Bekas Felo Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, DAP menyedari suara mereka tidak relevan dalam keadaan negara yang stabil serta perpaduan kaum terjalin kukuh.
Sehubungan itu, katanya, DAP perlu memperguna elemen huru-hara dan membangkitkan isu berkaitan perkauman sebagai senjata untuk terus kekal dalam kancah politik negara.
"Jadi, tidak hairanlah jika DAP bersungguh-sungguh mengheret rakyat terutamanya kaum Cina berdemonstrasi meskipun tindakan itu tidak bertanggungjawab dan antinasionalis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan DAP yang secara berterusan menimbulkan provokasi baik di dalam dan luar negara bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) seolah-olah sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Cina terhadap kerajaan dan SPR.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Zaki Hassan mendesak DAP berhenti menghasut rakyat menentang kerajaan menerusi demonstrasi.
No comments:
Post a Comment