- Cara menolong Allah ialah:
1. berjihad fisabilillah
Apabila seruan jihad dilaungkan yang menuntut kita agar berjihad pada jalan Allah, hendaklah kita bersegera membantu Allah pada jalan ini bagi memartabatkan agama Islam dari diperlekehkan oleh orang kafir.
Bukan bermaksud Islam agama pengganas, tetapi jihad biarlah kerana mempertahankan agama Allah apabila tercabar dan dihina.
2. menyebarkan ajaran Islam
Orang-orang yang kafir selalu menghalangi manusia dari jalan Allah, maka inilah yang dituntut agar kita berusaha menolong Allah untuk menyebarkan ajaran Islam, mesej al-Quran dan jalan yang lurus kepada orang yang belum mengenali Islam atau di negara yang masih lagi penduduknya kafir.
Menyebarkan ajaran Islam boleh jadi dengan seruan dakwah, penulisan, blog dan pengaruh media massa. Mungkin harta dan masa kita dihabiskan begitu sahaja pada pendapat diri kita sendiri, tetapi Allah telah janjikan sesuatu yang baik buat kita.
3. bersedekah dan infak
Orang kristian telah sanggup membiayai missionary mereka berbillion dolar setahun bagi tujuan menyebarkan kekufuran aqidah tiga mereka.
Sedangkan umat Islam kedekut untuk membiayai dakwah para da'i dan ulama. Dengan ini, Allah meminta kita menolong untuk kita membantu mereka yang menguruskan hal dakwah islamiah agar dapat terus ikhtiar hidup (survive) di mana mereka pergi.
Janganlah anggap kekayaan membawa ke kubur, melihat zakat sebagai satu hukuman zalim dan melihat sedekah sebagai satu yang merugikan harta. Telah Allah jelaskan bahawa darjat kita akan diangkatkan insya Allah.
4. membantu sekolah agama dan tahfiz
Orang kafir sanggup menyumbang berbillion setahun untuk sekolah mubaligh, kuil dan tokong mereka tetapi malangnya sikap itu tidak ada di dalam diri umat Islam.
Malah ramai yang hafiz al-Quran terpaksa keluar bekerja dengan kelulusan akademik yang rendah yang sudah tentu kerjayanya dari pagi ke malam yang akan mengakibatkan para penghafal al-Quran terlupa hafazannya. Seharusnya kita membiayai mereka yang hafal 30 juzuk al-Quran, membiayai sekolah rendah agama, sekolah menengah agama dan sekolah tahfiz.
Dengan membantu Allah pada jalan ini, nescaya darjat kita diangkat di sisiNya.
5. membersihkan nama Allah yang telah tercemar dek kerana Yahudi dan Nasrani (kristian). Dan juga tidak berlaku syirik terhadap Allah.
Sudah beribu tahun nama allah dicemari oleh Yahudi dan Nasrani. Sebagai contoh, Yahudi berkata Uzair anak Allah, Nasrani berkata Isa anak Allah. Mereka juga berkata sesuatu yang bukan milik Allah, tidak meletakkan nama Allah pada tempat yang betul malahan menyebarkan fitnah terhadap Allah.
Inilah tugas kita untuk membantu Allah.
link: http://ibnnajib.blogspot.com/2013/06/bagaimana-cara-menolong-allah.html
Bagaimana cara menolong Allah?
Bagaimana cara
menolong Allah? Sesetengah dari kita akan mula tertanya, kenapa Allah mahu
hambaNya menolongnya? Ini lanjutan dari firman Allah di dalam ayat berikut:
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ
وَ يُثَبِّتْ أَقْدامَكُمْ
Hai orang-orang
yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu. (surah Muhammad ayat 7)
Di sudut tafsir
al-Quran, maksud ayat ini ialah:
يا أيها الذين صدقوا الله ورسوله ، إن تنصروا الله ينصركم بنصركم
رسوله محمدا - صلى الله عليه وسلم - على أعدائه من أهل الكفر به وجهادكم إياهم معه
لتكون كلمته العليا ينصركم عليهم ، ويظفركم بهم ، فإنه ناصر دينه وأولياءه
1. Ath Thobari
mengatakan bahawa maknanya “wahai orang yang membenarkan Allah dan para
rasulNya, jika kamu menolong Allah nescaya Allah menolong kalian dengan
pertolongan kalian terhada apa yang dibawakan rasulullah shallallahu alaihi
wasallam iaitu mengatasi golongan kuffar, berjihad di jalan-Nya agar
kalimat-Nya tinggi terhadap musuh-musuh-Nya. Maka makna pertolongan Allah
kepada hamba-Nya adalah bantuan-Nya kepadanya sedangkan makna pertolongan
hamba-Nya kepada Allah adalah jihad orang itu dijalan-Nya untuk meninggikan
kalimat-Nya.” (Tafsir At Thobari juz XVII hal 651)
وقال قطرب : إن تنصروا نبي الله ينصركم الله ، والمعنى واحد
2. al Qurthubi mengatakan bahawa maknanya adalah
orang yang menolong agama dan nabi-Nya. (al Jami’ li Ahkamil Qur’an juz XII hal
386)
Menolong bukan
bererti Allah lemah
Menolong yang
dimaksudkan ialah menolong agamanya, makna pertolongan mereka kepada Allah dan
Rasul-Nya adalah menolong manhaj dan dakwah-Nya. Meneguhkan kedudukanmu ialah
meneguhkan iman, taqwa, darjat dan kedudukan di sisi Allah. Allah mampu sahaja
meranapkan gereja, berhala dan menghancurkan kezaliman serta maksiat dengan bala
bencanaNya sebagaimana yang pernah Allah berikan kepada umat terdahulu. Kaedah
meminta tolong ini kerana Allah cuba bersikap berlembut sesuai dengan sifatnya
yang Latif itu. Firman Allah:
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ
عَزِيزٌ
dan sesungguhnya
Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya
Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (Surah al-Hajj ayat 40)
Untuk huraian lebih
jelas lagi, lihat petikan hadis berikut:
حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ حَدَّثَنَا
بَهْزٌ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ
عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي
قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ
أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ
لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَطْعَمْتُكَ فَلَمْ تُطْعِمْنِي قَالَ
يَا رَبِّ وَكَيْفَ أُطْعِمُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ
أَنَّهُ اسْتَطْعَمَكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تُطْعِمْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ
أَطْعَمْتَهُ لَوَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَسْقَيْتُكَ فَلَمْ تَسْقِنِي
قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَسْقِيكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ اسْتَسْقَاكَ
عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تَسْقِهِ أَمَا إِنَّكَ لَوْ سَقَيْتَهُ وَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي
Telah
menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim bin Maimun; Telah menceritakan kepada
kami Bahz; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Tsabit dari
Abu Rafi' dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: Hai anak Adam! Aku sakit, mengapa kamu tidak
menjenguk-Ku?" Jawab anak Adam; "Wahai Rabbku, bagaimana mengunjungi
Engkau, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Allah Ta'ala berfirman:
"Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si Fulan sakit, mengapa kamu tidak
mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia kamu akan
mendapati-Ku di sisinya?" "Hai, anak Adam! Aku minta makan kepadamu,
mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?" Jawab anak Adam; "Wahai Rabbku,
Bagaimana mungkin aku memberi engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta
alam?" Allah Ta'ala berfirman: "Apakah kamu tidak tahu, bahawa
hamba-Ku si Fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan.
Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau
mendapatkannya di sisi-Ku?" "Hai, anak Adam! Aku minta minum
kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?" Jawab anak Adam;
"Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum, padahal Engkau
Tuhan semesta alam?" Allah Ta'ala menjawab: "Hamba-Ku si Fulan minta
minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah, seandainya kamu
memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.' (Hadis Riwayat
Muslim, turut diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam sahihnya, Imam Bukhari di
dalam Kitab Adabul Mufrad, Thabarani dalam Kitab Makarim al-akhlak dan Imam
Baihaqi di dalam kitab Al-asma wa-as-sifat)
Maka, di sini
dapatlah kita jelaskan dengan pemahaman kita seperti berikut. Cara menolong
Allah ialah:
1. berjihad
fisabilillah
Apabila seruan
jihad dilaungkan yang menuntut kita agar berjihad pada jalan Allah, hendaklah
kita bersegera membantu Allah pada jalan ini bagi memartabatkan agama Islam
dari diperlekehkan oleh orang kafir.
Bukan bermaksud
Islam agama pengganas, tetapi jihad biarlah kerana mempertahankan agama Allah
apabila tercabar dan dihina.
2. menyebarkan
ajaran Islam
Orang-orang yang
kafir selalu menghalangi manusia dari jalan Allah, maka inilah yang dituntut
agar kita berusaha menolong Allah untuk menyebarkan ajaran Islam, mesej
al-Quran dan jalan yang lurus kepada orang yang belum mengenali Islam atau di
negara yang masih lagi penduduknya kafir.
Menyebarkan
ajaran Islam boleh jadi dengan seruan dakwah, penulisan, blog dan pengaruh
media massa. Mungkin harta dan masa kita dihabiskan begitu sahaja pada pendapat
diri kita sendiri, tetapi Allah telah janjikan sesuatu yang baik buat kita.
3. bersedekah
dan infak
Orang kristian
telah sanggup membiayai missionary mereka berbillion dolar setahun bagi tujuan
menyebarkan kekufuran aqidah tiga mereka.
Sedangkan umat
Islam kedekut untuk membiayai dakwah para da'i dan ulama. Dengan ini, Allah
meminta kita menolong untuk kita membantu mereka yang menguruskan hal dakwah
islamiah agar dapat terus ikhtiar hidup (survive) di mana mereka pergi.
Janganlah anggap
kekayaan membawa ke kubur, melihat zakat sebagai satu hukuman zalim dan melihat
sedekah sebagai satu yang merugikan harta. Telah Allah jelaskan bahawa darjat
kita akan diangkatkan insya Allah.
4. membantu
sekolah agama dan tahfiz
Orang kafir
sanggup menyumbang berbillion setahun untuk sekolah mubaligh, kuil dan tokong
mereka tetapi malangnya sikap itu tidak ada di dalam diri umat Islam.
Malah ramai yang
hafiz al-Quran terpaksa keluar bekerja dengan kelulusan akademik yang rendah
yang sudah tentu kerjayanya dari pagi ke malam yang akan mengakibatkan para
penghafal al-Quran terlupa hafazannya. Seharusnya kita membiayai mereka yang
hafal 30 juzuk al-Quran, membiayai sekolah rendah agama, sekolah menengah agama
dan sekolah tahfiz.
Dengan membantu
Allah pada jalan ini, nescaya darjat kita diangkat di sisiNya.
5.
membersihkan nama Allah yang telah tercemar dek kerana Yahudi dan Nasrani
(kristian). Dan juga tidak berlaku syirik terhadap Allah.
Sudah beribu
tahun nama allah dicemari oleh Yahudi dan Nasrani. Sebagai contoh, Yahudi
berkata Uzair anak Allah, Nasrani berkata Isa anak Allah. Mereka juga berkata
sesuatu yang bukan milik Allah, tidak meletakkan nama Allah pada tempat yang
betul malahan menyebarkan fitnah terhadap Allah.
Inilah tugas kita
untuk membantu Allah.
dan pada ayat
ke-8 surah Muhammad pula, Allah berfirman:
وَ الَّذينَ كَفَرُوا فَتَعْساً لَهُمْ وَ أَضَلَّ أَعْمالَهُمْ
Dan orang-orang
yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah membinasakan amal-amal
mereka
wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment