Oleh: AZMAN HUSSIN
KONFLIK di Syria adalah antara fitnah akhir zaman yang telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Syam
suatu masa dahulu adalah sebuah negara atau jajahan yang luas dan
makmur. Dalam sirah, Nabi Muhammad SAW ketika baginda berusia 12 tahun
pernah berdagang ke Syam mengikut bapa saudaranya, Abu Thalib, sehingga
menemukan baginda dengan pendeta Nasrani bernama Bahira.
Sekarang
Syam telah terpecah kepada empat buah negara moden, iaitu Palestin,
Jordan, Lubnan dan Syria. Syria moden kini diperintah oleh regim
diktator Bashar al-Assad. Negara itu kini sedang menghadapi pergolakan.
Presidennya, Bashar al-Assad sedang mendepani pemberontakan rakyatnya
sendiri.
Sebenarnya
Syria adalah termasuk di dalam pelan asal negara Israel Raya yang
dijanjikan tuhan Yahweh dalam kitab Taurat versi Yahudi yang diyakini
Zionis.
Melalui
media antarabangsa, dunia telah diperlihatkan dengan berita-berita
kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya sendiri. Adakah kita harus
menerimanya tanpa menyelidik berita-berita dari media kuffar ini? Malah
dikatakan Bashar al-Assad telah meminta disembah sebagai tuhan oleh
pengikutnya, dan tidak mahukah kita berfikir seketika, bertanya sejenak,
apakah maksud semua kebaikan-kebaikan media kuffar dalam melaporkan hal
ini kepada dunia? Adakah semua ini hanya untuk menaikkan kemarahan umat
Islam sedunia dan menghalalkan operasi ketenteraan ke atas Syria? Kita
tidak boleh berhenti menyelidik setakat kepada kesimpulan sama ada ia
benar atau tidak. Tetapi, ia haruslah diselelidik sehingga kepada motif
ia disebarkan.
Ya, adakah media-media kuffar telah memaparkan kebenaran dengan tujuan yang bathil?
Umat
Islam sedunia telah diperlihatkan berita-berita dan gambar kekejaman
regim Bashar al-Assad. Dengan liputan internet, melalui
rangkaian-rangkaian sosial misalnya, sebaran dan propaganda tersembunyi
mereka lebih luas dan lebih cepat bergerak ke seluruh dunia. Bashar
al-Assad telah dikutuk melebihi kita mengutuk kekejaman perdana menteri
negara haram Israel yang membunuh ratusan ribu rakyat Palestin sejak
bertahun-tahun dahulu.
Apakah ini rasional? Tidakkah ini pelik?
Kita
diperingatkan agar menyiasat sesuatu berita itu sesuai dengan maksud
ayat ini, “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan
kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara
yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah Hujarat
ayat 6).
Maka,
tidakkah kita mahu berfikir, daripada sumber manakah kita mendapat
berita-berita tentang Syria? Jika gambar-gambar yang menimbulkan emosi
marah itu boleh direka dan dilakonkan, tidakkah kita tertanya-tanya,
adakah ia benar? Jika benar, tidakkah timbul kecurigaan bahawa ia juga
boleh dilakukan oleh pihak ketiga untuk menimbulkan huru-hara agar
persepsi buruk dan buruk pemerintah Syria terus dipercayai?
Sebenarnya
wujud tangan-tangan ghaib yang sedang memainkan percaturan semua ini.
Tangan-tangan ghaib yang mahu meruntuhkan semua pemerintahan orde lama
untuk digantikan dengan pemerintahan orde baru yang boleh dikawal dari
Bukit Zion, Jerusalem. Ini semua sebenarnya sudah lama dirancang oleh
seorang pemikir Zionis bernama Theodor Hertzl.
Selepas
pemerintah Iraq ditumbangkan melalui operasi ketenteraan atas dakwaan
menyimpan senjata pemusnah besar-besaran (WMD), Afghanistan dibom
bertubi-tubi atas alasan melindungi Osama Ben Laden yang dipercayai
terlibat dalam pengeboman WTC, kemudian kepada siri revolusi rakyat di
Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya atas hujah menentang pemerintah zalim,
maka kini misi mereka seterusnya adalah menuju Syria, sebuah negara yang
diketuai diktator berfahaman Syiah, yang memang mempunyai sentimen
permusuhan dengan negara-negara Sunni.
Ingatlah, janganlah kebencian kita kepada sesuatu kaum itu menjadikan kita buta dan tidak berlaku adil.
Ulama dan pemimpin-pemimpin negara Islam dunia tanpa sedar telah ditipu dan tertipu dalam konflik Syria ini.
Mereka
telah diperalatkan untuk menghalalkan tindakan yang bakal diambil ke
atas Syria seperti mengebom Syria, atas dasar jihad agama di mata awam,
walaupun tujuan sebenar perang yang mungkin akan dilancarkan itu adalah
untuk matlamat penguasaan kuasa asing ke atas Syria, seterusnya ke atas
dunia ini, melengkapi cita-cita New World Order (Novus Ordo Seclorum).
Konflik
di Syria bukanlah isu agama sebenarnya, walaupun yang diperlihatkan
media-media kuffar adalah kekejaman Syiah kepada Sunni, pembunuhan Syiah
ke atas Sunni, kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya.
Tangan-tangan ghaib itu bijak mengatur konflik ini supaya tangan mereka
bersih dan tujuan sebenar mereka tidak diketahui.
Benar,
katakanlah Bashar al-Assad itu memang zalim dan membunuh para ulama
sunni, kanak-kanak, pemberontak, musuh politik dan sebagainya. Tetapi,
ia bukanlah isu agama. Ia tidak sama seperti situasi di Palestin. Ia
adalah kisah dalaman negara, iaitu tentang kaedah pemerintah menghadapi
penentangan rakyatnya yang berasa diri dianiayai dan dizalimi.
Jika
sentimen di Syria adalah berkenaan kebangkitan perjuangan agama, adalah
tidak logik jika pihak berkuasa Israel berdiam diri. Bukankah
kebangkitan Islam itu berbahaya kepada negara haram Israel yang
terkepung di tengah-tengah kepulauan Arab? Logiknya pemerintah negara
haram Israellah yang mahu Syria dijatuhkan kerana Syria sebenarnya
termasuk dalam pelan Israel Raya.
Mengakui
Bashar al-Assad zalim dan kuffar, tidaklah boleh dijadikan hujah
menghalalkan tindakan negara-negara Islam lain menyerang dan
menjatuhkannya secara ketenteraan, kerana mudarat yang lebih besar pasti
akan berlaku. Ia akan menyalakan api yang tidak akan padam sebegitu
mudah. Konflik Syria sebenarnya adalah salah satu fitnah akhir zaman.
Ramai
yang akan tertipu dalam konflik ini, termasuk ulama-ulama dunia yang
menyokong serangan dilakukan ke atas Syria. Kecuali ulama Said Ramadhan
al-Buti yang menimbulkan kontroversi dengan mempertahankan regim Bashar,
yang akhirnya terbunuh dalam serangan bom pada 21 Mac 2013 lalu.
Tidakkah kita terfikir, mengapakah Israel yang lebih kejam dan telah lama mengganas di Palestine tidak diambil tindakan apa-apa?
Kuasa-kuasa asing yang tersembunyi dan rahsia ini menggunakan konsep berperang dengan menggunakan askar-askar musuh sendiri.
Dari manakah pemberontak-pemberontak tersebut mendapatkan bekalan senjata api dan bom yang banyak?
Ke
manakah menujunya konflik ini? Tidak mustahil selepas ini kuasa-kuasa
besar yang tersembunyi tadi akan menggunakan pengaruh mereka untuk
mendesak NATO menyerang Syria tanpa menimbulkan kemarahan dan tentangan
dunia umumnya, dan umat Islam khasnya. Kemudian mereka akan meletakkan
pemerintah boneka mereka seperti di Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir dan
sebagainya. Malah negara-negara Islam lain juga, misalnya Arab Saudi
yang sedang bersiap-siaga, turut akan menyertai NATO, menyerang Syria
sehingga dunia akan terjerumus ke dalam malapetaka fitnah yang besar,
seperti tertipu menjadi bala tentera agen-agen sistem Dajjal.
Konflik
ini mungkin akan melebar dan membesar menjadi seperti plot khayalan
perang Armageddon yang direncanakan dalam Taurat. China, Russia dan Iran
mungkin akan menyebelahi Syria. Dan umat Islam belahan Sunni mungkin
akan menyertai Amerika dan pakatannya, yang sebenarnya di bawah telunjuk
Yahudi Zionis. Ini mungkin perang Armageddon yang akan dimenangi
tentera Romawi yang disertai tentera negara-negara Islam-Sunni yang
tidak berjanggut.
Umat
Islam yang merupakan majoriti penduduk dunia akan tertipu dengan fitnah
ini. Media-media kuffar telah menyebarkan cerita Bashar al-Assad itu
zalim dan kuffar yang telah membunuh rakyatnya, dengan maksud agar umat
Islam sedunia berasa marah dan menyetujui tindakan ketenteraan ke atas
regim Bashar al-Assad. Kepada negara-negara Islam Sunni, mereka telah
mengeksploitasi sentimen anti-Syiah yang menjadi anutan Bashar al-Assad.
untuk merasionalkan serangan ke atas Syria.
Hakikatnya,
seperti di dalam sejarah, dan di mana-mana, mengikuti kesesuaian
sesebuah negara itu, kuasa-kuasa asing ini telah mengeksploitasi
kezaliman penguasa sesebuah negara itu untuk mencapai maksud sebenar
mereka, iaitu menguasai negara tersebut. Orang awam akan mudah terpedaya
apabila melihat kezaliman pemerintah ini, dan akan segera menyokong
jika pemerintah itu mahu dijatuhkan.
Walhal
semua ini adalah jalan-jalan menuju kepada New World Order. Kuasa-kuasa
asing ini sebenarnya telah menjadikan umat Islam sebagai sebahagian
tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang tidak
diperlukan dan menghalang mereka dalam membentuk satu sistem
pemerintahan dunia yang baru di dunia ini.
Sekiranya
apa yang berlaku di Syria itu adalah versi revolusi, apa yang terjadi
di Malaysia pula ia adalah versi demokrasi, iaitu tentang bagaimana
kuasa-kuasa asing yang tersembunyi ini cuba mengambil alih kuasa dengan
menggunakan tangan-tangan orang lain.
http://mysuara.net/index.php/suara-variasi/warisan/1175-bashar-yang-kejam-tipu-daya-zionis-versi-demokrasi
Benar, katakanlah Bashar al-Assad itu memang zalim dan membunuh para ulama sunni, kanak-kanak, pemberontak, musuh politik dan sebagainya. Tetapi, ia bukanlah isu agama. Ia tidak sama seperti situasi di Palestin. Ia adalah kisah dalaman negara, iaitu tentang kaedah pemerintah menghadapi penentangan rakyatnya yang berasa diri dianiayai dan dizalimi.
ReplyDeletejadik kamu katakan membunuh tu tidak berdosa?
http://id.wikipedia.org/wiki/Peraturan_perang_Islam
jadik apakah jawapan anda?