Buku
ini adalah terjemahan dari kitab Lum'atul I'tiqod karya Imam Ibnu
Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H) dengan syarah (penjelasan dan
huraian) oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah.
Ia
adalah buah karya bernilai emas milik Imam Ibnu Qudamah rahimahullah
(Wafat: 629H) dengan judul Lum'atul I'tiqod al-Haadii ilaa Sabilir
Rasyad. Buku ini adalah antara deretan buku-buku aqidah yang amat
penting karya para ulama ahlus sunnah wal-jama'ah di zaman salaf yang
masyhur. Ianya membahas inti sari aqidah Islam secara tuntas supaya umat
Islam dapat memahami aqidah yang benar dan murni.
Kitab-kitab
aqidah seumpama ini disusun oleh para salaf (ualama terdahulu) yang
antaranya imam Ibnu Qudamah rahimahullah adalah dalam rangka membezakan
di antara i'tiqad sebenar ahlus sunnah wal-jama'ah dengan
i'tiqad-i'tiqad kaum sesat seperti muktazilah, al-asya'irah,
al-khawarij, syi'ah, qadariyah, dan yang seangkatan dengannya. Sekaligus
merupakan penegasan aqidah sebenar ahlus sunnah wal-jama'ah yang jelas
berbeza dengan aqidah kaum yang menyimpang.
Di
antara perbahasan yang terdapat dalam buku ini adalah lebih menjurus
kepada penjelasan al-Asma' wa ash-Shifat, kaedah-kaedah memahaminya,
methodologi ahlus sunnah dalam berinteraksi dengan nama-nama dan
sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala, serta beberapa bantahan terhadap
sebahagian kelompok yang menyimpang dalam persoalan ini.
Selain
itu, turut dibahaskan melalui buku ini adalah soal Qadha dan Qadar,
Takdir, iman itu perbuatan dan amal, iman kepada Rasul, iman kepada azab
kubur, fitnah kubur, hadis-hadis hari kebangkitan, al-hisab, al-mizan,
ciri-ciri telaga, ciri-ciri titian/shirath, syafa'at, sifat-sifat syurga
dan neraka, hak-hak nabi dan para sahabatnya, hukum mengkafirkan orang
Islam atas alasan maksiat, hukum mencela para sahabat, hukum mentaati
khalifah, hukum memulaukan ahli bid'ah, tanda-tanda ahli bid'ah, dan
yang lain seterusnya sehingga kepada perbahasan ringkas tentang ijma',
taklid, dan mazhab.
Semoga
kehadiran buku ini mampu menjadi tambahan ilmu yang membantu dalam
memahami prinsip-prinsip penting aqidah Islam ahli sunnah dengan lebih
mendalam lagi sekaligus mampu menjadi benteng penepis pelbagai syubhat
berbahaya kerosakan tauhid yang terus menggila pada hari ini.
No comments:
Post a Comment