CAP gesa pengguna tamatkan pembaziran makanan
GEORGETOWN 4 Jun - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa
pengguna agar turut serta dalam usaha menamatkan pembaziran dan
pembuangan sisa makanan bagi mengurangkan kehilangan sumber, kata
Presidennya S.M. Mohamed Idris.
Beliau berkata, gesaan itu
sempena kempen Hari Alam Sekitar Sedunia 2013 bertema Think.Eat.Save
yang menentang pembaziran dan pembuangan makanan bagi mengurangkan
kehilangan sumber.
Katanya,
sudah tiba masa untuk memerangi sikap negatif itu kerana mengikut kajian
Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAOUN) sebanyak
1.3 bilion tan sisa makanan terhasil setiap tahun.
"Daripada
kajian CAP, kebanyakan restoran di Pulau Pinang membuang antara lima
hingga 10 peratus makanan yang tidak dihabiskan setiap hari dan membuang
10 peratus sisa makanan yang dipesan oleh pelanggan yang tidak berjaya
dihabiskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
S.M.
Mohamed berkata, berdasarkan unjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Malaysia dijangka menjana 31,500 tan sisa pepejal setiap hari
dan daripada jumlah itu, 45 peratus atau 14,000 tan adalah makanan,
menjadikan kira-kira lima juta tan sisa makanan bakal dilupus dalam
tahun 2020.
"Oleh itu, berdasarkan statistik yang diberi,
sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita melancarkan 'perang'
terhadap pembaziran makanan kerana ia adalah salah satu cara paling
mudah untuk mengelakkan sumber asli kita daripada habis untuk
pengeluaran makanan," katanya. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/ utusan/Dalam_Negeri/20130605/ dn_15/ CAP-gesa-pengguna-tamatkan-pemb aziran-makanan#ixzz2VIMYRiLJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
CAP gesa pengguna tamatkan pembaziran makanan
GEORGETOWN 4 Jun - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna agar turut serta dalam usaha menamatkan pembaziran dan pembuangan sisa makanan bagi mengurangkan kehilangan sumber, kata Presidennya S.M. Mohamed Idris.
Beliau berkata, gesaan itu sempena kempen Hari Alam Sekitar Sedunia 2013 bertema Think.Eat.Save yang menentang pembaziran dan pembuangan makanan bagi mengurangkan kehilangan sumber.
Katanya, sudah tiba masa untuk memerangi sikap negatif itu kerana mengikut kajian Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAOUN) sebanyak 1.3 bilion tan sisa makanan terhasil setiap tahun.
"Daripada kajian CAP, kebanyakan restoran di Pulau Pinang membuang antara lima hingga 10 peratus makanan yang tidak dihabiskan setiap hari dan membuang 10 peratus sisa makanan yang dipesan oleh pelanggan yang tidak berjaya dihabiskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
S.M. Mohamed berkata, berdasarkan unjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia dijangka menjana 31,500 tan sisa pepejal setiap hari dan daripada jumlah itu, 45 peratus atau 14,000 tan adalah makanan, menjadikan kira-kira lima juta tan sisa makanan bakal dilupus dalam tahun 2020.
"Oleh itu, berdasarkan statistik yang diberi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita melancarkan 'perang' terhadap pembaziran makanan kerana ia adalah salah satu cara paling mudah untuk mengelakkan sumber asli kita daripada habis untuk pengeluaran makanan," katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment