Saturday, July 21, 2012

Buku: The Canonization of Al Bukhari and Muslim


 

The Canonization of Al Bukhari and Muslim ialah sebuah buku yg ditulis oleh Jonathan Brown berkenaan dgn pengkanunan kitab hadis Bukhari dan Muslim. Ia sebenarnya thesis PHD beliau di Universiti Chicago. Buku setebal 431 muka surat ini amat menarik kerana ia menceritakan ttg evolusi perkembangan kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Bagaimana proses yg dilalui oleh kedua-dua kitab tersebut sehingga akhirnya ia dianggap sebagai kitab hadis yg paling berautoriti di sisi umat Islam aliran Sunni.

Membaca buku ini akan mendedahkan kpd kita ttg fenomena masyarakat, ulama dan pemerintah pada zaman Imam Bukhari/Muslim mahupun selepas mereka. Apakah sikap mereka terhadap kedua-dua kitab tersebut.

Ia mendedahkan ttg bentuk polemik yg berlaku terhadap kitab tersebut di sepanjang zaman sehinggalah di abad ini. Banyak tokoh-tokoh ulama dan kitab2 disebut oleh Jonathan Brown di dalam bukunya itu sekali gus membantu pembaca mengetahui kaitan seorang tokoh ulama dgn yang lain dan kaitan ulama dengan kitab masing2.

Buku ini dicadangkan agar dibaca oleh mereka yg berminat mengetahui ttg sejarah karya2 utama hadis, terutama bagi mereka yang mempunyai latarbelakang dalam bidang hadis.

Kritikan ringkas oleh Gibril Fouad Haddad terhadap buku ini juga menambahkan pengetahuan terhadap nilai kajian yg dilakukan oleh Jonatahan Brown (http://mac.abc.se/~onesr/d/cano_e.pdf).

Buku ini boleh dimuat turun secara percuma. Penulisnya juga telah memeluk Islam.

SUMBER : http://ihyaaturaathina.blogspot.com/2012/01/canonization-of-al-bukhari-and-muslim.html

No comments:

Post a Comment