PUASA KITA SAH, TAPI ADAKAH DITERIMA??
Sesungguhnya terdapat banyak hadith yang mengesahkan bahawa puasa
sebegini tidak akan diterima. PUASA KITA SAH, TAPI ADAKAH DITERIMA??
Contohnya, hadith yang berbunyi:(maksudnya):
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan masih ber amal dengannya, maka Allah tidak memerlukan (dia) untuk meninggalkan makanan dan minumannya”
Maksudnya, tiada makna dan faedah lagi puasanya jika individu terbabit
masih mengeluarkan kata-kata nista ketika sedang berpuasa, apatah lagi
sekiranya dia meninggalkan solat.
Hal yang sama berlaku kepada
orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Puasanya sah dan
tidak wajib mengulang puasa tadi walaupun dia telah meninggalkan solat.
Sedangkan tentang masalah diterima atau tidak, hadith di atas telah
memberikan penjelasan bahawa puasa tersebut tidak diterima.
Katakanlah, sekiranya puasa tersebut diterima dan diganjari pahala,
namun perlu diingat bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang
meninggalkan solat adalah suatu dosa yang sangat besar dan berat
seksaannya. Ianya akan diletakkan di neraca timbangan pada Hari Kiamat,
jika tidak diampunkan oleh Allah. Firman Allah SWT:
“Maka
sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Dalam ayat ini
dan yang berikutnya, mengandungi galakan supaya kita jangan sesekali
meninggalkan amalan-amalan baik walaupun sedikit, dan juga mengingatkan
kita supaya menjauhi sebarang maksiat walaupun kecil.
Allah SWT berfirman:
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang
kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka
bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali
berlaku zalim kepada hambaNya”
No comments:
Post a Comment