah Al-Jazaairi, "Bahawa tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadis-hadis yang sampai ke peringkat mutawatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan Al-Qur'an. 5

    Di antara ulama dan tokoh-tokoh Syiah yang mempercayai demikian dan telah menulis dalam kitab mereka masing-masing ialah al-Kulaini, al-Barqi, al-Iyasyi, al-Nu'mani Furat bin Ibrahim, Ahmad bin Taha al-Tabarsi, al-Majlisi, al-Sayyid Ni'matullah al-Jazairi, al-Hurr al-Amili, Allamah Al-Fatuni dan Sayyid al-Bahrani. Mereka yang tersebut itu berpegang kepada beberapa ayat Al-Qur'an dan riwayat-riwayat yang tidak mungkin diketepikan sebagaimana yang disebutkan oleh Sayyid Tayyib al-Musawi di dalam “Muqaddimah Tafsir al-Qummi" hal. 23 hingga 24.

    1.3 Contoh Al-Qur'an yang ditakrifkan:
    Di sini kita akan mengemukakan beberapa contoh al-Qur'an yang ditakrifkan menurut Syiah

    1.3.1 Al-Kulaini meriwayatkan di dalam al-Kafi daripada Abu Basir daripada Abu Abdillah a.s. berhubung dengan firman Allah di dalam surah al-Ahzab ayat 71, terjemahan dan tafisran puak-puak Syiah

    Dengan mendakwa bahawa ayat ini bermaksud: "Sesiapa yang taat kepada Allah berhubung dengan walayah Ali dan walayah Imam sesudahnya maka sesungguhnya dia mendapat kemenangan yang besar. Demikian ayat ini diturunkan.” 6
    يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

    “Supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.” .. Inilah erti ayat yang sebenarnya mengikut terjemahan dan tafsiran ahlussunnah wal jama’ah

    1.3.2 Al-Kulaini meriwayatkan lagi di dalam kitab yang sama daripada Abdullah bin Sinan daripada Abi Abdillah a.s. berhubung dengan firman Allah di dalam Surah Taha ayat 115, ia mendakwa bahawa ayat ini bermaksud:

    "Dan sesungguhnya kami berpesan kepada Adam pada masa lalu dengan beberapa pesanan berhubung dengan Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hasan, Al-Hussain dan para Imam dari zuriat mereka. Tetapi dia lupa. Demi Allah, beginilah ayat itu diturunkan kepada Muhammad s.a. w ." 7

    وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

    “Dan Demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa Yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman Yang teguh.” (terjemahan dan tafsiran mengikut ahlussunnah wal-jama’ah)

    Menurut kaedah nahu, ayat ini mengandungi jumlah syartiyyah. Apa yang diperlukan oleh jumlah syartiyyah daripada jaza’nya tidak terdapat di dalam ayat ini sedikitpun. Sebagai menjawab kritikan itu Saidina Ali berkata, “Ia adalah antara ayat Quran yang digugurkan oleh munafiqin daripada Al-Qur’an. Sebenarnya diantara perkataan itu terdapat lebih daripada 1/3 Al-Quran yang terdiri dari ayat-ayat khitab dan ayat-ayat qasas.” 8

    “al-Kasysyi” juga telah meriwayatkan ini daripada at-Tabarasi di dalam tafsirnya “al-Shafi” J.1 Hal. 11.

    وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا

    “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

    1.4 Golongan yang bertanggungjawab di dalam usaha menokok tambah Al-Qur'an itu menurut Syiah berdasarkan kitab-kitab mereka yang muktabar ialah para sahabat Rasulullah s.a.w.

    1.4.1 Allamah Kamaluddin Maitham al-Bahrani menulis tentang pengumpulan Al-Qur'an oleh Saidina Uthrnan r.a. bahawa “Beliau telah menyatukan orang ramai di atas qiraat Zaid ibn Thabit sahaja dan membakar mashaf-mashaf yang lain. Beliau telah membatalkan (membuangkan) ayat-ayat yang tidak syak lagi sebahagian daripada Al-Qur'an." 9

    1.4.2 At-Tabarsi meriwayatkan dalam riwayat Abu Dhar al Ghifari (tersebut) bahawa setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Saidina Ali mengumpulkan Al-Qur'an dan membawanya ke muka Muhajirin dan Ansar. Beliau telah menunjukkan Al-Qur'an itu kepada mereka, mengingatkan wasiat Rasulullah s.a.w. kepadanya. Abu Bakar membukanya. Pada muka surat pertama lagi rahsia kejahatan mereka (sahabat) telah terdedah. Umar terus melompat dan berkata, "Wahai Ali, ambillah semula mashaf ini, kami tidak memerlukannya. " Ali a.s. pun mengambilnya dan terus pulang. Kemudian Zaid ibn Thabit dipanggil. Dia adalah orang yang ahli tentang al-Quran. Umar berkata kepadanya," Sesungguhnya sebentar tadi Ali datang dengan membawa Al-Quran yang di dalamnya tercatat segala kejahatan Muhajirin dan Ansar. Kami bercadang hendak menyusun AI-Quran dan membuang daripadanya cerita-cerita yang mengaibkan golongan Muhajirin dan Ansar." Maka Zaid pun mengambil tugas itu. Kemudian Zaid berkata, " Apabila saya selesai menyusun Al-Quran mengikut permintaan kamu itu, dan Ali akan mengemukakan Al-Quran yang disusunnya, tidakkah menjadi sia-sia apa yang kamu lakukan ini?". Umar berkata, "Kalau begitu, apa helahnya?" Zaid menjawab,"Kamu lebih tahu tentang helahnya," Maka Umar pun berkata," Tidak ada helah lain selain daripada kita membunuhnya, dengan itu kita tidak lagi diganggu olehnya." Umar pun merancang untuk membunuhnya melalui Khalid ibn al-Walid tetapi ia tidak mampu melaksanakan rancangannya itu. Setelah dilantik menjadi Khalifah, mereka (para sahabat) meminta Saidina Ali menyerahkan Al-Quran itu kepada mereka (sebenamya untuk menyelewengkan isi Al-Quran itu). Saidina Ali berkata," Mana boleh, tidak ada lagi jalan untuk mendapatkan Al-Quran itu. Aku hanya mengemukakan kepada Abu Bakar supaya hujah tetap ke atas kamu dan kamu tidak dapat berkata apa-apa pada hari kiamat nanti: 'Sesungguhnya kami tidak mengetahui tentang perkara ini', atau kamu berkata; 'Engkau tidak pernah membawa al-Quran ini kepada kami '. Sesungguhnya Al-Quran yang ada padaku ini tidak dapat disentuh kecuali oleh orang-orang yang suci dan penerima wasiat daripada anak cucuku sahaja."

    Mendengar keterangan Ali a.s itu Umar berkata," Adakah waktunya al-Quran itu akan dipastikan?" Ali a.s menjawab, "Ya, apabila bangkit orang yang bangkit (Imam Mahadi) daripada keturunanku, dia akan mengemukakannya itu dan mengajak manusia menggunakannya." 10

    1.5 Ulama-ulama mutaqaddimin Syiah kecuali empat orang daripada mereka telah sepakat tentang berlakunya penyelewengan dan tokok tambah pada Al-Quran yang ada ini. Mereka berempat itu ialah:
    1) Ibn Babwaih al-Qummi yang digelarkan dengan Syeikh Saduq (w 381 H).
    2) Sayyid Murtada yang digelar dengan Allamul Huda (w 436 H).
    3) Abu Ja'far At- Tusi (w 460H)
    4) Abu Ali At -Tabarsi (w 458H)

    Untuk mengetahui mengapakah mereka berempat ini menafikan wujudnya penyelewengan dan begitu juga setengah ulama mutaakhirin Syiah yang lain sedangkan hadis-hadis yang menyebutkan perkara ini sudah sampai ke peringkat mutawatir dan mustafid seperti disebutkan oleh Mirza Hussain Muhammad Taqiy Al-Thabarsi al-Nuri di dalam bukunya "Fasl al-Khitab", perlulah kita merujuk kepadaketerangan al-Sayyid Ni'matullah al-Jazairi selepas beliau membuktikannya yang Al-Quran yang ada ini telah diselewengkan dan ditokok tambah dengan hadis-hadis mustafidh dan mutawatir.

    Kata beliau, "Ya, memang benar Sayyid Murtada, Syeikh Saduq dan Syeikh Tabarsi berbeza pendapat tentang perkara ini, mereka mengatakan yang Al-Quran yang ada dalam dua kulit mushaf ini ialah Al-Quran yang diturunkan, tidak ada yang lain daripadanyajuga tidak berlaku apa-apa perubahan atau pindaan.

    Yang jelas kata-kata mereka ini lahir daripada beberapa muslihat. Antaranya ialah menutup pintu kritikan (musuh-musuh Syiah) bahawa sekiranya boleh berlaku perubahan, pindaan dan tokok tambah pada AI-Quran ini, bagaimana boleh kita beramal mengikut peraturan-peraturan dan hukum-hukumnya? Jawapan tentang perkara ini akan diberikan nanti. Sebabnya ialah bagaimana kita akan menganggap tokoh-tokoh tersebut mempercayai Al-Quran yang ada tidak diubah atau ditokok tambah sedangkan mereka sendiri telah meriwayatkan banyak hadith-hadith di dalam karangan mereka yang menunjukkan telah berlakunya semua perkara tersebut "

    1.6 Sebenamya faktor yang mendorong golongan Syiah berpegang dengan aqidah ini ialah:

    1.6.1 Golongan Syiah mempercayai Imamah adalah salah satu aqidah yang penting bagi mereka. Seseorang yang tidak menerimanya dianggap sebagai kafir. Oleh kerana tidak terdapat di dalam Al-Quran satu ayatpun yang secara jelas menunjukkan keimanan 12 orang Imam mereka, maka mereka mencipta satu aqidah bahawa al-Quran yang ada ini telah diubah dan diselewengkan daripada asal untuk membenarkan aqidah mereka.

    Ini dapat dilihat daripada kenyataan yang dinukilkan oleh Sayyid Mohsein al-Kasysyi daripada seorang ahli tafsir besar di sisi Syiah iaitu al-'Ayasyi. Beliau telah menyebutkan di dalam tafsirnya satu riwayat daripada Abi Jaafar a.s. Katanya , "Sekiranya tidak berlaku tokok tambah di dalam kitab Allah, tentulah tidak tersembunyi hak kami (hak Imamah) kepada orang-orang yang mempunyai fikiran waras." 1

    1.6.2 Oleh kerana Al-Quran yang ada ini penuh dengan pujian dan keutamaan yang diakui oleh Allah terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w, maka golongan Syiah yang begitu dendam terhadap para sahabat tidak dapat menerima Al-Quran yang ada ini sebagai AI-Quran yang sebenarnya dan mereka menganggap segala pujian dan keutamaan para sahabat yang lersebut di dalam AI-Quran ini adalah hasil ciptaan dan rekaan para sahabat.

    1.6.3 Al-Quran yang ada ini telah diusahakan pengumpulannya oleh sahabat-sahabat agung Rasulullah s.a.w. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a. sedangkan mereka ini yang mengikut Sayyidina Ali dan berlaku zalim dan kejam terhadap Ahlul Bait.

    1.6.4 Diantara matlamat penting Syiah daripada aqidah ini ialah untuk membebaskan manusia daripada ikatan agama dan beramal dengan hukum-hukum Allah. Jika aqidah ini tidak diperkenalkan bagaimanakah orang-orang Islam akan dapat melepaskan dirinya daripada hukum-hukum Allah? Untuk itu mereka meriwayatkan hadith-hadith yang palsu atas nama Imam-Imam Ahlul Bait dan Rasulullah s.a.w. sendiri. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Kulaini dalam al-Kafi daripada Yazid ibn Muawiah katanya; Abu Ja'far berkata,"Agama tidak lain hanya cinta." Kemudian Abu Ja'far berkata," Ada seorang lelaki datang menemui Nabi dan berkata, "Wahai Rasulullah, aku cintakan orang-orang yang sembahyang tetapi aku sendiri tidak sembahyang dan aku cintakan orang-orang yang berpuasa, tetapi aku sendiri tidak berpuasa." Mendengar kala-kata orang itu Rasulullah s.a.w. lantas berkata," Engkau akan bersama orang yang engkau cintai." 13
     
     
    2. Akidah al-Imamah dan al-Walayah iaitu kepercayaan bahawa Imam-imam 12 belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma'sum.

    2.1 Kedudukan kepercayaan ini di dalam ajaran Syiah.

    2.1.1 Kepercayaan ini begitu penting di dalam
    ajaran Syiah, sehingga ia merupakan salah satu syarat keimanan dan dianggap diantara rukun-rukun Islam yang terpenting. Setiap Nabi yang datang telah mengakui keimanan dan walayah Ali dan seseorang yang tidak mengenal Imam-Imamnya dianggap tidak mengenal Allah. al-Kulaini mengemukakan riwayat daripada Fudhail daripada Abi Ja'far a.s. kata beliau, 'Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, puasa, zakat, haji dan walayah. Pada hari al-ghadir tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut ditekankan sebagaimana penekanan diberikan kepada al- Walayah.” 14

    Al Kulaini meriwayatkan lagi daripada Zurarah daripada Abu Ja'far a.s. kata beliau,"Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah." Zurarah pun berkata " Aku pun bertanya yang manakah antara rukun-rukun yang tersebut itu paling utama?" Abu Jaafar menjawab. " Walayah-lah yang paling utama.” 15

    Di dalam kitab "Bashair al-Darajat" dan al-Kafi tersebut riwayat daripada Abu Abdillah a.s. beliau berkata, "Walayah kami adalah walayah Allah yang mana tidak diutuskan seorang Nabi pun melainkan pasti dia membawanya." 16

    2.2 Allah tidak mungkin dikenali tanpa dikenali terlebih dahulu para Imam dan orang yang tidak mengenali Imam adalah sesat.

    2.2.1 Diriwayatkan daripada Abu Abdillah a.s. katanya,"Kamilah orang yang difardukan Allah supaya ditaati. Setiap orang mesti mengenali kami. Tidak dimaafkan orang yang tidak mengenali kami. Orang yang mengenali kami adalah mu’min. Sesjapa yang tidak mengenali kami dan menolak kami, dia adalah kafir. Sesiapa yang tidak mengenali kami tetapi tidak menolak kami adalah sesat, sehinggalah dia kembali kepada petunjuk yang Allah fardukan ke atasnya iaitu kewajipan mentaati kami. Sekiranya dia mati di dalam kesesatannya maka Allah akan melakukan apa yang dikehendaki-Nya terhadapnya." 17

    2.2.2 Diriwayatkan daripada Abu Hamzah kata beliau; Abu Ja'far berkata kepadaku,"Sesungguhnya orang yang mengenali Allah sahaja yang menyembah Allah. Sesiapa yang tidak mengenali Allah bererti dia menyembahnya dalam kesesatan." Aku (Abu Hamzah) bertanya,"Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu, apakah yang dimaksudkan dengan mengenali Allah? "Beliau (Abu Jaafar) menjawab, "Membenarkan Allah, membenarkan RasulNya s.a.w., menerima Ali dan Imam-Imam sebagai Imam yang benar dan pembawa petunuk dan berlepas diri daripada musuh-musuh mereka (para Imam). Begitulah Allah dikenali." 18

    2.2.3 Diriwayatkan daripada Jabir, beliau berkata: Aku mendengar Abu Ja’far a.s berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang mencintai Allah dan Imam-Nya daripada kalangan kami Ahlul Bait sahaja yang mengenali Allah dan menyembah-Nya. Orang yang tidak mengenali Allah dan tidak mengenali ImamNya daripada kalangan kami Ahlul Bait sebenarnya dia tidak mengenaliNya dan menyembah selain daripada Allah. Demi Allah! Begitulah cara mereka sesat.” 19

    2.3 Imam-imam dua belas itu ma'sum, mempunyai kuasa yang luar biasa, mempunyai darjat yang lebih tinggi daripada para Nabi dan Rasul dan para malaikat yang muqarrabun, boleh menghalalkan dan mengharamkan segala sesuatu dan mereka juga menjadi penentu kepada ahli syurga atau ahli neraka. Imam yang kelapan di sisi Syiah iaitu Imam Ali ibn Musa al-Ridha a.s. di dalam satu ucapannya yang panjang lebar telah mengemukakan ciri-ciri dan keutamaan para Imam. Di dalam ucapannya beliau beberapakali menjelaskan tentang kema'suman para Imam. Antara lain beliau menyebutkan, "Dia adalah maksum, disokong, diberi taufik dan diluruskan segala tindak tanduknya daripada pihak Allah. Dia terpelihara daripada segala kesalahan dan kegelinciran. Allah menentukannya dengan sifat-sifat seperti ini supaya dia menjadi hujah kepada hamba-hamba-Nya dan menjadi penyaksi ke atas makhluk-Nya." 20

    Mereka boleh menghalalkan apa yang dikehendaki oleh mereka dan mengharamkan apa yang dikehendaki oleh mereka. Setiap yang dikehendaki oleh mereka pastilah dikehendaki oleh Allah. 21

    Khatimat al-Muhaddithin Allamah Baqir al-Majlisi di dalam kitabnya “Hayatal Qulub" menulis," Daripada riwayat-riwayat mu'tabar yang insyaAllah akan disebutkan nanti akan diketahui bahawa martabat Imamah lebih tinggi daripada martabat nubuwah". 22
    Ayatullah al-Uzma Ruhullah Khomeini di dalam kitabnya, “al-Hukumah al-Islamiyyah" dengan jelas menegaskan “Bahawa sesungguhnya antara dharuriyyat dan aqidah-aqidah asasi bagi mazhab (Syiah Imamiyyah Ithna' Asyariyyah) ialah para Imam mempunyai suatu maqam yang tidak sampai kepadanya malaikat rnuqarrab dan Nabi yang diutuskan." 23

    Al-Kulaini meriwayatkan tentang keutamaan dan darjag Sayyidina Ali dan Imam-Imam selepasnya daripada Imam Ja'far al-Sadiq. Kata beliau," Apa yang dibawakan oleh Ali ku ambil dan apa yang dilarang olehnya ku hentikan. Keutamaan yang diperolehinya sama seperti keutamaan yang diperolehi oleh Muhammad dan Muhammad mempunyai keutamaan di atas semua makhluk Allah Azzawajalla. Orang yang mengkritik salah satu hukum yang diberikan olehnya (Ali) sama seperti orang yang mengkritik Allah dan Rasul-Nya. Orang yang menolaknya sama ada dalam perkara kecil atau besar sama seperti melakukan syirik terhadap Allah. Amirul Mu’minin (Ali) adalah pintu Allah yang tidak dapat didatangi kecuali melalui pintu itu dan beliau merupakan jalan yang mana orang yang mengikuti jalan yang lain akan binasa. Demikian juga keutamaan yang diperolehi oleh imam-imam yang membawa petunjuk sesudahnya satu demi satu."

    Di dalam riwayat yang sama al Kulaini menyatakan Abu Abdillah (Ja’far al Sadiq) menyebutkan Amirul Mu’minin (Sayyidina Ali) selalu berkata,”Aku adalah pembahagi syurga dan neraka daripada pihak Allah. Aku adalah pembeza (antara kebenaran dan kebatilan) yang agung. Padaku ada tongkat (Musa), misam (penanda di antara seseorang mu’min dan munafiq). Sesungguhnya para malaikat, Ar-Ruh (Jibrail) dan para Rasul telah mengakui aku sebagaimana mereka telah mengakui Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya aku telah dibebankan sama seperti Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bebanan daripada Allah. Rasulullah s.a.w. akan dipanggil (pada hari qiamat nanti) dan diberikan persalinan, aku juga akan dipanggil dan diberikan persalinan. Dia (Muhammad s.a.w) akan diminta bercakap, aku juga diminta bercakap. Maka pada ketika itu aku juga akan bercakap seperti dia.

    Aku telah dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapapun sebelumku. Aku mengetahui ajal manusia dan bencana yang menimpa mereka. Aku juga mengetahui nasib keturunan dan cara penyelesaian yang bijaksana. Tidak terlepas daripadaku pengetahuan tentang sesuatu yang berlalu dan tidak tersembunyl daripadaku sesuatu yang ghaib. Aku menyampaikan berita gembira dengan izin Allah dan menunaikannya daripada pihak-Nya. Semua ini adalah daripada Allah yang telah memberikan kemampuan kepadaku untuk menguasai semua yang tersebut dengan ilmu-Nya yang luas."
    2.4. Di antara kepercayaan Syiah berhubung dengan Imamah ialah kepercayaan tentang ghaibnya Imam yang ke-12 di dalam dua macam ghaibah;

    i) Ghaibah Sughra (غيبة صغرى)
    ii) Ghaibah Kubra (غيبة كبرى)

    Sebenarnya bolehlah dikatakan kepercayaan kepada ghaibah ini sebagai satu keajaiban di dalam dunia aqidah.

    Kisah kelahiran Imam yang kedua belas yang dianggap sebagai Imam Mahdi dan Sahib al-Zaman penuh dengan keajaiban dan tidak kurang hebatnya daripada Kisah 1001 malam. Sehinggakan ulama-ulama Syiah sendiri tidak mengetahui tentang kelahiran seorang yang akhirnya dianggap sebagai Imam yang kedua belas iaitu Imam Mahdi anak Imam yang kesebelas Syiah Hassan al-Askari.

    Ghaibah Sughra bermula dari 260H-328H. Pada masa Ghaibah Sughra ini menurut kepercayaan Syiah ada beberapa orang yang dianggap sebagai duta-duta Imam Mahdi kepada orang ramai dan pada masa itu Imam Mahdi dianggap masih dihubungi oleh orang-orang tertentu. Antara mereka ialah Abu Hasyim Daud bin Al-Qasim Al-Ja'fari, Muhammad bin Ali bin Bilal, Abu Amar Uthman bin Sa'id al-Samman, Umar al-Ahwazi, Ahmad bin Ishaq dan lain-lain lagi.

    Setelah itu dianggap bermula zaman ghaibah kubra sehingga kepada suatu masa yang tidak dapat ditentukan oleh sesiapa pun."

    2.5 Kata Khomeini di dalam kitabnya “al-Hukumah al-Islamiyyah", “Sesungguhnya Imam Mahdi telah menghilang diri di dalam Ghaibah Kubranya lebih 1000 tahun lampau. Barangkali kehilangannya itu akan berterusan selama beberapa ribu tahun lagi sebelum tiba masa keperluan mengkehendaki munculnya Imam yang dinantikan itu. “ 26

    2.6 Al-Tabarsi menaqalkan kata-kata Imam Syiah yang kesembilan iaitu Muhammad bin Ali berhubung dengan Imam yang ke dua belas di dalam kitabNya "Al-Ihtijaj". Kata beliau, "Dialah orang yang kelahirannya tersembunyi daripada orang ramai dan dirinya akan terus ghaib daripada penglihatan mereka. Sahabat-sahabatnya yang sama dengan bilangan ahli Badar iaitu seramai 313 orang daripada seluruh pelusuk bumi akan berkumpul kepadanya. Apabila telah berkumpul orang-orang ikhlas sebanyak bilangan tersebut bersamanya, ketika itu Allah akan menzahirkan urusan-Nya (akan mengeluarkannya daripada Ghaibah Kubranya).'

    Riwayat ini bermakna di sepanjang zaman ghaibah Imam Mahdi ini tidak lagi wujud sebanyak bilangan tersebut orang-orang Syiah yang ikhlas walaupun pada zahirnya mereka kelihatan ramai. Bagaimanakah agaknya Syiah yang ikhlas ini!!

    Mulla Baqir al-Majlisi menaqalkan satu riwayat daripada Imam al-Baqir bahawa beliau berkata, "Apabila al-Qaim daripada keluarga Muhammad s.a.w. muncul, Allah akan menolongnya melalui para malaikat dan orang yang mula-mula sekali berbai'ah kepadanya ialah Muhammad dan selepas itu Ali." 28

    Di dalam kitah yang sama Mulla Baqir al-Majlisi menaqalkan satu riwayat daripada Muhammad al Baqir yang berasal daripada kitab “Halu al-Syaraa'i" karangan Ibn Babwaih al-Qummi kata beliau," Apabila muncul Imam Mahdi nanti, beliau akan menghidupkan kembali Aisyah dan akan menjalankan hukum had(zina) ke atasnya dan akan membalas dendam Fatimah terhadapnya."
     
    3. Aqidah mengkafirkan sahabat
    Kepercayaan Syiah tentang majoriti para sahabat telah murtad tidak tersembunyi kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca kitab-kitab Syiah, sehingga bolehlah dikatakan tidak ada sebuah kitab Syiah yang mukt
    abar terutamanya yang ditulis oleh ulama-ulama mereka yang lalu melainkan pasti tersebut didalamnya riwayat-riwayat yang mengkafirkan atau memurtadkan para sahabat atau melaknat, memaki hamun dan melakukan Tabarri. Tabarra, iaitu menyatakan sikap berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih sayang) terhadap mereka. Tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan ini, sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman bin' Auf, isteri-isteri Rasulullah s.a. w. dan lain-lain.

    Di sini kita akan mengemukakan beberapa contoh sahaja daripadanya;

    3.1 Al Kulaini meriwayatkan daripada Abu Ja'far As-Sadiq kata beliau, "Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasulullah s.a.w. kecuali tiga orang daripada mereka." Aku bertanya (kata perawi)' Siapakah tiga orang tersebut?' Abu Ja'far menjawab, "Miqdad ibn Aswad, Abu Dhar al-Ghifari dan Salman AI-Farisi..." 3

    Al-Kulaini meriwayatkan daripada Hanan daripada ayahnya daripada Abi Ja'far a.s. Ayahnya berkata; Aku bertanya kepadanya (kepada Abi Ja'far)," Anak-anak Yaakub bukan para Nabi?" Beliau menjawab, "Tidak, tetapi mereka adalah keturunan para Nabi. Mereka tidak meninggal dunia melainkan dalam keadaan bahagia dan bertaubat dan menyesali apa yang telah mereka lakukan dan sesungguhnya Syaikhain (Abu Bakar dan Umar) meninggal dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak menyesali apa yang mereka lakukan terhadap Amirul Mu'minin Ali a.s. Ke atas mereka berdua laknat Allah, para malaikat dan manusia sekaliannya.” 31

    3.2 Syaikh al-Tusi meriwayatkan bahawa Kummait bin Zaid datang menemui Abu Ja'far a.s. lalu bertanya Abu Ja'far tentang Syaikhain (Abu Bakar dan Umar), Abu Ja'far menjawab, “Tidak berlaku pertumpahan darah dan tidak diputuskan sesuatu hukuman yang tidak sesuai dengan hukum Allah, hukum Nabi dan hukum Ali a.s. melainkan dosanya diletakkan ke atas bahu mereka berdua."

    "Mendengar jawapan Abu Ja'far, Kummait berkata, "Allahu Akbar! Allahu Akbar! Cukuplah, cukuplah!"

    Di dalam satu riwayat yang lain At-Tusi mengemukakan satu lagi riwayat iaitu Kummait berkata,"Ketika Kummait berkata demikian, Abu Abdillah (Ja' far al-Sadiq) sedang bertelekan di atas bantal tetapi sebaik sahaja Kummait berkata demikian, beliau terus membetulkan duduknya dan meletakkan bantal di bawah dadanya kemudian berkata, "Tanyalah." Kummait berkata,"Saya mahu bertanya tuan tentang dua orang itu (Abu Bakar dan Umar). Abu Abdillah berkata, "Wahai Kummait ibn Zaid, tidak tumpah darah dengan cara tidak sebenar di dalam Islam, tidak diperolehi harta daripada sumber yang tidak halal, dan tidak dicampuri perempuan secara haram melainkan dosa semuanya terletak ke atas bahu mereka berdua sehingga muncul al-Qaim kita (Imam Mahdi). Kita golongan daripada Bani Hasyim menyuruh sama ada orang-orang tua dan orang-orang muda daripada kalangan kita memaki mereka berdua dan begitu juga menyatakan sikap berlepas diri dari mereka ." 33

    3.3 Allamah Baqir al-Majlisi menulis di dalam kitabnya "Hayat-al-Qulub" bahawa 'al-Ayyasyi telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar daripada Imam Ja'far al-Sadiq bahawa Aisyah dan Hafsah telah meracun Rasulullah s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. wafat kerananya. 34
     
    4. Aqidah al-Raj'ah

    Salah satu aqidah Syiah yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam ialah kepercayaan mereka tentang akan dibangkitkan para Imam sebelum qiamat untuk menuntut bela atau menghukum orang-orang zalim yang telah merampas h
    ak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang telah disepakati oleh para ulama Syiah.

    4.1 Syaikh al-Mufid berkata, "Golongan Imamiyyah sependapat tentang wajibnya raj'ah (kembali) sebahagian besar daripada orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat." 35

    4.2 Syarif al-Murtadha yang digelarkan di kalangan orang-orang Syiah dengan 'Alam al-Huda' di dalam jawapannya kepada persoalan raj'ah yang dikemukakan kepadanya berkata, "Pegangan Syiah Imamiyyah ialah Allah Ta'ala akan membangkitkan (menghidupkan semula) ketika munculnya Imam Mahdi satu golongan yang telah terdahulu meninggal daripada Syiahnya dan satu golongan yang lain daripada musuh-musuhnya." 36

    4.3 Al-Majlisi meriwayatkan daripada Jaafar al-Sadiq a.s. bahawa beliau berkata, "Orang yang mula-mula terbelah bumi kerananya dan bangkit ke dunia (sebelum qiamat) ialah Husain ibn Ali dan raj'ah itu bukanlah umum tetapi ia suatu yang khusus. Tidak akan kembali (bangkit sebelum qiamat) kecuali mu’min sejati atau kafir sejati." 37 Al-Majlisi meriwayatkan daripada Bukair bin A'yan katanya, "Orang yang aku tidak ragui (Ja'far al-Sadiq) telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. dan Ali akan bangkit sebelum qiamat (raj'ah)." 38

    Diriwayatkan daripada Ja'far al-Sadiq beliau berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Tuhanku telah memperjalankan aku pada waktu malam dan mewahyukan kepadaku dari balik tabir apa yang diwahyukan-Nya dan telah bercakap denganku apa yang dicakapkan-Nya. Antara percakapan-Nya denganku ialah: "Wahai Muhammad, Ali adalah orang yang paling akhir Aku mengambil nyawanya daripada para Imam dua belas.” 39

    Setelah mengemukakan beberapa banyak riwayat tentang raj'ah al-Majlisi berkata di dalam kitabnya “Bihar al-Anwar", "Ketahuilah wahai saudara, aku yakin bahwa engkau tidak meragui lagi tentang raj'ah, setelah aku menjelaskan kedudukannya yang telah dijimak oleh Syiah di setiap zaman dan kepercayaan tentangnya di kalangan mereka terlalu jelas dan umum bagaikan matahari di siang hari. Bagaimanakah seseorang mu'min akan meragui kebenaran para Imam mereka yang suci di dalam hadis-hadis mutawatir yang telah diriwayatkan daripada mereka lebih 200 orang dan telah diriwayatkan pula oleh lebih 40 orang tokoh-tokoh ulama yang dipercayai terdapat di dalam lebih daripada 50 karangan mereka masing- masing." 40

    5. Penutup

    Demikianlah serba ringkas kita bentangkan aqidah-aqidah Syiah daripada kitab-kitab muktabar mereka. Semoga keterangan-keterangan yang diberikan memberi manfaat kepada kita semua dan semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus.

    Firman Allah:

    رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

    "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau belokkan hati-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Mengurniakan.”
    (Surah Ali Imran: ayat 8)

    Nota:

    (1) AI-Bahrafli- al-Bur"aflfi Tafsir Al-Qurafl-Muqaddimah Fusal 4, hal. 49.
    (2) AI-Burujardi- 'Aqaidu al-Syiah -hal. 27.
    (3) An-Nuuri At- Thabarsi -Fashlu AI-Khitaab- hal. 353.
    (4) AI-Qummi- Tafsir Al-Qummi- Muqaddimatu Al-Kitab- J. 1 hal.5.
    (5) An-Nuuri At- Thabarsi-Fashlu AI-Khitaab -hal. 30.
    (6) Al-Kulaini- Al-Kafi –Al-Hujjah Min Al Kafi -j. 1 hal 414.
    (7) Al-Kulaini- Al- Usul Min Al-Kafi J.1. hal. 119.
    (8) Ahmad bin Ali At-Thabarsi -Al-Ihtijaj hal. 119.
    (9) Maitsam Al-Bahrani -Syarah Nahju AI-Balaghah j. 1 hall. 1
    (10) At Thabarsi -AI-Ihtijaj hal. 76- 77.
    (11) Ni'matullah AI-Jazaairi -Al -Anwar An-Nu'maniah -j.2 hal.357.
    (12) Al-' Ayasyi -Tafsir As-Shafi -Muqaddimah keenam -hal.10.
    (13) Al-Kulaini -Ar-Raudhah Min Al-Kafi -j.8 hal.
    (14) Al-Kulaini -Al-Usul Min Al-Kafi -j.2 hal. 20.
    (15) Al-Kulaini -Usul Kafi -j.2 hal.18.
    (16) Bashaairu Ad-Darajat -j.2 Bab 9.
    (17) Al-Kulaini -Al-Kafi -j.1 hal.187.
    (18) AI-Kulaini -Al-Usul Min Al-Kafi- j.1 hal. 180.
    (19) Ibid -ha1. 181.
    (20) Ibid -hal. 203.
    (21) Ibid- hal. 441.
    (22) Baqir AI-Majlisi- Hayaatu Al-Qulub -j.3 hal.1 0
    (23) Khomeini -Al-Hukumah Al-Islamiah -hal.52.
    (24) Al-Kulaini -Al-Usul Min Al-Kafi -j. 1 hal. 196
    (25) Ibid -hal. 196-197.
    (26) Khomeini -AI-Hukumah AI-Islamiah -hal. 26
    (27) At- Thabarsi -Al-Ihtijaj , Ala Ahli Al-Lajaj -hal. 230
    (28) Al-Majlisi -Haqqu Al- Yaqin -hal. 139.
    (29) Ibid -hal. 139.
    (30) Al-Kulaini -Ar-Raudhah Min Al-Kafi -j.8 hal. 245. At- Thusi -Rijal AI-Kasyi -j.l hal.6 Al-Majlisi -Hayaatu Al-Qulub -j.2 hal.640
    (31) Al-Kulaini -Ar-Raudhah Min Al-Kafi -j.8 hal. 246.
    (32) At- Thusi -Ikhtiar Ma'rifati Ar-Rijal-j. 3 hal. 205 -206.
    (33) Ibid -hal. 206 -207.
    (34) AI-Majlisi -Hayaatu Al-Qulub -j.2 hal.870
    (35) Syaikh Mufid -Awaailu Al-Maqaalat -hal. 52
    (36) Mohsein Al-Amin –A’yaanu As-Syiah-j. 1 hal. 132
    (37) Al-Majlisi -Biharu Al-Anwar -j. 13 hal. 210 Al-Kasyi -Tafsir As-Shaafi -j. 1 hal. 959
    (38) Al-Majlisi -Biharu AI-Anwar -j. 13 hal. 210
    (39) Ibid hal. 217
    (40) Al-Majlisi -Biharu Al-Anwar -j. 13 hal. 225.
     
    Oleh;

    Ustaz Mohd Asri Yusof
     
     

No comments:

Post a Comment