Monday, June 3, 2013

Pembangkang Perlu Betulkan Persepsi Negatif Yang Mereka Cipta








KUALA LUMPUR - Parti pembangkang perlu membetulkan
persepsi negatif yang telah disebarkan mereka di kalangan rakyat bagi
mengelakkan polarisasi antara kaum di negara ini bertambah buruk.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar
berkata cabaran besar dihadapi gabungan parti pembangkang adalah "keikhlasan
mereka dalam membendung sentimen-sentimen politik tertentu yang akan
memudaratkan negara sekiranya tindakan tidak diambil dari sekarang."
"Polarisasi kaum yang diiringi oleh ketegangan kaum mengundang pada
ketidakstabilan politik yang akan menjejaskan persekitaran ekonomi," katanya
dalam satu kenyataan Bertajuk "mengambil ikhtibar daripada Pilihan Raya
Umum ke 13 (PRU13)" di sini pada Isnin.
Chandra mendakwa DAP, sejak ditubuhkan pada 1966, "mengeksploitasi sentimen
marah dan kecewa di kalangan sebahagian besar daripada kaum Cina dan sebahagian
daripada kaum India yang berhubungkait dengan kedudukan istimewa bangsa Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB)." 
Gambaran yang diberikan oleh DAP kepada bukan Melayu dan bukan Bumiputera
adalah bahawa kerajaan menganugerahkan segala-galanya kepada Melayu dan
Bumiputera, manakala bukan Melayu dan bukan Bumiputera dianaktirikan dan
dilayani sebagai 'warga kelas dua', katanya.
Chandra berkata keadaan sebenar ekonomi, budaya dan politik masyarakat
negara ini jauh berbeza daripada persepsi yang dibentuk oleh DAP, iaitu kaum
Cina yang paling kukuh kedudukannya di peringkat atasan dan pertengahan hierarki
ekonomi negara.
Selain itu pengalaman budaya dan bahasa Cina yang disokong oleh sistem
pendidikan Cina amat berleluasa di negara ini, dan ini merupakan satu fenomena
yang tidak wujud di mana-mana negara di luar China dan Taiwan, katanya.
"Begitu juga dengan penglibatan kaum Cina dalam politik negara," katanya dan
menambah, walaupun dalam pelaksanaan kedudukan istimewa dan DEB, adakala bukan
Melayu dan bukan Bumiputera yang layak gagal mendapat tempat di universiti atau
biasiswa ataupun kontrak dan lesen perniagaan, tetapi kes-kes khusus ini tidak
boleh dijadikan asas untuk membuat kesimpulan palsu bahawa kaum Cina pada
keseluruhannya dianaiya.
Beliau berkata kesimpulan palsu inilah yang mengghairahkan hampir
keseluruhan kaum Cina untuk mengakhiri apa yang disifatkan mereka sebagai
dominasi Melayu atau Umno dan mencapai kesamaan dalam PRU13.
Chandra berkata berikutan kegagalan pembangkang mengubah kerajaan pada
PRU13, DAP dan kaum Cina harus merenungkan secara mendalam tentang kedudukan
mereka, sejarah dan konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini, serta masa
depan hubungan kaum di negara ini.
"Secara ikhlas, cuba memahami realiti ekonomi, budaya dan politik masyarakat
kita dan bertindak dengan seimbang berdasarkan realiti ini. Ini adalah
tanggungjawab besar pemimpin-pemimpin besar DAP, malah cendekiawan Cina amnya,"
katanya.
Chandra berkata bagi PAS pula, parti itu harus membetulkan persepsi yang
disebar oleh parti itu di kalangan golongan muda Islam bahawa pendekatan kepada
Islam adalah Islam yang tulen yang merupakan mujarab kepada segala cabaran yang
hadapi di negara ini.
"Pendekatan PAS yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan beberapa
negara-negara yang mengisytiharkan diri sebagai "negara Islam" serta
pergerakan-pergerakan Islam di tempat-tempat lain, dipersoalkan oleh
pemikir-pemikir Islam kerana lebih mementingkan kulit daripada isi agama,"
katanya.
Beliau berkata itulah sebabnya negara-negara tersebut gagal memberi makna
yang konkrit kepada keadilan sosial dan kemuliaan insan, termasuk kemuliaan
kepada kaum wanita.
PAS perlu menyelami persoalan yang masih mencetuskan perbahasan tentang
peranan sebuah parti Islam dalam masyarkat berbilang kaum yang berfungsi dalam
persekitaran politik abad ke-21.
Menyentuh mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau mendakwa parti itu
"dibawa arus sentimen yang dangkal yang berkisar pada ketaksuban terhadap
seorang individu.
"Sudah tentu ketaksuban sedemikian rupa bertentangan sama sekali dengan
suasana abad ke-21. Ahli-ahli PKR harus membebaskan diri mereka dengan belenggu
jumud ini, "katanya
Chandra turut mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang sehingga kini masih gagal mengemukakan bukti dakwaan penipuan yang
dilakukan kerajaan ketika PRU13 baru-baru ini.
Setiap tuduhan liar pembangkang seperti 40,000 rakyat Bangladesh yang
diterbangkan sebagai pengundi hantu dan peristiwa 'black out' (gangguan bekalan
elektrik) di Bentong hingga kini gagal dibuktikan, sebaliknya terus mengadakan
siri perhimpunan sebagai tanda menolak keputusan PRU13, katanya.
Katanya tuduhan dan dakwaan Anwar ternyata tiada asas kerana keputusan PRU13
ternyata adil, apabila pembangkang berjaya menambah bilangan kerusi sehingga 89
kerusi Parlimen, yang terbanyak dalam sejarah politik negara serta mengekalkan
kuasa di tiga negeri dengan majoriti yang besar.
"Jika ada bukti penipuan telah berlaku di mana-mana kawasan pilihan raya,
SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan pakar undang-undang telah berulang kali
menekankan bahawa pembangkang boleh mengemukakan petisyen di mahkamah".
Beliau mendakwa protes yang diadakan merupakan agenda Anwar untuk mencapai
cita-cita besarnya untuk menjadi Perdana Menteri dan akan menjejas kredibiliti
kerajaan Barisan Nasional (BN), tidak akan mencapai matlamatnya kerana majoriti
rakyat negara ini tahu keputusan PRU13 adalah adil dan mencerminkan realiti
sentimen dan kecenderungan politik kini.
Beliau turut memuji pendekatan kerajaan BN dalam mengawal siri perhimpunan
oleh pembangkang dengan mengelak kekerasan, sebaliknya hanya mendakwa beberapa
aktivis kerana melanggar undang-undang tertentu.
Chandra juga menasihatkan BN supaya perlu memberi fokus kepada
cabaran-cabaran yang masih belum diatasi seperti peningkatan kos hidup yang
memberi
impak kepada golongan kurang berada terutamanya di kawasan bandar, pengawalan
terhadap harga barangan, perumahan mampu milik serta penyediaan pengangkutan
awam yang cekap dan menyeluruh dan struktur gaji yang adil.
Katanya selain itu kerajaan juga perlu mengadakan larangan terhadap
sanak-saudara anggota Kabinet dan Exco negeri atau pegawai tinggi perkhidmatan
awam daripada membida kontrak atau projek kerajaan semasa mereka memegang

No comments:

Post a Comment