FATWA ULAMA ISLAM TERHADAP HADRAH SUFI
Salah
satu bentuk Ibadat orang-orang Sufi adalah Majlis Hadrah di mana mereka
akan bermain alat-alat muzik seperti gendang, rebana, kompang dan
lainnya kemudian diikuti bacaan-bacaan tertentu yang pada sangkaan
mereka ianya zikir kepada Allah Taala yang kemudian majlis ini membawa
kepada para hadirinnya melompat-lompat, berpusing-pusing, dan
menari-nari.
Bagi
mereka yang ingain melihat hadrah sufi ini banyak video-video berkenaan
hadrah ini dimuat naik di laman sesawang Youtube. Taip di enjin carian
Youtube perkataan: Hadrah atau حضرة maka dengan mudah mereka akan dapat
melihat video-video hadrah ini.
Apakah
hukum melakukan Hadrah ini? Adakah Hadrah ini daripada Islam dan adakah
ianya amalan Salafus Soleh kita daripada para Sahabat Rasulullah s.a.w
dan para pengikut mereka?
Dalam menjawab persoalan ini marilah sama-sama kita meneliti dan menelaah fatwa-fatwa para Ulama Islam seperti berikut:
Pertama: al-Imam al-Syafii r.h [w.204 H]:
Beliau berkata:
خَلَّفْتُ بِبَغْدَادَ شَيْئاً أَحْدَثَتْهُ الزَّنَادِقَةُ، يُسَمُّونَهُ التَّغْبِيْرُ، يَشْغَلُوْنَ بِهِ عَنِ القُرْآنِ
Maksudnya: “Aku
tinggalkan di Baghdad sesuatu yang direka oleh kaum Zindiq mereka
menamakannya al-Taghbir, mereka memalingkan dengannya daripada
al-Quran”. [Siyar A’lam al-Nubala’, 10/91].
Imam
al-Syafii telah menghukum mereka yang melakukan Taghbir sebagai
‘zindiq’ yakni munafiq kerana mereka menjadikan perkara maksiat sebagai
ibadat.
Tahukah anda apakah itu Taghbir?
قال
الأَزهري وقد سَمَّوْا يُطَرِّبون فيه من الشِّعْر في ذكر الله تَغْبيراً
كأَنهم تنَاشَدُوهُ بالأَلحان طَرَّبوا فَرَقَّصوا وأَرْهَجوا فسُمّوا
مُغَبِّرة لهذا المعنى
Maksudnya: “Berkata
al-Azhari: dan mereka telah menamakan orang-orang yang mendendangkan
syair untuk mengingati Allah sebagai Taghbir seumpama mereka itu
mendendangkannya dengan nada-nada tertentu lalu mereka mendendangkan
pendengarnya dan menari-nari dan menimbulkan gerakan-gerakan maka
dinamakan mereka itu mughabbirah berdasarkan makna ini”. [Lisanul ‘Arab,Ibn Manzur, 5/3]
Kemudian
Imam al-Azhari membawa perkataan Imam al-Syafii r.h yang dinyatakan di
atas menunjukkan bahawa inilah makna taghbir yang dikehendaki oleh Imam
al-Syafii r.h.
وقال الزجاج سُمّوا مُغَبِّرين لتزهيدهم الناس في الفانية وهي الدنيا وترغيبهم في الآخرة الباقية
Maksudnya: “Berkata
al-Zujaj: Dinamakan mereka ini Mughabbirin (pembuat Taghbir) kerana
mereka menzuhudkan manusia daripada dunia dan merangsang mereka untuk
mengingat akhirat”. [Ibid].
Al-Imam Ibn Kasir r.h mengulas kenyataan Imam al-Syafii ini:
“dan
ianya (taghbir) adalah mengetuk dengan dahan atau lainnya di atas kulit
yang kering berserta mendendangkan syair-syair ketuhanan yang
melembutkan hati dan menggerakkan benda yang diam walaupun begini
keadaannya beliau (al-Syafii r.h) telah menamakan pelakunya sebagai
zindiq maka bagaimana pula jika beliau melihat apa yang diada-adakan
oleh mereka ini di zaman kita dengan mendengar nyanyian dan menari
diiringi duff (kompang) dan serunai....” [Kasyful Ghita’ ‘an Hukmi Sima’ al-Ghina’, Maktabah al-Sunnah, cet. 1, 1991 M, m.s 42].
Jelas daripada pernyataan ini bahawa Hadrah Sufi hari ini adalah haram dan ianya amalan Zindik [Munafiq].
Kedua: Imam Abu Bakr al-Tartusyi r.h. [Seorang ‘Alim dan Ulama Besar Mazhab al-Maliki di Andalus, w. 525H].
Al-Absyihi r.h [w.852 H] menyatakan dalam kitab beliau al-Mustatraf:
نقل
القرطبي عن سيدي أبو بكر الطرطوشي رحمهما الله أنه سئل عن قوم يجتمعون في
مكان فيقرأون من القرآن ثم ينشد لهم الشعر فيرقصون ويطربون، ثم يضرب لهم
بعد ذلك بالدف والشبابة هل الحضور معهم حلال أم حرام فقال: مذهب الصوفية أن
هذه بطالة وجهالة وضلالة وما الإسلام إلا كتاب الله وسنة رسوله صلى الله
عليه وسلم وأما الرقص والتواجد فأول من أحدثه أصحاب السامري لما اتخذوا
العجل، فهذه الحالة هي حالة عباد العجل وإنما كان النبي صلى الله عليه وسلم
مع أصحابه في جلوسهم كأنما على رؤوسهم الطير مع الوقار والسكينة، فينبغي
لولاة الأمر وفقهاء الإسلام أن يمنعوهم من الحضور في المساجد وغيرها ولا
يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يحضر معهم ولا يعينهم على باطلهم، هذا
مذهب الشافعي وأبي حنيفة ومالك وأحمد بن حنبل رحمهم الله تعالى.
Maksudnya: al-Qurtubi
telah menaqalkan daripada Sayyidi Abu Bakar al-Tartushi rahimahumallah
bahawa beliau (al-Tartushi) telah ditanya berkenaan kaum yang berkumpul
di satu tempat lalu mereka membaca al-Quran kemudian didendangkan syair
maka mereka menari-nari kemudian dimainkan kompang dan seruling, adakah menyertai mereka ini halal atau haram?
Jawab beliau: Mazhab
al-Sufiah sesungguhnya ini adalah perbuatan yang sia-sia dan kebodohan
dan kesesatan dan Islam itu hanyalah apa yang terkandung dalam
Kitabullah dan Sunnah Rasulillah s.a.w adapun menari-nari dan
bergerak-gerak badan orang pertama yang melakukannya adalah al-Samiri
ketika mana mereka (Bani Israil) menyembah anak lembu, maka ini adalah
keadaan yang sama dengan keadaan penyembah anak lembu dan adalah
Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda ketika duduk mereka itu
seperti ada burung di atas kepala mereka yakni
duduk dengan penuh ketenangan dan diam, maka hendaklah para pemerintah
dan Ulama Islam menghalang mereka ini daripada melakukan perkara ini di
masjid dan lainnya dan tidak halal bagi sesiapa yang beriman dengan
Allah dan hari akhirat untuk turut serta dan membantu mereka dalam
kebatilan mereka ini.
Inilah dia mazhab al-Syafii, Abu Hanifah, Malik, dan Ahmad bin Hanbal rahimahumullah.
Fatwa
ini sangat jelas menunjukkan haramnya apa yang dilakukan oleh kaum Sufi
ini dan amalan Hadrah ini adalah satu kesesatan dan kebodohan dan ianya
haram dengan ijmak antara imam-imam Islam sama ada Mazhab Al-Syafii,
Maliki, Hanafi, ataupun Hanbali[1].
Ketiga: al-Imam Ibn Kasir r.h [Penulis Tafsir Ibn Kasir, w. 774 H].
“Adapun
menjadikan nyanyian muzik ini sebagai taqarrub dan jalan untuk
mendapatkan pahala maka ianya adalah bidaah yang sangat jelek tidak
pernah disebut oleh mana-mana Nabi dan tidak pernah diturunkan dalam
mana-mana Kitab daripada langit dan perbuatan ini menyamai dengan
orang-orang yang dinyatakan Allah dalam firmanNya:
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا
Maksudnya: “dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan...” [al-An’am: 70].
Dan Allah Taala berfirman juga:
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً
Maksudnya: “dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan...” [al-Anfal: 35]....” [Kasyful Ghita’ ‘an Hukmi Sima’ al-Ghina’, m.s 41].
اعتقاد
هذه الطائفة مخالف لإجماع المسلمين فإنه ليس فيهم من جعل السماع دينا
وطاعة ولا رأى إعلانه في المساجد والجوامع وحيث كان من البقاع الشريفة
والمشاهد الكريمة وكان مذهب هذه الطائفة مخالفا لما اجتمعت عليه العلماء ونعوذ بالله من سوء التوفيق
Maksudnya: “Iktiqad
puak ini adalah menyalahi ijmak kaum muslimin kerana sesungguhnya tiada
dalam kalangan mereka itu (kaum muslimin) orang yang menjadikan
mendengar nyanyian sebagai agama dan ketaatan dan tidak pernah pula
mereka berpendapat menzahirkannya (nyanyian dan muzik) di masjid-masjid
yang merupakan tempat yang mulia dan adalah mazhab puak ini menyalahi
apa yang disepakti atasnya para Ulama, kita berlindung kepada Allah
daripada petunjuk yang jelek”. [Nuzhatul Asma’, Ibn Rajab al-Hanbali].
Imam Ibn Rajab al-Hanbali r.h [795 H] memberi komentar berkenaan perkataan Imam besar Mazhab al-Syafii ini:
ماذكره
ولا ريب أن التقرب إلى الله تعالى بسماع الغناء الملحن لا سيما مع آلآت
اللهو مما يعلم بالضرورة من دين الإسلام بل ومن سائر شرائع المسلمين أنه
ليس مما يتقرب به إلى الله ولا مما تزكى به النفوس وتطهر به
Maksudnya: “Apa
yang dinyatakan oleh beliau ini tiada lagi keraguan padanya bahawa
mendekatkan diri kepada Allah Taala dengan mendengar nyanyain yang
berirama tertutamanya bersama dengan alat muzik adalah perkara yang
diketahui secara daruri daripada agama Islam bahkan daripada semua
Syariat muslimin bahawa ianya bukanlah termasuk mendekatkan diri kepada
Allah (yang sebenarnya) dan tidak pula mensucikan jiwa dan
memberishkannya...”
Kelima: Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h [w. 728 H]
Syeikhul
Islam adalah antara ulama yang tersohor menentang amalan sufi ini dan
mempunyai banyak fatwa berkenaannya dan boleh merujuk fatwa-fatwa beliau
di dalam Majmuk Fatawa Jilid ke-11. Antara fatwa beliau adalah:
ولهذا
كان المكاء والتصدية يدعو إلى الفواحش والظلم، ويصد عن حقيقة ذكر الله
تعالى والصلاة كما يفعل الخمر، والسلف يسمونه تغبيرًا؛ لأن التغبير هو
الضرب بالقضيب على جلد من الجلود، وهو ما يغبر صوت الإنسان على التلحين،
فقد يضم إلى صوت الإنسان، إما التصفيق بأحد اليدين على الأخرى، وإما الضرب
بقضيب على فخذ وجلد، وإما الضرب باليد على أختها، أو غيرها على دف أو طبل،
كناقوس النصارى، والنفخ في صفارة؛ كبوق اليهود . فمن فعل هذه الملاهي على
وجه الديانة والتقرب فلا ريب في ضلالته وجهالته .
Maksudnya: “Oleh
sebab itu tepukan dan siulan menyeru kepada kekejian dan kezaliman dan
menghalang daripada mengingati Allah Taala dan daripada mendirikan solat
seperti mana yang dilakukan oleh arak dan al-Salaf menamakannya sebagai
Taghbir; kerana taghbir itu memukul dahan kayu ke atas kulit dan ianya
melunakkan suara dan disertai dengan suara manusia itu sama ada tepukan
atau pukulan gendang duff atau tabl seperti loceng Krsitian dan tiupan
wisel; seperti nafiri Yahudi.
Maka
sesiapa yang menjadikan alat-alat muzik ini sebagai bentuk ibadat dan
taqarrub maka tiada keraguan pada kesesatannya dan kebodohannya”. [Majmuk Fatawa, 11/576].
Inilah
antara beberapa fatwa para Ulama Islam berkenaan menjadikan muzik dan
nyanyian sebagai bentuk ibadat. Jelas daripada fatwa-fatwa mereka ini
bahawa seluruh ulama salaf rahimahumullah tidak meredai perbuatan kaum
sufi ini dan memasukkan perbuatan ini ke dalam jenis amalan zandaqah
(munafiq).
Bagi
mereka yang ingin mengetahui penjelasan panjang lebar berkenaan amalan
Sufi ini boleh juga merujuk kepada kitab-kitab Imam Ibn al-Qayyim r.h
[w.751 H] Madarijus Salikin dan Ighasatul Lahfan ‘an Makaid al-Syaitan.
Wallahu waliyyut taufiq.
[1] Alangkah samanya keadaan ini dengan keadaan majlis Tilawah al-Quran di negara kita, setelah mendengar al-Quran ia akan dituruti pula oleh nasyid-nasyid dan nyanyian muzik daripada lelaki dan wanita yang menari-nari di atas pentas. Allahul Musta’an.
~ OLEH: MUHAMMAD ASRIE AL-MADANI
Rujukan : https://www.facebook.com/notes/muhammad-asrie-sobri/memahami-hadis-tarian-habsyah/10151546913821745
No comments:
Post a Comment