Mengajak Manusia Ke Jalan Hidayah Merupakan Bekalan Pahala Di Akhirat
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak manusia ke
jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti
ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun
daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke
jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa
orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun
daripada dosa mereka. (Hadis Riwayat Muslim no.6980)
Huraiannya :
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bagaimana
seseorang yang menjadi sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan
diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran
hasil dakwahnya, malah ganjaran itu ditambah pula dengan ganjaran hasil
amalan orang yang menerima dakwahnya. Inilah rahmat Allah SWT terhadap
seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada tersebarnya petunjuk
dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan mengurangkan
ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal.
Segalanya
adalah adil dan saksama malah dilipat-gandakan lagi oleh Allah SWT.
Ganjaran inilah yang akan menjadi saham di akhirat yang besar untuk kita
semua.
Nabi SAW bersabda maksudnua : “Demi Allah, jikalau
Allah memberikan petunjuk kepada seseorang disebabkan kamu, maka itu
lebih baik untukmu daripada unta-unta merah.” (Hadis Muttafaq alaih.)
Dalam hadis yang lain baginda bersabda maksudnya, “ Barangsiapa yanng
mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni
orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” (Hadis Riwayat Muslim)
Konsep ganjaran dosa dan pahala adalah merupakan antara perkara asas
dalam ajaran Islam. Keimanan kita kepada ganjaran sebegini akan menjadi
benteng kukuh untuk menghalang manusia daripada melakukan
perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. Konsep ganjaran pahala juga
menjadi asas utama dalam membina jiwa muslim yang akan tetap terus
mengamalkan perkara kebaikan walaupun tidak melihat ganjaran kebendaan
di dunia ini. .
Kewajipan mengajak manusia kepada kebenaran
adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia yang menjalankan
tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul a.s. Walaupun menerima
tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas seperti yang disebutkan
di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Oleh itu, jika kamu
berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal
kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu
(mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah
dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan
aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang
berserah diri bulat-bulat kepada Allah)" (Surah Yunus ayat 72)
Telah menjadi lumrah alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya
pendakwah atau orang yang menyeru kepada kebenaran, pasti akan ada
segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu orang yang menyeru kepada
kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama.
Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dialah yang
mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan
ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan
segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing). (Surah
al-Taghabun ayat 2)
Rasulullah SWT juga memberitahu bahawa
Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk orang yang mengajak orang lain
melakukan perkara-perkara yang salah dan dilarang oleh Islam. Malah
dosanya itu digandakan dengan dirinya juga menanggung dosa orang-orang
yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana dirinya menjadi
penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang itu tidak
akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan
amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.
Marilah kita
berusaha untuk menjadi penyebab kepada hidayah dengan apa cara sekalipun
dan bukan pula penyebar kesesatan dan dosa. Kalau di dunia ini kita
mahu keuntungan berlipat-ganda dalam bentuk wang dan harta, maka
sepatutnya kita juga mahukan keuntungan akhirat yang berlipat-ganda
dalam bentuk ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka. (Hadis Riwayat Muslim no.6980)
Huraiannya :
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bagaimana seseorang yang menjadi sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran hasil dakwahnya, malah ganjaran itu ditambah pula dengan ganjaran hasil amalan orang yang menerima dakwahnya. Inilah rahmat Allah SWT terhadap seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada tersebarnya petunjuk dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan mengurangkan ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal.
Segalanya adalah adil dan saksama malah dilipat-gandakan lagi oleh Allah SWT. Ganjaran inilah yang akan menjadi saham di akhirat yang besar untuk kita semua.
Nabi SAW bersabda maksudnua : “Demi Allah, jikalau Allah memberikan petunjuk kepada seseorang disebabkan kamu, maka itu lebih baik untukmu daripada unta-unta merah.” (Hadis Muttafaq alaih.)
Dalam hadis yang lain baginda bersabda maksudnya, “ Barangsiapa yanng mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” (Hadis Riwayat Muslim)
Konsep ganjaran dosa dan pahala adalah merupakan antara perkara asas dalam ajaran Islam. Keimanan kita kepada ganjaran sebegini akan menjadi benteng kukuh untuk menghalang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. Konsep ganjaran pahala juga menjadi asas utama dalam membina jiwa muslim yang akan tetap terus mengamalkan perkara kebaikan walaupun tidak melihat ganjaran kebendaan di dunia ini. .
Kewajipan mengajak manusia kepada kebenaran adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia yang menjalankan tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul a.s. Walaupun menerima tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)" (Surah Yunus ayat 72)
Telah menjadi lumrah alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya pendakwah atau orang yang menyeru kepada kebenaran, pasti akan ada segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu orang yang menyeru kepada kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama.
Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dialah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing). (Surah al-Taghabun ayat 2)
Rasulullah SWT juga memberitahu bahawa Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk orang yang mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang salah dan dilarang oleh Islam. Malah dosanya itu digandakan dengan dirinya juga menanggung dosa orang-orang yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana dirinya menjadi penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang itu tidak akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.
Marilah kita berusaha untuk menjadi penyebab kepada hidayah dengan apa cara sekalipun dan bukan pula penyebar kesesatan dan dosa. Kalau di dunia ini kita mahu keuntungan berlipat-ganda dalam bentuk wang dan harta, maka sepatutnya kita juga mahukan keuntungan akhirat yang berlipat-ganda dalam bentuk ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT
No comments:
Post a Comment